Ujian Atau Takdir

Assalamualaikum, saya Ann.. sekarang dalam fasa buntu, tak ada tempat nak meluah, bertanya..

Saya mengharap pada yang berpangalaman lama dalam rumahtangga mungkin 10-20 tahun ke atas dapat beri sedikit jalan keluar, nasihat atau jadual harian buat saya.

Usia perkahwinan saya sudah 5 tahun, ada seorang cahayamata 4 tahun, Saya surirumah sepenuh masa, anak saya hantar ke taska pagi sehingga tengahari.

Kebelakangan ini ditimpa ujian dalam rumahtangga saya, dimana saya & suami tidak bersefahaman & kami ada ujian kewangan.

Dia mengeluh penat bekerja, saya mengeluh penat menjadi suri rumahtangga.

Dia mengharap saya dapat bantu dalam kewangan keluarga, saya mengharap dia dapat bantu dalam pengurusan rumahtangga.

Perkara ni berlarutan, walaupun dah berkali2 perbincangan, akhirnya dua2 memendam rasa..

Lebih kepada menyalahkan sesama sendiri.

Sekarang.. Kami seperti orang asing di dalam rumah, hanya buat hal masing2.

Suami pergi kerja balik kerja. Malam biasanya dia akan keluar jumpa client pula.

Saya bangun urus anak sekolah, urus rumah masak, ambil anak sekolah & uruskan sehingga anak tidur.

Sekarang.. tiada kasih sayang suami, pelukan, sentuhan, nak mengadu sakit, mengadu penat pon tak dapat dah sekarang.. dua2 membisu bercakap hal2 penting sahaja.

Tiada gurauan, tiada borak kosong semua tiada. Betul2 seperti orang asing.

Suami saya, dah hilang rasa pada saya, tawar hati? Tiada hati? Mungkin. Sentuh tak pernah, pandang muka saya juga tidak, tidur juga berasingan.

Jika saya di depan dia ke bilik, saya di bilik dia ke depan, mana ada saya dia akan cuba untuk elak duduk bersama.

Untuk yang berpengalaman..

Kerja2 rumah & anak 100% hanya pada saya..

(Yang ini saya mengalah, sering juga bergaduh bila bercakap, jadi saya taknak ungkit hal ini)

1. Bagaimana untuk saya susun jadual waktu saya buat suami, anak, urusan rumah, masak & kerja? (kerja part time)

Saya rasa kerja & jadual saya terlalu padat utk buat semua sekali.

Terkadang bila kerja tak sempat untuk memasak, bila memasak tak sempat untuk urusan rumah, bila dah penat malam saya akan terlelap sekali anak.

Tak sempat bertanya hal harian suami saya.

2. Bagaimana untuk saya ambil hati suami semula?

Saya benar2 rindu di waktu awal perkahwinan, setiap nak pergi kerja suami akan peluk cium saya. Lepas solat akan peluk cium saya. Sekarang semua itu tiada, saya rasa kosong..

Hari2 berdoa Moga Allah tak hilangkan rasa kasih sayang saya kepada suami. Sebab saya rasa seperti tunggul sahaja, saya rasa seperti tak berguna sahaja.

Saya mohon nasihat & bantuan yang lebih berpengalaman.

Ini ujian sahaja atau memang takdir kami bukan untuk bersama?

Terima kasih, 

– Ann (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

    • Tak berani nak komen cuma nak bagitau saya dah kawen lebih 25 tahun dan suami takde pun menolong buat kerja rumah hatta bangun malam buat susu anak.
      Mungkin sebab saya buat semua secara ikhlas.

  1. Saya ibu bekerja dgn 4 anak (semua sedang bersekolah) & dah kahwin hampir 20 thn. Puan dan suami perlu faham tanggungjawab masing2. Kalau Puan sama2 nk bekerja bantu kewangan rumahtangga, suami jg perlu berlapang dada utk bantu urusan anak & rumahtangga. Tapi kalau suami dh kerja dari pagi sampai mlm, Puan pula yg kena berlapang dada menguruskn anak & rumahtangga. Mungkin bila weekend boleh sama2 kemas rumah. Yg penting jgn selalu fikir ‘keje aku bnyk, keje ko sikit’. Masing2 ada peranan & tanggungjawab. Kena saling membantu & bertolak ansur. Ni ujian Allah bg utk menguji sabar & kefahaman suami isteri. jgn la sampai fikir kalian berdua bukan ditakdirkan bersama. InsyaAllah semuanya akan baik2 sahaja kalau kalian berdua faham tanggungjawab dan peranan masing2

  2. Terlalu byk wanita berkahwin yg burnout, mental health sakit. Sy Salah sorang jgk. Mulanya buat dgn ikhlas tapi bila tidak dihargai bnd tu jd tanggungjawab yg digalas 1 pihak. Pada pandangan Sy suami yg biarkan isteri buat smua bnd dkt rumah dgn reason penat bekerja telah gagal didunia ni. Seorang isteri paham merdeka perlu menyokong suami tapi tidaklah adil 365 hari mereka saja yg beri 80% usaha.

  3. Komunikasi amat penting utk puan slesaikan masalah bersama-sama suami, klaw x bertemu & bercakap, mcmne nk slesaikan.. skrg mngkin puan bole cari kerja, or buat kerja sampingan (di rumah), secara berdisiplin (spt org kerja pejabat juga), ini adalah untuk tambah pendapatan kluarga & atasi masalah kewangan yg puan nyatakn.. apabila habis waktu bekerja or on weekends, puan n suami perlu bhagikan masa utk kerja2 di rumah, ini perlu dibuat bersama2, sama ada kerja di dapur, mendobi, jaga ank dll., klaw perlu buat senarai n jadual kerja yg sistematik.. kerjasama dan persefahaman dlm perkara kewangan dan t/jwb d rumah n kluarga sgt penting utk menjaga keharmonian r/tangga puan.. seperkara lg, klaw puan msih sygkan kluarga puan, jgn lah doa agar hati u all ‘berjauhan’, sebaliknya, mohon Allah lg dekatkan hubungan korang, barulah dpt kebhagiaan spt mse mula2 kawen dlu.. wallahu a’lam.

  4. Malam jumpa client? Kerja apa ye sampai takde masa untuk anak & isteri dirumah? Saya bekerja dalam bidang penuh dengan lelaki dan suami orang(mostly lelaki ramai perempuan boleh dikira)…tapi dekat tempat kerja lelaki ni tak function pun plus pemalas, kerja main fon buang masa, lepak sebab tu saya tak percaya lelaki yang merenget penat sebab kerja unless lelaki tu kerja buruh ke kerja yang berisiko dengan keselamatan ke itu saya boleh percaya lagi lah. Lagi2 orang yang dah berkahwin takkan habiskan masa diorang dengan bekerja cukup masa balik rumah sebab dah ada family. Kalau kekurangan kewangan pun maybe buat part time, penat sebab makan masa banyak tapi menggunakan tenaga macam jadi suri rumah pun mungkin tak kot. Cuba tanya suami you atau siasat secara senyap. Cari tahu kenapa takde masa langsung dengan family sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *