Ujian atau Hukuman

Nama aku Dina berumur 39 thn. Tujuan aku tulis confession ni sebenarnya nak minta pandangan pembaca. Sebelum aku start, nak minta maaf siap2 kalau ada kekurangan dalam cara penulisan aku. Aku jarang menulis. Dalam confession aku ni terkandung beberapa confession yang tak de sapa tau.

Ok. Cerita background aku dulu: rupa paras aku biasa2 je, aku tinggi, hidung mancung, kulit hitam manis. Aku ada masters degree in economy. Latar belakang family aku tak religious sgt. Aku anak sulung dari 4 beradik. Mak aku meninggal masa aku kecik. Bapak kawin lain tapi dia memang tersangat protective terhadap aku.

Memang dari kecik aku rapat dgn bapak aku. Oleh sebab terlalu protektiv, semua calon suami yang aku pilih dia tak suka. Semua ‘not good enough’. Alasan kerja biasa2, malu orang kata apa tak sepadan. Atau takde alasan just tak suka. Dah lah susah nak dapat lelaki baik yang nak suka kat aku sbb aku fizikal aku tinggi, pastu ada masters. Ramai bila tau je aku ada masters terus tarik diri. Walapun aku jenis tak memilih lansung.

Akhirnya masa aku umur nak masuk 30 aku di kenalkan oleh seorang kawan dgn Ali yang merupakan seorang revert islam (3 thn sblm aku kenal dia). Ali adalah foreigner dari sebuah negara di eropah. Aku time tu dah nak give up dah fikir pasal nak kawin, tapi tetap tak putus minta doa masa tahajud untuk jodoh yang boleh buat aku lebih dekat dgn Allah. Tu je yang aku nak. Sebab sebetulnya aku tak tau dah apa yang terbaik utk aku.

Ali masa tu kat KL sebab ada training, sambil memang dia tgh cari calon isteri. Mula kita kawan, tak sampai 2 bulan kawan (kawan je ye bukan mesra), dia ajak aku kawin. Long story short lepas 6 bulan kitorang kawin. Bapak aku? Memang sangat nervous sebab tak tahu latar belakang Ali. Tapi ni aku nak *confess hangpa sema, sapa pun tak tau yang sebenarnya aku ada ugut bapak aku. Aku cakap it’s now or never. Maknanya kalau aku tak kawin sekarang dgn Ali aku akan fokus pada kareer dan jadi bos syarikat besar tapi tak kawin. And aku kata aku akan salahkan dia sampai bila2.

So, bapak aku takda pilihan melainkan menurut kehendak aku. Hmm memang aku degil. Dan aku juga sbnrnya ada sikit nak balas dendam kat bapak aku sebab dia tolak calon terakhir sebelum Ali yang kerja biasa2 je tapi sangat baik. Yes sila bash, apa pun ni 10 tahun lepas punya cerita and aku sedar it was so wrong apa aku buat. Bapak aku macam bapak orang lain nak yang terbaik untuk aku. So dia rasa semua lelaki tak ‘setaraf’ dgn aku. Not good enough. Dan aku mmg pendendam sikit orangnya. So yes ni lah yang terbuku dalam hati aku, no one knows yang antara sebab aku kawin dgn Ali sebab nak bagi padan muka bapak aku.

Lepas kawin dgn Ali … hidup aku tersangat 5x stress. Sebabnya bapak aku dgn Ali tak ngam. Aku tersangkut kat tengah2 antara suami dgn bapak. Ada 1 tahap aku sampai tak bercakap dgn bapak aku sbb dia asyik suruh aku cerai dgn Ali. Adik beradik aku semua tak suka Ali. Boleh di katakan aku di pulaukan keluarga. Tuhan saja yang tahu betapa besar stress aku time tu.

Mai aku nak cerita sikit pasal Ali. Dia sembahyang fardu tak tinggal, aku lepas kawin dgn dia pun tak tinggal sembahyang. Perangai ali .. dia degil, susah nak faham culture kita, masa awal perkahwinan semua benda dia nak kutuk. Adik beradik makcik pakcik aku semua dia kutuk. Dia susah nak nampak salah sendiri. Asyik nampak salah orang je. Tapi aku sabarrrrrrr sebab aku fikir dia jenis sembahyang. Dan kalau dia buat salah, kalau dia tahu salah disini agama dia takkan argue.

Dan ni masuk *confession kedua aku, aku fikir malu la kalau cerai tak sampai setahun dua kawin. So aku asyik bagi diri mcm let’s try 3 tahun then cerai, 5 tahun, 7 tahun… ha ni nak masuk 10 tahun dah. Bapak aku pun dah meninggal tahun lepas.

Dlm masa 10 tahun ni, macam2 lah terjadi. Naik turun hubungan aku/turun dgn bapak aku, or dgn adik beradik. Tapi dari segi Ibadah Agama aku dan Ali makin bertambah secara berperingkat. Contoh dia kejut aku solat tahajud setiap malam, baca Quran sebelum & selepas subuh, solat dhuda tak tinggal, hafal surah Mulk dan beberapa surah panjang, amik Quranic class sesama, tahun ni start solat2 sunat sebelum/selepas solat fardu. Puasa sunat. Zikir pagi/petang. Memang selalu kita akan ingatkan each other contoh “it’s Friday, remember to read surah al-khaf”. Dan Ali dah bawa aku tunaikan haji.

Kami tak da anak.. aku tak pernah mengandung. Dah cuba macam2, doctor cakap takde masalah. Tapi ni umur nak masuk 40 tahun maka kuantiti ovum aku pun dah tak banyak. Sejujurnya aku tak kisah sgt ada anak atau tak sebab aku tersangat tawakal pada Allah, dan aku dah try SEMUA. Lagi pun kan “harta dan anak adalah perhiasan dunia semata” (al Kahf). Aku yakin dengan rancangan Tuhan. Tapi aku tau Ali nak sgt2 anak.. walaupun dia cuba sabar. Dia susah nak kawal perasaan. Setiap bulan aku period kitorang akan tak bercakap.

Ni *confession ke 3 aku, aku sbnrnya rasa better kita cerai. Buat apa nak stay together if aku yang nak masuk 40 ni still tak pregnant and dia nak sgt anak. Plan aku ialah, kalau dalam 5 bulan ni tak pregnant aku akan terima posting overseas. Dalam masa tu aku akan encourage Ali to all out cari bini baru. Bukan senang nak jaga 2 bini. Ali cakap dia takkan cerai kan aku.. aku pulak, walau sedih aku rasa lebih baik cerai.

Sebenarnya aku tgh undergo IVF treatment yang terakhir. Tapi aku tak leh face result yang negative lagi. Bukan sebab aku tak leh terima. Tapi aku tau Ali tak leh terima. Aku rasa macam nak kata “maybe it’s time for you to let me go”.

Yes aku memang seorang yang sentiasa ada plan dalam kepala otak aku. Tapi aku tetap doa untuk yang terbaik dari Allah. So far setiap kali aku doa, hubungan aku dgn Ali makin kukuh. Tapi hubungan aku dgn org lain jadi loose, contoh dengan adik beradik. Adalah ni ujian Allah untuk aku? Atau balasan hukuman Allah atas kedegilan aku?

Aku harap ada yang boleh bagi pendapat / nasihat kat sini. I hope Makcik Norizan yang selalu komen positif akan komen. I need a motherly advice on what should I do.

– Dina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *