Assalamualaikum semua. Aku Ara. Aku taktau macam mana nak ubat hati aku… Nak luah takut lukakan hati orang. Tapi di sini tak ada siapa kenal aku. Aku anak keempat daripada sembilan beradik. Aku rapat dgn arwah ayah.. segala memori tentang ayah aku ingat sampai sekarang. Lepas arwah ayah meninggal.. Ibu aku ambil galas jaga kami sembilan beradik. Masa ni baru aku kenal karakter ibu.
Masa arwah ayah meninggal, aku jadi paling sulung dlm rumah. Aku cuba bantu ibu, jagakan adik2 aku yg masih kecil. Aku selalu dimarah, dibanding.. Ye lah abang kakak aku semua boarding school. Ibu tak pernah puas hati dgn bantuan yg aku beri. Kata2 sindiran tu dah biasa aku terima. Kakak aku sangat susah nak masuk dapur dan basuh pinggan sehelai.. Ibu akan cakap, takpe biar kakak dia penat belajar. Kakak aku makin kerek dgn aku.. Aku ibarat orang gaji, orang suruhan.
Ibu selalu merungut tentang abang kakak aku selalu minta duit. Ibu aku akan penuhi juga permintaan mereka. Ibu bersedih hati fikirkan masalah abang kakak aku. Aku jadi tempat luahan ibu. Tapi bila abang kakak aku balik rumah, aku yg disindir2 kan. Hati aku marah dan memberontak.. Kenapa ibu buat aku macam ni? Hati aku paling luka bila ibu cakap aku penyebab arwah ayah meninggal.
Allahu.. ibu tau aku paling rapat dgn arwah ayah. Abang kakak aku selalu kena marah dgn arwah ayah.. Arwah ayah tahu bila bergaduh, aku tak bersalah. Arwah ayah ajar supaya saling bermaafan. Yg tua kena minta maaf dgn yg muda, yg muda kena minta maaf dgn yg tua. Bila arwah ayah dah tiada,ibu dah tak terapkan cara ni..no matter what aku lah yg bersalah.abang kakak seronok.. Bila aku kena marah, kena ejek, kena sindir. Ibu tak rasa bersalah, abang kakak lagi tak rasa bersalah. Jadi abang kakak aku turut sama sindir dan ejek aku..
Aku selalu sedih.. Menangis.. Sampai mata aku lebam dan bengkak. Aku dah tak tau erti ketawa. Aku selalu mengadu kat Allah, dalam solat, dalam doa, dalam sujud. Lepas arwah ayah meninggal, aku cuma fikir nak gembirakan hati ibu, nak bahagiakan ibu. Aku pernah kumpul duit, belikan hadiah set pinggan mangkuk, dekat rm100. Nilai tu besar bagi aku.. Sebab aku budak sekolah masa tu. Kat sekolah aku ikat perut. Ibu tak pernah sentuh atau guna pinggan mangkuk tu, akhirnya aku tau secara tak sengaja ibu bagi kat orang lain.
Aku belajar sungguh2.. Untuk ubat hati sedih. Aku nak buktikan aku tidaklah seperti yg ibu kata. Aku tak pernah guna duit ibu masa aku belajar. Malah aku yg bagi ibu duit. ibu cakap nak pergi haji. Aku buat part time..aku kerja elok2 sehabis amanah sebab aku nak ibu pergi haji dgn rezeki yg halal dan berkat. Aku simpan dan bagi duit kat ibu. Duit pergi haji dan duit belanja aku bagi.
Lepas tu.. Ibu cakap masalah tak ada mahram, aku nak teman ibu pergi haji dan nak kumpul duit. Tapi ibu cakap dia taknak pergi dgn aku, dia nak anak lelaki. Aku kumpul duit lagi utk cukupkan duit pergi haji anak lelaki. Waktu tu aku masih belajar. Aku dahulukan impian ibu, walaupun aku sendiri rindu2 nak ke mekah. Aku sedih bila ibu taknak pergi dengan aku.. Tapi alu ketepikan untuk penuhkan tabung mahram ibu.
Habis belajar.. Ibu suruh aku kerja terus aku cuma ada 10 hari untuk siapkan medical check up. Aku ingat nak rehat dan plan dulu lepas belajar tapi ibu tak bagi. Gaji pertama aku, aku bagi semuanya kat ibu. Sebelum aku bagi lagi, ibu dah minta… Macam2 ibu kira, aku dah agak ibu mengungkit, jadi aku bagi semuanya.. Sebab aku dah ada simpanan aku, dan aku memang niat nak bagi semuanya kat ibu. Ibu marah sebab ingat aku sindir dia… Ibu campak gaji aku kat muka aku. Sungguh hati aku dah berkecai waktu tu… Aku kutip duit2 tu balik macam aku kutip hati2 aku yg berkecai tu balik.
Bila aku kawin.. Ibu marah sebab aku ikut suami aku bekerja kat tempat lain. Suami yg aku kawin tu adalah pilihan hati ibu.. Unlike abang kakak aku yg kawin semuanya pilihan sendiri. Walaupun ibu tak suka menantu2 which is kakak2 ipar dan abang ipar, ibu merungut tapi bila abang kakak balik…ibu takkan tunjuk pada mereka. Kakak aku pandai, suami isteri lepasan phd. Kakak aku pernah cakap.. Sape suruh aku tak belajar pandai2 tak jadi lecturer macam dia,aku dengki kat dia yg hidup senang. Ibu ada tapi ibu tak tegur kakak yg meninggi diri.
Kakak pernah tolak pemberian aku, katanya anak2 dia tak pakai baju macam tu.. Kakak cakap kat ibu, suruh pulangkan pemberian aku tu. Aku cakap tu hadiah utk anak2 kakak. Tapi ibu cakap tu aku punya. Ibu biarkan sikap pemalas kakak.. Dan sikap tu dah berjangkit pada suami dan anak2 nya. Kakak mengarah adik2 utk hidang makan minum suami dan anak2 nya. Anaknya dah darjah tiga tapi nak ambil makanan kat dapur pun.. Kakak suruh Adik aku ambil. Ibu tak tegur. Suaminya lepas makan tinggal macam tu je atas meja. Bukan kakak yg kutip basuh. Aku diam, aku tak pernah dengki dgn kakak..
Hidup aku tak susah, walaupun tak sesenang byk duit macam kakak. Allah bagi aku macam2 nikmat. Walaupun abang kakak termasuk adik2 aku mengata macam2 kat suami aku..suami aku tak pernah susahkan siapa2. Kalaulah adik beradik aku tau selama hampir empat tahun suami aku berikan duit bulan2 kat emak aku.. Tergamakkah mereka mengata suami aku.suami aku manusia paling baik aku pernah jumpa. Suami aku tak pernah sekalipun mengata yg buruk2 tentang sesiapa… Sepanjang aku hidup dgn dia. Kerana itu aku sangat hormat dgn suami.. Allah bagi aku ketenangan yg sangat hebat dlm perjalanan hidup aku sebagai suami isteri.
Ibu pernah cakap ibu sayang sama sahaja kat semua anak2. Aku bukanlah tak pandai menilai, aku telan ayat ibu walaupun pahit. Kalau aku nak ceritakan mungkin panjang berjela.. Kemuncaknya bila ibu mengata suami dan anak2 aku. Anak2 aku masih kecil.. Juga jadi mangsa penilaian ibu, mangsa dibanding2. Masa anak aku yg sulung masih kecil… Aku dah tak boleh kawal rasa hati aku bila ibu buruk2 kan aku, suami dan anak. Aku menangis macam orang gila..
Lepas insiden tu, aku pencilkan diri aku. Aku bercakap dgn ibu bila perlu sahaja. Niat aku nak membahagiakan ibu dah terkubur.. Aku tersedar aku takkan mampu buat ibu puas. Aku berikan duit bulan2 untuk ibu.. Tak pernah miss walau sebulan. Terkadang aku menangis dalam hati. Ibu tak pernah tanya kabar kami anak beranak… Ibu tak pernah ucapkan terima kasih pada aku. Aku suka bila tengok mak mertua aku akan ucap terima kasih dan doa kebaikan untuk suami aku bila suami hulurkan duit. Suami cakap mungkin bila aku masukkan duit, aku tak mesej ibu. Padahal aku dah tau.. Samada aku mesej, atau bank in, atau bagi kat tangan.. Ibu takkan cakap apa2. Aku mesej ibu… Lepas aku bank in, krik2 sahajalah. Aku mengemis doa dan kata2 yg baik seorang ibu daripada kecil.
Masa anak aku yg kedua berumur 3 tahun tiba2 beritahu aku sambil senyum2.. Ummi.. Yaya degil. Aku terkejut… Sepanjang 3 tahun aku besarkan yaya, aku kenal anak aku.. Aku tanya siapa cakap yaya degil. Anak aku cakap ibu aku yg cakap yaya degil. Aku hanya minta perlindungan Allah.. Supaya yaya tak rasa apa itu perasaan yg aku rasa. Ibu pernah sindir rumah aku.. Ibu tak pernah sekalipun nak datang rumah aku, tapi aku jemput juga masa tu kebetulan adik aku nak konvo. Ibu datang tidur semalaman… Lepas tu, ibu sindir2 rumah aku. Masa ni aku dah tak rasa apa2 pada ibu. Bagi aku, aku syukur suami aku sediakan rumah untuk aku, walaupun mungkin tak seberapa bagi ibu.
Bila adik aku terpaksa nak tumpang, ibu ajarkan adik supaya duduk rumah aku macam touch n go. Ibu kerah abang kakak aku supaya ambil segera adik aku lepas selesai urusan dia. Aku tau tu semua ajaran ibu… Aku tau ibu taknak ada rasa terhutang budi lepas semua hinaan aku terima untuk rumah aku yg tak seberapa. Daripada aku kecil, ibu selalu sebut dia takkan duduk rumah aku bila dia tua nanti… Bayangkan aku yg masih kecil waktu tu mendengar ayat yg sama sampai aku besar.
Kita takkan tau kesudahan hidup kita.. Aku tanam dalam hati, aku akan jaga ibu bila dah takde siapa sudi jaga ibu nanti. Baru2 ni.. Nenek sebelah ayah aku meninggal. Ibu bersungut dgn marah.. Ibulah orang yg menguruskan pengakhiran hidup nenek, bukannya anak menantu cucu kesayangan nenek. Sebab tu jangan berbangga sangat masa hidup konon yg anak menantu cucu kesayangan tu yg paling bagus. Aku hanya mendengar.. Bukankah aku juga mungkin ada kebarangkalian menerima nasib sama? What comes around goes around. Mungkin ludah terkena muka sendiri. Ibu sindir2 aku sampai sekarang. Aku dah tak ada rasa dgn ibu.. Cuma hubungan darah ni tak dapat dipisahkan. Aku tak pernah pinta dilahirkan. Apalagi untuk menjadi anak yg paling malang paling hina di mata ibu.
Mungkin ada yg akan kata tak baik bercakap pasal ni.. Pasal ibu sendiri. Yg melaluinya sahaja memahami. Aku cuba butakan mata, butakan hati… Buat2 tak tau. Cuba menerima dgn hati yg lapang.. It’s really difficult. Mungkin ini ujian untuk aku. Aku tak pernah lupa doa untuk ibu.. Betullah orang kata kita tak boleh pilih ibu bapa, pilih keluarga kita. I am there. Cuba hidup bersama mereka. We are not like other families. Ada group wasap.. Tapi it’s weird to chat. Ada duduk dekat.. Tapi it’s weird to ziarah.
Aku mohon doa supaya keluarga kecil aku ini, aku suami dan anak2 boleh kenal dan sentiasa suburkan kasih sayang.. Hingga akhir hayat mereka. Kasih sayang tu takkan boleh dibeli walau ditabur dgn wang ringgit. Aku masih belajar urus emosi aku, umur aku meningkat. Tapi kesannya aku masih macam anak kecil. Aku dibelenggu masalah ini 30 tahun lebih. Aku tak tau cara berfikir yg betul. Tidak ada sumber rujukan, pendukung untuk bantu aku… Hati, fikiran aku seolah dirantai. Aku hilang keyakinan diri, malah sudah tidak kenal diri dan hilang erti tujuan hidup. Ada keluarga tapi keseorangan. Yatim dan piatu. Aku tak mampu luahkan pada orang lain..
Aku pembaca iium hampir 3 tahun lebih. Dari situ aku tahu masalah orang lain hampir sama.. Ada yg lebih hebat ujiannya. Aku belajar rawat hati aku, urus pemikiran aku. Perasaan itu it’s nothing. Aku cuba separatekan hati perasaan dgn akal. Sekarang hati aku makin kental. Mungkin Allah nak sediakan aku untuk ujian yg lebih hebat… Aku dah lalui rasa sakit, rasa lonely, rasa putus harap, pergantungan aku pada Allah. Allah selamatkan aku.. Sikit lagi akal fikiran aku nak hilang waras.
So kepada korang.. Janganlah cepat judge, kenapa ada orang tak balik rumah, kenapa ada orang tak jaga ibu bapa. Bagi aku mudarat aku lebih besar… Memang niat kita nak berbakti, nak bahagiakan parent. Tapi it turns to something that we never imagine. Ada orang beruntung dapat parent yg memahami yg menjadi tulang belakang bila kita goyah dan ada masalah.. Aku akui aku sangat lemah. Aku tak mampu menjamin adab dgn ibuku, abang kakakku lagi.. Orang cakap putus wire.. Macam tu la. That’s why aku pilih untuk mendiam diri, aku bercakap bila perlu.
Kini abang sulung aku.. Recognize kehadiran aku, abang sulung aku payungkan aku dan anak2 bila aku balik rumah ibu. Bayangkan selama ini aku balik rumah ibu, basah dgn anak2 kerana ibu dan kakak aku takkan benarkan aku parking berhampiran pintu rumah walaupun hujan lebat. Keluarga.. It is just a word. Hakikatnya kami hanya hidup dgn diri sendiri. Sebab tu bila aku dgn anak2 aku, aku try keep in mind. Mereka amanah aku. Mereka tak minta dilahirkan.
Aku cuba penuhkan ruang2 di hati aku dgn kasih sayang kepada mereka. Aku taknak mereka hilang rasa kasih sayang pada ibu bapa mereka, pada adik beradik. Aku akan jaga mereka sampai akhir hayat mereka. So, they know i am here for them. Aku hanya boleh berusaha… natijahnya Allah yg tentukan. Mungkin juga aku akan tetap diuji dgn anak2 satu hari nanti.. Setiap daripada kita pasti diuji. Wassalam.
– Ara
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit