Assalamualaikum, harap admin sudi approve. Terima kasih.
Saya mawar, lewat 20an, sudah berkahwin. Alhamdulillah usia. Perkahwinan kami baru 2 tahun.. masih jauh perjalan kami. Tujuan sy buat confession ini mengharapkan andai ada yg sudi membantu saya. Saya cuba ringkaskan cerita saya yer.
2016, saya berkahwin dgn cinta pertama sy, semoga menjadi cinta terakhir, Insya Allah.. segalanya indah di awal perkahwinan. Namun setengah tahun usia perkawinan kami, saya mula dihantui mimpi2 buruk. Saya mimpikan suami sy dgn perempuan lain. Pada awalnya saya anggap ini semua mainan mimpi.. tapi semakin kerap sehingga hampir setiap hari sy mimpikan benda nie. Bila sy bagitahu suami, suami minta sy abaikan mainan tidur nie.
Nak di jadikan cerita, malam tue sy xdapat tidur, handphone sy pula kehabisan bateri. Jadi sy pinjam handphone suami, niatnya nk layan youtube, tetapi jari sy terdetik nk periksa whatsapp suami. Alhamdulillah tiada yg mencurigakan..sy beralih kepada bahgian mesej biasa. Hanya mesej di servis telco dan kawan pejabat suami. Sy scroll lagi, and ad satu mesej dari no yg di kenali, bila saya buka msg tue, hati sy remuk dan hancur. Mesej dr suami kpd seorang perempuan. Tapi last mesej tue dah lama lebih kurang 2bulan sebelum kami bernikah. Sy kejut suami dan tanyakn siapa permpuan nie. Dalam mesej mereka sentiasa berjanji berjumpa di tempat “biasa” maknanya mereka selalu keluar bersama. Suami terus menangis teresak dan mohon maaf dgn saya. Rupanya mereka ada sejarah hitam bersama. Allahuakhbar remuk hati sy. Tidak pernah sy sngka sy akn di timpa ujian ini. Suami cinta pertama sy, sejak kami sekolah menengah lagi, sy setia padanya dan inj balasan kesetian sy.
Hancur hati isteri, walau perbuatan terkutuk sudah lama suami tinggalkan, tapi masih memberi kesan pada sy, sy ditipu, sy nk cerai. Sy xsnggup!! Suami merayu dan memohon maaf, dia cium kaki sy mohon maaf. Hati sy kosong
Sy balik kampung seorang diri tenangkan fikiran,dgn izin suami. Sy mnta petunjuk Allahh. Apa yg terbaik utk sy. Setelah semiggu sy di kampung. Sy pulang kepangkuan suami, sy maafkan suami, dan dia berjanji tidak akan pernah ulangi lagi, syg dan cintanya hanya utk sy shj.
Alhamdulillah suami betul2 berubah lbh baik. Dan beberapa bulan selepas kejadian, sy disahkan mengandung. Bahgia xterkata. 40minggu 2 hari saya selamat lahirkan putera yg comel sihat sempurna. Lengkaplah keluarga kecil kami,terasa diri ini bahagia sekali.
Kusangkakan hujan hingga ke petang, tapi badai melanda kami. Putera kami yg semakin membesar, tiba2 sawan. Disahkan pendarahan dlm kepala. 7 hari di hospital , 4.23 petang putera kami menghembuskan nafasnya di dalam pelukan sy. Allahuakhbar
Ujian terbesar buat sy, Alhamdulillah suami sentiasa menyokong sy, memberi kekuatan buat sy yang lemah. Hari berganti hari, hati sy semakin kuat utk hadapi ujian ini.
Tapi, sejak kebelakangan ini, sy dihantui mimpi buruk sekali lagi, seperti sbelum nie, sy sering mimpikan suami dgn perempuan lain. Sedih, saat sy semakin kuat, semakin byk ujian dtg.
Saya xsuka ada perasaan syak wasangka terhadap suami. Suami pun minta sy percayakan dia, dia dah berubah. Hanya sy utk dia. Tapi hampir setiap malam sy mimpi benda nie. Dan semalam, sy ternampak kesan lebam kuning d dada suami. Bila tanya suami cakap dia sendiri xtahu lebam dari apa dan mcm mana ad lebam tue.tapi dia bersumpah, dia benar2 berubah dan xpernah buat lg bnda yg bukan2 d belakang sy.
Tolonglah pembaca, sy buntu. Emosi sy tergangu, sy syg kan rumah tangga sy, tapi dalam waktu yg sama sy ad perasaan prasangka terhadap suami. Suami sy baik, jalankan tnggungjawab. Tapi kenapa kami ditimpa ujian nie? Adakah nie kifarah dosa2 sy?
Utk pengetahuan semua, sy sekarang sdg dlm pemulihan dgn perubatan islam. Sy dan suami, masing2 ad saka. Dan ini salah satu penyebab kami sentiasa “panas”. Entah lar ,sy buntu dan sangat2 perlukan kata2 semangat dan kata2 positve. Sy xboleh cerita benda nie dkt org terdekat..bimbang ad aib yg terbuka. Terima kasih semua.
Ulang tahun perkahwinan pertama- diuji dgn kisah hitam suami
Ulang tahun perkahwinan kedua- diuji dgn kehilangan anak pertama
Seterusnya? Hanya Allah yg tahu…
– Mawar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit