Hi, aku Teratai (bukan nama sebenar). Aku sudah 9 bulan bertunang.
Mula-mula bertunang, itu semua ya indah. Orang dulu-dulu cakap ujian tunang ni berat, dan tibalah giliran aku.
Kami share “WhatsApp”. Aku boleh tengok chat dia dan dia boleh tengok chat aku. Dia jenis yang bukan overthinking.
Tapi sejak-sejak bertunang ni, tak tahu datang dari mana perangai yang kuat overthinking tu.
By the way, aku masih study degree dekat UiTM. Kami bertunang atas pilihan sendiri sebab nak ikatkan, dan kami LDR.
Jarang-jarang je aku boleh jumpa dia sebab kami jauh. Jarak tempat dia dengan aku sangat jauh. Dugaan ini aku sendiri pun give up sudah, sebab ini soal melibatkan kelas.
Aku dekat sini takde pandang siapa-siapa pun, tapi aku yang kena tempias dan dilabelkan “murah”.
Ya Allah, ayat itu first time aku dengar dan keluar dari mulut dia. Dia tak pernah lemparkan perkataan kesat sebegitu.
Kalau dia tak libatkan ramai pihak, aku tak ambil perkara ni serius. Tapi ini melibatkan soal family, aku memang tak boleh diam. Dia ingat dia lelaki boleh buat apa-apa sahaja?
Hubungan kami tiada kata putus. Dia buat aku tergantung tanpa tali. Sedangkan dia yang start keluar dengan perempuan lain walaupun masih berstatus tunang orang.
Aku? Aku nak keluar, lepak dengan member sekelas pun tak boleh. Dia kongkong aku macam aku bini dia. Dia lepak sampai subuh boleh pulak.
Dia buat aku macam tak wujud dalam hidup dia. Lagi sebulan aku duduk kat tempat belajar, lepas ni aku balik kampung cuti semester. I want to talk with his family sebab ini soal hidup aku.
Aku nak hidup normal macam orang lain. Nak lepak, nak gelak-gelak sebab moment belajar inilah yang kita nak create. Sebab jarang-jarang, lepas ni habis sem, dah tak jumpa.
Aku memang tak tahan lah dengan dia. Hati aku kosong. Perasaan makin lama makin pudar. Hati aku pun slow-slow tertutup untuk dia.
Teruntuk kamu, kalau kamu baca ini, aku harap kau lepaskan aku dengan cara yang baik. Pulangkan aku dekat family aku macam mana kau mula-mula ambil dahulu.
Jangan buat aku macam ni. Aku berhak bahagia. Aku tak kesah hilang kau. Aku tak nak hilang family aku.
Tolong lepaskan aku.
Semoga kau jumpa perempuan yang boleh dan betul-betul terima baik dan buruk kau.
Aku perempuan tak sempurna yang macam kau nak. Aku banyak keluar dan tak maklum. Nak bahagiakan kau seperti mana kau idamkan.
Terima kasih pernah hadir dalam hidup aku.
Semoga bahagia, sayang.
– Teratai (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit