Aku merupakan seorang fresh graduate yang sedang mencari pekerjaan. Aku cari di pelbagai platform yang ada; Facebook, Telegram, Twitter dan lain-lain.
Pada suatu hari, ada satu anonymous number WhatsApp aku, dan bertanya sekiranya aku berminat untuk jadi salah satu agent untuk e-commerce mewah.
Aku jadi berminat dan aku fikir kerjanya mudah sebab hanya kerja online dan mungkin hanya masukkan data.
Lagipun, seingat aku, aku ada isi satu online form untuk jadi Entry Form Clerk online. Satu hari RM100, kerja ikut fleksibiliti.
So, aku ingat ni yang sama kot dengan aku isi haritu. Aku dimasukkan dalam group dan customer service contact aku untuk bagitahu job details.
Aku baca dengan teliti, aku tak faham apa aku kena buat.
Jadi aku tanya untuk kepastian, dan rupanya aku hanya perlu ikut arahan yang diberikan oleh vendor tertentu dan perlu dahulukan duit aku untuk bayar product tersebut.
Komisyen 30% akan diberikan untuk satu produk. Aku setuju untuk teruskan kerja tersebut.
Sistem bagi aku tugas percubaan, harga barang tersebut RM100+, aku hanya perlu ikut arahan dan bayar pada vendor harga asal barang tersebut. Vendor bayar aku RM150+.
Jadi, aku cuba untuk task pertama untuk tengok legit atau tak.
And yes, after aku complete task tersebut, within 20 minutes, ada duit masuk dalam account aku.
Vendor refund balik duit aku sekali komisyen. Aku jadi teruja.
Aku teruskan dengan formal task pula. Tiba-tiba formal task aku jadi sangat rumit.
First aku tengok harganya cuma RM400+, aku buat seperti sebelum ni. Rupanya vendor nak 4 barang tersebut.
Jadi aku kena tambah lagi 3 dan bayar. Aku ragu-ragu, adakah aku akan dapat balik refund aku yang sebelum ni, dia kata ya.
So mula lah kisahnya, aku transfer RM1k untuk barang tersebut. Aku ingat task aku dah selesai dan dapat refund.
Rupanya, task aku belum selesai. Dan kena buat payment untuk product lain pula. Yang mana harganya lagi tinggi.
Aku jadi mati kutu, aku tak cukup baki dalam bank. Tapi aku kena refund duit aku.
Aku pun decide untuk pinjam duit ayah aku. Tapi aku masih gagal dan kena buat task lagi.
Disebabkan aku percaya kerja ni, aku teruskan tapi masih meminjam duit ayah aku.
Masa ni aku macam dah bodoh. Percaya dan teruskan.
Sampai satu tahap, harga makin mahal, dan aku rasa aku tak mampu nak terus meminjam. Aku putus asa.
Aku cuba mesej orang yang ada dalam group tersebut dan tanya pandangan mereka.
Mereka kata benda tu legit, untuk first timer memang macam tu sebab mereka pun kena benda yang sama.
Aku cuma perlu ikut semua arahan dan aku akan dapat balik refund aku dan commission aku.
Jadi, dengan penuh pengharapan aku teruskan task tersebut.
Sebenarnya kawan-kawan aku nasihatkan aku untuk stop sebab takut makin banyak beban hutang. Tapi jumlah yang aku dah guna terlalu banyak.
Dan agent yang lain cakap aku teruskan sahaja seperti yang sepatutnya sebab aku memang akan dapat refund tersebut. Sebab tu aku teruskan sebab aku ikut pengalaman mereka.
Macam-macam cara aku cuba untuk dapatkan duit bayar task tersebut selain daripada pinjam ayah aku, dari pinjaman peribadi, minta tolong kawan, pajak gadai barang kemas. Tapi semuanya tak berjaya.
Dan akhirnya tiada pilihan, aku meminjam dari ayah lagi dengan berat hati. Tapi demi refund yang banyak. Aku terpaksa.
Dipendekkan cerita, aku berjaya selesaikan task tersebut, dan berhabis hampir RM30k, termasuk duit pinjaman dari ayah aku.
Dan sepatutnya aku boleh dapat refund dalam sehari, tapi sistem tak dapat nak bagi lagi sebab amaun melebihi had. Aku kena tunggu 3 hari bekerja untuk dapatkan refund aku. Aku redha.
Bangun pagi esok, tiba-tiba aku dikeluarkan daripada group agent sebab aku tak redeem task untuk 2 hari berturut (ini memang peraturannya, tak redeem akan dikeluarkan),
Tapi satu task aku pun tak selesai, takkan nak redeem another task??
Aku contact customer service untuk bertanyakan hal tersebut.
Sekarang ni, aku tak minta banyak, aku cuma nak refund aku balik, tanpa komisyen pun tak apa, asalkan aku dapat bayar segala duit ayah aku. RM30k bukanlah amaun yang sikit.
Aku percayakan apa yang aku buat, cuma aku tak percaya dan risau dengan sistem dia yang tak dapat dijangka.
Dan sampai sekarang aku rasa aku bodoh sangat sebab aku bertindak seolah-olah macam tidak berfikir.
Aku tak kuat sekarang. Aku menangis hari-hari, menangis dalam penyesalan dan susah hati.
Aku tak tahu ni ujian atau hukuman daripada Tuhan untuk aku. Mak ayah aku tidak tahu pasal ni.
Aku tak tahu nak cerita macam mana kalau betul-betul aku tak dapat refund tersebut. Tapi jauh di sudut hati aku, aku sangat berharap aku dapat duit tu balik.
Tak dapat duit aku, duit ayah pun dah cukup untuk buat aku tenang.
Cerita ni tak habis sampai sini, sebab aku masih menunggu duit refund tersebut.
Aku minta doa daripada semua untuk bantu sama-sama doakan aku dapat balik refund tersebut seterusnya dapat ganti balik duit ayah aku sebab aku bukanlah orang yang senang.
Ayah aku perlukan duit untuk banyak benda dan komitmen.
Ibu aku pula baru lepas operation untuk kanser payudara dan memerlukan rawatan susulan yang menggunakan duit juga.
Aku tak kuat untuk ujian atau mungkin hukuman untuk aku atas sikap aku.
Apa yang aku minta, Tuhan permudahkan segalanya untuk aku dan keluarga aku. Aku tak tahu pada siapa lagi aku perlu pohon pertolongan.
Aku minta semua untuk doakan untuk aku dan keluarga aku. Semoga aku dapat balik refund tersebut.
Aku tak pernah buat kerja bodoh macam ni, ni pertama kali, aku harap Tuhan bantu aku dan mudahkan segalanya untuk aku.
Aku percaya dengan perancangan Tuhan cuma aku perlu sabar.
Semoga Tuhan berikan aku kemudahan untuk dapat refund tersebut.
Terima kasih yang sudi baca confession ni dan doakan aku.
Aku doakan yang baik-baik juga untuk semua.
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit