Selalu la dengar ustaz cakap, ketika umur kita 36 nak sampai ke 40 tu, kita akan banyak diuji.
Time umur ni la kita nak kuatkan benteng iman kita. Sebabnya kalau kita tak berubah sampai ke 40 tu, amat susah dah kita nak berubah lepas tu. Dan benda tu kadang bawak sampai ke mati.
Sekarang umur saya 36. Saya selalu fikir jugak pasal ujian2 saya. Saya tak pasti orang lain macam mana.
Tapi apa yang saya nampak, benda2 lepas yang dah lama saya tinggal tiba2 macam muncul balik. Benda ni start dari umur saya 35.
Antaranya, dulu saya suka tengok porn. Pastu saya nekad nak berhenti.
Alhamdulillah dekat 3 tahun saya langsung tak pernah tengok porn. Sampai benda tu pun hilang dari otak saya. Kadang dalam tv ada adegan tak senonoh pun saya rasa geli.
Saya fikir apabila satu2 benda tu kita tinggalkan, kita tak akan kembali ke situ lagi dah. Saya happy sangat masa tu sebab saya berjaya tinggalkan dunia tu.
Tapi tiba2 sekarang ni kerap saya tewas. Lepas tu duduk termenung, fikir apa yang tak kena dengan hidup aku ni.
Bila dah buat sekali, dengan sedar atau tanpa sedar, benda tu macam berulang2 lagi. Tapi saya sedang struggle untuk stop benda tu.
Yang kedua :
Saya dah start solat full hampir 12 tahun dah. Semua solat saya buat kecuali subuh. Dulu2 subuh saya sentiasa qada.. Sebab susah bangun.
Lepas tu lama2 saya sendiri akan terjaga tanpa alarm. Saya mudah bangun subuh. Tak de malas atau liat. Saya rasa happy sebab fikir allah rindu hambanya. Fikir beruntung dan bersykur saya mampu bangun solat.
Tapi sekarang kunci jam ke tak ke, saya tetap tak solat. Kadang2 dah terjaga. Fikiran jadi macam zaman dulu2 balik. Kejap lagi la. Tido 5 minit lagi la. Awal lagi la. Last2 tak solat terus sebab tertido. Dan langsung tak de rasa bersalah. Tapi saya memang qada balik lepas tu.
Ketiga:
Dulu setiap malam saya mesti mengaji quran. Dan baca surah mulk. Kadang saya baca lepas maghrib. Kadang lepas isyak. Tapinya tetap baca hari2. Bila saya tak baca, saya jadi gelisah sangat.
Tapi tak tahu kenapa sekarang ni. Saya jarang mengaji. Ibarat tak baca 2 3 hari pun tak de rasa bersalah.. Dan rasa gelisah tu dah tak de.
Keempat :
Saya ada cincin zikir.. Rasanya dah dekat 2 3 tahun jugak la hari2 saya zikir. Semua zikir yang ada saya baca 100x. Kecuali selawat dan iktifar saya baca 1000x.
Ibaratnya start saya bangun tu dah start zikir sampai ke malam.. Saya ada target2 zikir yang saya baca.. Sangat banyak sebenarnya tapi semua target tu saya capai.
Tapi sekarang ni, langsung tak sentuh cincin tu. Kadang2 cuba untuk paksa diri. Tapi tak berjaya. Baca dalam mulut pun satu dua. Pastu macam hati dah leka kat lain.
Semua ni buatkan saya makin risau. Adakah tuhan dah tak sayang saya. Kenapa dulu2 saya mudah beribadat, tapi sekarang rasa sangat malas. Rasa makin jauh dari iman.
Dan yang kelima. Saya sekarang ni kerap rasa nak merokok balik. Rokok kan haram. Tapi kenapa setelah sekian lama rasanya 7 8 tahun dah saya tak merokok.
Sampai bau dia pun rasa pening tiba2 lately ni rasa badan ni semacam. Macam nak balik merokok.
Sampai ke hari ini saya masih berperang untuk tidak membeli rokok. Tapi saya tak pasti selama mana saya mampu bertahan. Setiap kali ke kedai, mulut dah ringan nak mintak rokok, tapi sampai hari ni masih bertahan.
Sampai ada satu hari tu, saya pergi ambik kayu sugi tu pastu bakar nak hisap macam rokok. Sebab tiba2 macam gian gila. Lepas tu saya macam tersedar. Kenapa teruk sangat aku ni.
Tak reti nak explain macam mana badan saya rasa time tu. Saya sebenarnya rasa sangat struggle nak lalui setiap hari dalam diri saya.
Setiap hari dah plan dah. Hari ni macam mana pun aku mesti kena lawan.. Aku mesti start zikir balik. Aku mesti kena ngaji awal. Tapi semua tu gagal jugak.
Saya perlukan nasihat dari abang atau kakak2 yang pernah lalui usia ni. Atau ada yang pernah alami macam mana.
Macam mana korang lalui. Ada ke tips atau doa apa2. Kadang rasa aku ni kena rasuk syaitan ke. Sebab malas nak ibadat tu suddenly sangat. Tapi setiap kali rasa tu saya iktifar, berdoa. Tapi tu la. Tak boleh nak lama2.
Saya risau saya tak mampu ubah diri sampai ke 40 nanti. Pastu tak berubah sampai bila2 dah dan kekal dengan tabiat buruk tu.
Sedangkan sebagai hambanya, saya sentiasa harapkan redha dan rahmat allah. Tapi apa yang saya listkan tu adalah dosa.
Saya bimbang, dari benda2 tu saya makin tambah dosa2 lain yang saya tak terfikir kedepan nanti.
Jujurnya saya rindu diri saya yang dulu. Yang sentiasa berzikir, solat awal, solat sunat, baca quran..
Sekarang ni saya sedar saya dah jauh sangat dari semua tu. Tapi diri saya masih gagal untuk jadi macam dulu balik. Walaupun setiap kali solat saya mintak doa kat allah agar bagi balik kemanisan iman tu.
Tapi entah la. Tak pasti apa tak kena dengan diri saya.. Mohon doakan saya.
– tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Syaiton ni bila kita berubah jd baik, dia tak akan kacau. Sbb tu kita rasa manis beribadah, berhijrah. Tunggu siki lagi, syaiton ni akan dtgkan seperti yg anda hadapi. Semua anak Adam mengalaminya. Sb tu kita kena rajin duduk dimajlis ilmu, solat berjemaah, berkawan dng kawan2 yg membawa ke arah kebaikan. Selain dr mohon kpd Allah utk tetapkan hati istiqomah dlm beribadah. Jgn putus asa. Kena lawan nafsu dlm diri sendiri. Istighfar banyak atas kelemahan kita….
Saya hanya mampu doakan untuk awak. Ini ujian awak untuk sentiasa terus istiqomah. Semoga Allah swt permudahkan semua urusan awak.
Apa kata kalau tulip restart semula dengan pergi belajar agama semula. Belajar agama bukan as in setakat pergi dengar tazkirah/ceramah, tapi cari kelas pengajian agama khusus, make sure lengkap belajar tauhid, feqah dan tasawuf (peringatan: belajar yang peringkat permulaan, mcm kelas pengajian kitab penawar bagi hati, bukan pengajian level tinggi macam kitab hikam).
Kalau tulip belajar, tulip akan sedar syaitan ni dia akan tipu daya kita dengan suruh kita buat amalan2 sunat yang sbnrnya mungkin sbnrnya tak menepati kriteria yg Allah nak.. Nasihat saya, paksakan diri untuk belajar ilmu fardhu ain semula, slowly insyaAllah akan buka jalan.
Setuju. Kita kena ada ilmu atas ibadah. Bila kita takda pegangan yg kuat, yang atas2 tu amalan2 kita tu mudah goyah. wal’iyazubillah. Kena azam untuk keluar dari kejahilan. Kita tak boleh kekalkan kejahilan ke atas diri kita. Insya allah sis, semoga Allah beri taufik dan hidayah kita semua. Love you sis. Get back your akhirah, you can do it.