Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya nak ucapkan terima kasih pada admin sekiranya cerita ini tersiar. Maaf saya bukan penulis novel, tapi pernahla tulis novel masa sekolah dulu. Saya Ain, bukan nama sebenar. Saya nak menceritakan satu kisah yang berlaku dalam hidup saya. Kisah ini betul2 memberi pengajaran yang cukup bermakna. Pada yang membaca, saya berpesan awal2 saya bukanla manusia yang suci tanpa noda. Saya hanya manusia biasa yang pernah terpalit dosa. Tanpa membuang masa saya mulakan cerita saya. Saya seorang yang sangat ceria, sehinggakan kawan2 selalu menegur saya. Kau ni tak pernah ada masalah kah? Kena marah dengan pensyarah pon macam tu juga la. ohye, saya sekarang tengah ambil degree. Meskipun masalah dalam pelajaran(saya ambil jurusan yang kritikal) sangatla menjerut leher tapi saya masih lagi boleh tersenyum.
Walhal bila saya berseorangan saya akan menangis hiba. Saya juga lemah tapi saya kuat kerana saya yakin saya ada Allah, family, saya ada tunang. Mereka penguat semangat saya. Namun semua kekuatan saya hancur apabila tunang yang saya sangat cintai tiba2 memutuskan perhubungan. Atas alasan yang tidak munasabah. Selepas disiasat, rupanya dia mahu menikah dengan orang lain. Atas alasan yang juga tidak munasabah. Saya terkilan saya kecewa, atas dasar ape dia memperlakukan saya begini. Apa salah saya. Saya setia pada dia. Saya xpernah rapat dengan mana2 lelaki hatta berkawan sekalipon. Kalau ade tugasan sahaja baru saya berbincang dengan budak lelaki. Perempuan tu pernah satu tempat dengan dia. Selama ini saya bertanyakan dia mengenai perempuan itu tapi dia nafikan sekeras2nya. Saya merayu pada dia janganlah buat saya begini. Saya diambang peperiksaan. Saya tidak boleh focus. Saya menangis tiga hari. Tiga hari saya tak makan.
Bodohkan saya. Buat pengetahuan semua, dia pernah meninggalkan saya sekali dahulu(waktu saya diploma, yang ni biarlah saya xmau ceritakan). Tapi saya bodoh disebabkan sayang saya terima dia semula. Setelah bertahun menyemai kasih tiba2 dia buat saya macam ni. Apa salah saya. Rupanya sudah lebih dua bulan dia curang. Dia pernah rasa sakit dicurangi. Tetapi dia tetap buat pada saya. Saya minta pada Allah, saya menangis di atas sejadah. Saya mohon Allah kembalikan dia pada saya. Tapi hatinya keras. Dia merahsiakan mengenai niat untuk menikahi perempuan itu. Tapi saya dapat tahu daripada sumber yang sangat dipercayai. Dia mesej saya, memaklumkan yang dia boleh menerima saya kembali cuma perlukan masa. Seolah2 saya yang bersalah dalam hal ini. Dia xtahu yang saya tahu mengenai perancangan kahwinnya tu. Dahulu dia berjanji hidup sama senang dan susah. Ye saya hidup senang ngan susah dengan dia. kalau saya ada duit xpernah saya xbagi pada dia. Semua barang saya belikan untuk dia. Family dia susah saya yang tolong.Daripada dia kerja biasa2 kemudian jadi orang berpangkat(disini dia mula kenal dengan perempuan tu, and FYI dia jatuh semula pon sebab perempuan tu).
Tapi sekarang habis saya merayu sekalipon dia tetap xendahkan. Saya xpasti kenapa. Samada dia telah terkena buatan ataupon tidak. Pada mula saya berfikir mungkin dia terkena buatan perempuan tu, saya usaha cari penawarnya. Tapi sia2. Dia tidak mahu berjumpa dengan saya. Saya call dia berpuluh kali, mesej berpuluh kali dia tetap xreply dan xangkat. Akhirnya, dia block semua contact dengan saya. Saya dah xtahu nak buat apa. Dia cakap dia dalam tekanan, bagi dia masa. Saya xfham kenapa dia xnak berkongsi masalah dengan saya seperti sebelom2 ni. Mungkin dia dah ade perempuan tu. Katanya perempuan tu jaga makan pakai dia. Atas dasar xhutang budi. alau ikutkan budi ygang saya curahkan pada dia selama 8 tahun bersama lagi banyak berbanding perempuan tu. Katanya lagi, perempuan tu orang biasa2 so hantaran pon xtinggi. Dengan saya ini nanti susah. Nanti mahu hantaran tinggi. Saya ni dah berusaha mendapatkan greenlight daripada ayah saya. Tapi bila ayah saya dah setuju dia pula yang buat perangai. Kami dah bincangkan pasal perkahwinan, ayah saya dah bersetuju untuk buat majlis yang simple sahaja. Dia tetap tidak endahkan. Betol la orang kata, hati manusia ni Allah yang pegang. Mungkin Allah dah tulis, dia bukan milik saya . Saya lemah, sebab dia saya menangis teruk sampaikan saya xmakan tiga hari.
Hanya minum air sahaja. Dalam setiap solat saya menangis merayu2 Allah kembalikan dia pada saya. Saya ikhtiar pelbagai cara utk rawat dia dari jauh. Andaikata dia terkena buatan. Tapi tetap sama. Terasa bodoh pulak. Tapi sekarang saya dah dapat kekuatan. Saya dekatkan diri dengan ALLAH. Saya redha atas apa yang berlaku. Saya akan fokus pada hidup saya sepenuhnya. Saya akan fokus pada family saya. Saya fikir mungkin ini kafarah dosa saya. Sesungguhnya ALLAH menguji saya. Disaat saya tengah dalam tekanan yang amat dan dalam kealpaan, Allah datangkan ujian bagi saya. Saya yang dulu hanyut dibuai hasutan syaitan dan dosa bersama dia. Akhirnya saya semakin dekat denganNYA. Doakan saya ye para pembaca sekalian. Saya dalam dilema, haruskah saya menerima kembali tunang saya tu sekiranya dia kembali pada saya semula. Mohon pendapat daripada pihak pembaca.
– Miss W
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit