Ujian Buatmu Ab4ng

Salam semua. Bunga hendak cerita untuk semua pembaca. Ini bukan cerita penyondol, ini tentang seorang abang.

Abang ini dia orgnya baik, agama pon baik, suka bersedekah. Kiranya kalau ada berita orang susah, bersedekah bersama rakan2. Ke sana, ke sini membantu orang. Ibu dan ayah bunga pon senang hati.

Alhamdulillah rezeki dia banyak dan disenangi kemana jua dia pergi.

Dipendekkan cerita, dia berkahwin dan mempunyai anak sekarang. Pada awal perkahwinan, murah rezeki mereka. Duduk rumah sewa, namun kelengkapan rumah semua diberi.

Namun, sikap isterinya banyak berubah. Seolah2 tidak mahu berjumpa dengan keluarga kami, anak juga tidak dibawa.

Abang masih lagi datang ke rumah untuk bertemu ibu bapa pada setiap minggu kerana tempat kerjanya hanya berapa belas minit dari rumah ibu ayah.

Jika ditanya pada ibu, ibu akan sentiasa cakap benda yang positif saja. Kami semua duduk jauh dari rumah ibu kerana kerja ditempat lain2.

Kami cuba kembali melawat ibu ayah 3 bulan sekali, namun abang tidak mampu membawa isteri dan anak menjenguk ibu walaupun jarak rumah mereka tidak sampai sejam dari rumah ibu.

Jika pembaca bertanya berapa kali si isteri dan anaknya datang? Sudah hampir setahun kami tidak bertemu. Ayah ibu juga hanya tahu keadaan cucu sebab abang yang cerita dan tunjuk gambar.

Semua ipar, mak saudara dan sepupu sudah boleh mengagak yang isteri tidak mahu menjenguk. Sebab orang bertanya, “bagaimana anaknya? Sudah boleh berjalan?”.

Ayah pasti akan mengatakan “Ya sebab kata…”. Nak dikatakan kami ibarat keluarga Abam Ali Puteh, tidak.

Kami tidak lokek duit untuk keluarga nya, belikan pakaian tilam bayi, sebagainya sampai ke keperluan bilik. Apa yang dia pernah kembali selain raya tahun lepas?

Kembali ke rumah ibu sebab minta ibu menasihati abang sebab tidak memahaminya.

Ibu menasihati abang untuk bersikap lebih matang sebagai suami. Namun, lepas itu tidak datang kembali hinggalah ke hari ini.

Ibu pon redha sebab bagi ibu, itu kerana sikap isterinya. Ibu masih berfikiran positif, katanya dia boleh fokus rehat beribadah, tidak perlu pening memikirkan jaga banyak perkara sangat.

Namun, kami anak2 tahu ibu terasa dengan sikap ipar sendiri. Nenek mestilah rindukan cucu-cucunya.

Walaupun bunga sendiri rasa geram dengan ipar, ibu ckp biarkan. Ini juga ujian buat abang untuk Allah menguji bagaimana dia mengurus keluarganya.

Dahulu, bunga pernah mendengar satu nasihat “Adakalanya Allah tidak menguji kamu semua untuk melakukan perkara yang terang2 haram”.

Bunga tidak ceritakan disini untuk mengecam ipar sendiri, namun untuk sekadar bercerita. Mungkin ada salah silap dalam ucapan disini, bunga minta maaf.

Hidup ini penuh ujian. Tiada hamba yang tidak diuji. Sekian terima kasih kerana membaca.

– Sekuntum Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *