Hi semua. Thanks admin andai luahan ini dikongsi. Aku buntu. Hanya mahu meluah pada yang tidak dikenali.
Usia perkahwinan 3 tahun dikurniakan baby girl. Background family aku alhamdullillah baik2 sahaja. Namun sebaliknya bagi family suami.
Ibu bapa nya yang bercerai sudah hampir 6 tahun namun hubungan masih elok. Mempunyai 3 beradik yang semuanya lelaki dan suami anak kedua.
Sulung berusia lebih kurang hujung 30an dan ketiga 19 tahun. Ayah mertua pesara unit uniform dan ibu mertua cuma ambil upah menjahit.
Setahu apa yang dicerita, ayah berhenti awal maka elaun pencen tidak diterima dan bantuan pun tidak dimohon. Cuma pernah menerima amaun wang yang besar lumpsum. Namun pengurusan ekonomi keluarga tidak lah diurus dengan baik.
Keadaan kesihatan kedua nya tidak lah begitu baik, ayah pernah terkena strok dan penyakit 3 serangkai. Ibu pula sering sakit bekas terkena buatan orang. Ayah tinggal dengan aku setelah lama tinggal dengan along.
Merajuk hati dengan anak kesayangan yang mengatakan ayah tidak mempunyai tempat di rumah mereka. Ibu tinggal berdua dengan bongsu. Si bongsu tidak dapat meneruskan pengajian kerana kewangan tidak cukup untuk biaya belajar.
Gara2 idea si sulong dan ayah yang mahu anaknya belajar peringkat diploma walhal kolej swasta yang sudah kami suami isteri terang panjang lebar meggunakan kos yang tinggi.
Walhal si bongsu menerima tawaran untuk sambung belajar peringkat sijil di kolej awam dan masih mempunyai masa untuk berubah fikiran. Kosnya tentu2 lebih murah dan terjamin MQA.
Yang ralat bagi aku, kakak ipar merupakan guru yang mengajar menengah atas, masakan tidak tahu baik buruk kolej swasta bahkan membiarkan mereka buat keputusan melulu.
Nahh.. sekarang si bongsu bekerja kampung. Sulong? Biarkan aje adik nya.. Yang kelam kabut memikir masa depan bongsu, si angah, suami aku.
Rumah sewa ibu mertua berbulan tangguh, mujur tuan rumah teramat baik. Si angah ni jugak lah yang pecah kepala memikir mana nak bayar sewa rumah, perbelanjaan harian ibunya.
Utk pengetahuan semua, suami aku retrenched dan baru sebulan kerja baru. Duit pampasan tidak lah banyak dan kebanyakan dihabiskan untuk perbelanjaan ibunya.
Aku tidak kisah itu sebab dia sudah asingkan duit komitmen dan perbelanjaan kami. Aku bekerja, jadi aku masih mampu menolong ekonomi keluarga kecil kami.
Kami tinggal di ibu kota, sulong di selatan dan ibu di pantai timur. Perlu aku ceritakan ini supaya pembaca tahu keadaan yang dilalui.
Sekarang, ibu kerap sakit dan tak mampu untuk menjahit. Suami mampu hulurkan apa yang ada kerana sejujurnya suami aku sendiri berlapar untuk jimat duit dan aku sediakan bekal untuk kami.
Sudah dibilang pada sulong keadaan ibu, response? Blue tick. Call nan hado. Si angah memberi cadangan untuk setiap orang kongsi duit bagi membayar rumah sewa dan belanja ibu. Si along, kata pada ibunya cuma mampu memberi RM50 sahaja.
Along chargeman yang pangkatnya tinggi dan lebih 10 tahun kerja ye. Gaji kasar combine suami isteri mungkin lebih RM10K.. nak dibanding kami separuh pun tak sampai.
Ibu mahu keluar dari rumah sebab tak mampu bayar sewa, jadi si bongsu boleh berkelana mencari rezeki.
Yab menjadi masalah, sulong, buat tak tahu. Angah bagi idea untuk ibu tinggal di rumah sulong, atau rumah adik nya yang 2 jam perjalanan dari kami atau rumah anak angkat yang dijaga ibu dari bayi.
Tapi ibu menolak. Kerana ibu pun terasa hati dengan sulong. Nak tinggal dengan kami, ayah sudah ada. Cadangan lain, ibu tinggal dengan kami sementara untuk bawak ibu berubat.
Ayah pula di hantar untuk tinggal bersama anak angkat mereka. Aku kata kan pada suami, jangan smpai ayah salah anggap kami tidak sudi menjaga nya.
Juga aku kata kan pada suami, aku sudah selesa ayah tinggal bersama, dan ku nyatakan sedikit ketidakselesaan jika ibu tinggal bersama. Bukan kerana apa, kerana aku nampak suami ku lebih tenang emosi berbanding jika ibu tinggal bersama.
Kerana suami sesusah mana pun akan cuba untuk penuhi permintaan ibu walau terpaksa meminjam.
Cuma ibu ku yang mungkin buat2 tidak nampak walhal dia tahu anaknya kesempitan. Lagi pun, aku tak nak terasa hati jika secara tidak sengaja, suami terlebih atau terkurang dalam membahagi tanggung jawab sebagai suami dan anak.
Ini kerana, ibu pernah tinggal bersama kami sebelum ini lebih kurang setengah tahun dan aku pernah laluinya.
Aku nyatakan kepada nya kenapa tidak berbincang dengan aku dulu. Aku juga nyatakan, aku pernah terasa hati. Respond ku mengejutkan suami, sangkanya aku lebih selesa jika ibu tinggal bersama dan aku boleh lebih bebas berpakaian.
Makanya, kami bermasam muka kerana dan dia perlu mencari alternatif lain. Hati kecilku bermonolog jahat, “sebab ni pun awk dah bermasam muka, apatah lagi jika ibu tinggal bersama”.
Ya, aku juga manusia. Mahu saja aku laser kan si along, tapi apa daya, aku cuma adik ipar. Suami ku jga sudah putus akal kerana Along sedikit pun tidak membantu.
Aku cuma mampu berdoa Allah tunjuk jalan solusi. Sebab tempias tekanan suami turut terkena pada aku. Ya aku pernah stress sehingga susu drop. Sakit kepala memikirkannya.
Aku cuma mampu positif mengganggap ini ujian hidup aku. Kerana yang lain nya semua OK, kecuali situasi ini.
Disebabkan situasi inilah, suami ku hanya mahu sorang sahaja anak, kerana tidak mahu anak kami mengalami perkara sama walhal aku mahu anak yang ramai, kerana tidak mahu anak kami keseorangan dalam hadapi segalanya.
Apa yang aku cerita ni cuma dasar sahaja, selebihnya biar aku pendam kerana hati ni sarat.
Mohon doa andai ada antara kalian makbul doa nya moga Allah beri Jalan dan tiada yang terasa jiwa. Mohon semangat dari kalian semua kerana kadang ku rasa lebih baik sendiri dari berdua.
Suami ku sempurna bagiku tapi ujian aku, ujian mertua.
– Ayong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit