Hai assalamualaikum. Sebagai mukhadimah saya perkenalkan diri saya sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak. Isteri kepada seorang penganggur dan saya staff di sebuah syarikat swasta.
Hari ni saya ada sedikit kelapangan waktu jadi saya terasa nak menulis. Jujurnya saya masih lagi belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Belajar bersyukur dengan setiap sudut pemberian Allah dan belajar redha dalam menempuhi dugaan ujian dalam hidup. Ya. Ujian mematangkan diri.
Saya bukanlah insan yang sempurna jadi saya tidak merasa diri ini sudah cukup baik untuk memberi nasihat. Cuma saya ingin berkongsi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri.
Hari2 saya terbaca kisah rumahtangga. Rasanya semua yang sudah berumah tangga ni ada ujian mereka sendiri. Ujian yang berbeza yang Allah berikan mengikut kemampuan hambanya. Ada yang kecundang di awal perkahwinan dengan penceraian. Ada yang masih kuat bertahan sehingga kini.
Saya juga diuji. Tapi saya tenang-tenang sahaja. Selagi mampu kita cuba untuk membuang ego dan sikap pentingkan diri sendiri.Anak menjadi sumber kekuatan saya masih bertahan. Saya cuma nak berkongsi apa yang saya lakukan jika menghadapi kekalutan dalam kehidupan berumahtangga.
1. Sentiasa berlapang hati
Bukan mudah tapi ini yang saya lakukan. Andai ada suara2 ahli keluarga mertua atau keluarga sendiri berkata yang tidak baik/ memerli mengenai kita/ pasangan/ anak2 kita cuba untuk terima dan tersenyum.
Kurangkan berdebat untuk perkara yang orang luar tidak pernah fahami. Orang luar ni hanya tahu membuat andaian. Kita lagi tahu siapa kita dan keluarga kita. Fikir hidup ini hanya sementara jangan cuba untuk menangkan diri dan panjangkan sebaiknya bertenang dan berdiam diri.
Percayalah selalunya kalau masaalah remeh yang dibangkitkan ni kita teruskan berdiam sahaja lama2 orang akan jadi malas dah nak ambil port. Lama-lama mereka yang toksik ni akan penat untuk berkata. Kadang2 berdiam diri ni lebih baik dari berkata-kata kan.
2. Bertegas untuk berkata yes/no
Berdiam diri ni lebih baik dari berkata-kata. Tapi untuk hal yang remeh sahaja ye. Kita lebih mengetahui tahap kesabaran dan kebenaran untuk sesuatu perkara. Andai ada perkara yang berunsur fitnah melampau. Atau perkara yang yang kita tak mampu untuk lakukan bertegas lah.
Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung. Jangan ikut sahaja arahan dan peraturan yang orang lain tetapkan dalam hidup kita. Kita kena tahu apa yang kita mahukan untuk diri sendiri. Kita kena tegakkan hak sendiri. Jangan lemah dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.
Kena tahu hak sebagai anak, menantu. Seringkali saya tengok menantu serabut kepala bila mertua kawal itu dan ini.
Kalau awak rasa tak mampu atau rasa ada masuk campur urusan keluarga berani lah berkata. Bertegas dalam berkata perlulah dengan nada sopan. Sebaiknya slow talk dan tegurlah dengan penuh hikmah.
Berterus terang lah sekarang jangan simpan dalam hati. Percayalah apa yang kita tegaskan tu mungkin akan buat hati insan lain terguris sedikit tapi cuma sementara sahaja. Tapi kesannya lebih baik bila orang tahu kita bukan orang yang senang2 dikawal. Be firm ok.
3. Jaga aib dan rahsia keluarga
Jaga aib ni paling ramai yang tewas. Saya juga tak terkecuali. Tapi saya belajar dari kesilapan dan cuba sedaya upaya untuk menjaga hingga kini. Jaga lah aib suami/ isteri.
Jaga lah aib keluarga kita atau keluarga mertua. Kita ni sebolehnya bila hadapi masalah dengan pasangan cubalah berbincang sesama sendiri. Jangan disebarkan pada mak dan ayah kita. Buruk baik pasangan biarlah kita sahaja yang tahu.
Kita kena ingat yang kita sendiri tak sempurna dan Allah masih menjaga aib kita. Andai Allah buka aib diri kita ni. Kitalah yang nampak paling hina di hadapan manusia lain. Jadi sebelum bercerita tentang buruk pasangan pada orang luar beringatlah dan muhasabah diri.
Buruk padahnya kalau orang luar dah tahu kisah dan rahsia keluarga kita ya. Susah dah untuk kita perbetulkan tanggapan buruk orang luar. Ini tak. Ada problem sikit share dengan mak ayah lah dengan kawan2 lah. Matanglah.
Lagi teruk bagi mereka yang suka share di media sosial. Tag suami isteri. Niat share tu untuk bagi tahu yang korang ade masaalah bersama pasangan ye?
Tak malu ke orang luar tahu. Simpan senyap2 sudah lah. Semua orang ada masaalah mereka sendiri ye tapi yang kurang bijak kurang matang suka untuk bercerita bagi semua orang tahu tu kenapa ye.
Kita kalau boleh nak jaga hubungan sesama keluarga kita dan keluarga mertua… Cerita lah yang baik2 sahaja supaya keluarga tak pandang serong dan pandang rendah pada pasangan dan keluarga mertua. Jaga hubungan keluarga baik2.
4. Allah sebaik-baik tempat mengadu
Ada masaalah dengan mertua? Dengan suami? Dengan anak2? Mengadulah dan merintihlah pada Allah. Allah maha mendegar.
Allah jualah yang akan bantu untuk permudahkan setiap masaalah yang kita hadapi. Janganlah bila sakit hati je. Ada masaalah je terus mengadu kat mak ayah cuba ihtiar selesai sendiri dulu. Kita lah punca mak ayah masuk campur. Kita lah punca pasangan hilang hormat.
Ya Allah tak matang nya kita. Kalau ada yang ditakdirkan mempunyai suami/ isteri yang ada masaalah sikap bacalah doa yang boleh melembutkan hati. Cuba rujuk kaunseling atau orang yang betul pada bidangnya untuk menasihati. Kenapa bukan terus mak ayah?
Sebab tidak adil jika kita sendiri tahu mak ayah kita hanya akan berpihak pada kita sahaja bukan pasangan kita. Jadi penyelesaian masaalah akan jadi lebih rumit.
Kalau ada keluarga mertua yang sakitkan hati kita pun sama lah berdoalah supaya mereka boleh terima kita seadanya. Doa insan teraniaya ni insyaAllah termakbul.
5. Belajar redha dan terima kekurangan pasangan
Bila kita ni dah berkahwin belajar lah untuk menerima pasangan seadanya. Kalau pasangan pemalas/ baran/ pengotor cuba lah cari jalan untuk perbaiki.
Belajar jugak untuk terima kekurangan keluarga pasangan. Masing2 dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza dari segi didikan dan budaya.
Jadi bila dah berkahwin tak boleh la nak kata cara hidup kita yang terbaik. Mak ayah kita bagi didikan terbaik. Didikan pasangan teruk,keluarga pasangan teruk. No no. Sebab tiada manusia sempurna.
Banyak kan lah muhasabah diri dan melihat kebaikan pada orang lain. Kita ni nak judge orang kita cukup sempurna ke?
Tak ada kekurangan walau sedikit ke? Sebab tu kita perlu meraikan perbezaan dalam hidup ni. Allah dan takdirkan kehidupan kita ni untuk saling melengkapi. Mungkin kita terkadang merasa diri lebih baik dan ego tak bertempat sampai pandang rendah pada kekurangan pasangan.
Perbaiki lah bersama. Lagi2 yang masih di awal perkahwinan. Banyak yang kurang persefahaman. Belajar mengenal hati budi pasangan. Belajar untuk perbaiki dan terima apa yang kurang. Kita bahagia bila kita bersyukur.
Tiada perkahwinan yang bahagia sentiasa. Pasti ada suka dan duka. Pandai2 handle.
6. Komunikasi dan berterus terang sangat penting
Kalau nak ikutkan saya ni dah bertahun kahwin dan masaalah sentiasa ada. Tapi pentingnya kita kena bertolak ansur dalam semua perkara. Belajar berterus terang dengan pasangan. Pasangan sahaja ye bukan orang luar. Sebab apa bukan orang luar?
Adakalanya orang luar hanya menambah perisa sahaja dan mengeruhkan keadaan. Mereka ni bukan tahu 100% masaalah kita.
Carilah masa yang sesuai untuk mengadu, bercerita dari hati ke hati pada pasangan. Apa yang kita rasa. Apa yang kita tak suka.
Cuba tiap kali lepas solat atau masa masing2 tengah dalam mood baik cuba slow talk. Bagi ruang bertenang dulu. Jangan push bila tengah dalam keadaan marah buruk kesan nya.
Bincangkan supaya keduanya capai kata sepakat. Supaya keduanya nampak tujuan hala dan matlamat hidup bersama…a pa yang diimpikan untuk masa depan kita bersama anak2.
Cuba support bersama kalau ada masaalah kewangan. Bagi tempoh untuk pasangan berubah. Cuba cari jalan bersama jangan pendam sendiri.
Suami ni ada masanya kurang faham kalau isteri hanya tahu menangis meratapi nasib sendiri. Jangan jadi lemah ye. Berkomunikasi ni sangat penting.
Kurangkan membebel sebaiknya bercakap point yang perlu disampaikan. Sampaikan pada pasangan dalam nada memujuk bukan menghina dan memandang rendah. InsyaAllah pasangan akan faham.
7. Common sense
Perkara ni randomly untuk semua lah ye. Baik untuk menantu. Mertua. Anak2. Hidup ni kalau tak ada common sense memang kelaut lah jadinya. Kita ni sebagai menantu kalau ada masalah dengan ipar dan mertua. Cubalah tackle mana yang perlu. Kalau balik kampung bawa buah tangan…
Tak perlu bagi barang mahal. Duit berkepok. Cukup sekadar makanan kesukaan. Pokok kesukaan. Berborak. Kalau rasa tak boleh masuk untuk berborak mesra cukup sekadar bertanya khabar.
Elak dari mengambil tahu hal dalaman keluarga mertua/ keluarga menantu berlebihan. Mertua, menantu, ipar perlu tahu batas2 bila berbicara.
Bantulah meringankan kerjarumah. Pandai2 bawa diri di rumah mertua. Jaga adab. Jaga pakaian jangan seksi2 melampau. Jaga batas. Ringankan tulang.
Mertua masih tak hargai? Just move on. Kita dah buat yang terbaik kan. Mertua jugak perlu ada common sense jangan masuk campur urusan anak yang dah berumah tangga.
Biarlah anak dengan pasangan yang tentukan hala tuju hidup mereka. Mana mereka nak tinggal. Apa mereka nak buat. Mana mereka nak bercuti. Apa yang mereka nak beli. Apa yang mereka nak makan pakai. Selagi apa yang mereka lakukan bukan berdosa.
Kita tiada hak untuk masuk campur…. Anak2 semua dah besar boleh buat keputusan sendiri jangan berharap pada mak ayah untuk cukupkan keperluan hidup kita. Untuk buat keputusan untuk kita lagi.
Berdikarilah. Jangan susahkan mak ayah kita untuk menjaga cucu mereka. Bagi ruang mak ayah berehat fokus pada ibadah mereka .
Masa mereka muda mereka dah penat jaga kita. Bila dah ada anak kita sendiri tahu susahnya nak besarkan anak jadi jangan ditambah beban pada mereka yang berusia. Jadilah lebih dewasa besarkan anak2 mengikut cara kita tanpa merungsingkan hati mak ayah lagi…
Binalah keluarga kecil mu dengan bahagia. Buatlah keputusan sendiri. Bukan lagi mak ayah tentukan…. Cuba elak berkongsi hal2 yang tidak sepatutnya pada mak ayah kita supaya tiada masuk campur yang berlebihan dari pihak luar. Jaga lah hati pasangan masing2.
8. Hidup bersederhana
Hidup lah dengan rasa syukur. Kadang2 yang jadi punca bergaduh ni bila kita tak berpijak dia alam yang nyata. Tak ukur baju di badan sendiri.
Banyak terpengaruh dengan keindahan yang dipamerkan di media sosial. Kalau nak tahu apa yang kita nampak di media sosial tu bukanlah realiti kehidupan sebenar.
Bahagia dengan barangan mewah. Bahagia dengan bercuti kesana sini dengan hidangan makanan mewah. Bahagia dengan pasangan. Romantik sana sini. Puji sana sini. Seolah kononnya tiada kekurangan langsung di pandangan umum.
Tapi hakikatnya kita pamerkan tu untuk kepuasan diri sementara sahaja. Sebab apa?Sebab kurang nya bersyukur dan hanya mahu mendapat pujian dan penghargaan dari orang sekeliling.
Bukan semua tapi kebanyakan nya begitu. Di pandangan orang kita cuba nak tonjolkan kehidupan yang indah2 sahaja hakikatnya kita punya masaalah dalam kehidupan realiti. Kita punya masaalah kewangan. Punya kesakitan yang kena tanggung. Punya beban dan stress setiap masa.
Belajarlah untuk hidup sederhana tanpa memuaskan hati semua orang. Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Kalau susah buat cara susah. Jangan terikut dengan orang lain. Kita tahu tahap kemampuan kita.Nak tunjuk bahagia romantik pada orang lain apa tujuan nya?
Suka dipuji hakikatnya kita boleh simpan sendiri dan nikmati bahagia tu. Bukan semua mata yang memandang tu suka dengan apa yang kita pamerkan.
Kalau ada yang busuk hati musibah pula yang menimpa. Orang yang bahagia akan bersyukur dengan apa yang di terima. Jangan try hard sangat nak buktikan pada orang luar.
Kesian pasangan nak kena ikut kata kita kalau boleh nak semua nampak gah. Be yourself ya. Kita semua tahu penyakit (ain) ni memang wujud dan boleh bagi kesan pada diri dan keluarga. Bagi yang tak tahu boleh google berkenaan penyakit ain. Bersederhanalah dalam berkongsi.
9. Syukur
Syukur dengan kehidupan sendiri. Jangan dibandingkan dengan kehidupan orang lain. Allah dan aturkan hidup kita ni dengan sebaiknya kurang kat situ Allah lebihkan dekat lain. Allah lagi mengetahui apa yang kita perlu.
Kalau nak tanamkan rasa syukur ni sentiasa lihat kehidupan dan kekurangan kehidupan orang yang lagi susah dari kita. Bukan lihat orang yang lagi senang dari kita.
Dari situ kita akan menghargai apa yang kita miliki. Buat yang belum ada rezeki anak teruskan berusaha dan berdoa. Allah akan bagi bila tiba waktunya. Sesungguhnya orang yang tiada rezeki anak ni ujian berat buat mereka tapi ingatlah orang yang ada anak ni jugak ada ujian nya.
Mereka ni akan disoal kelak bagaimana kita menjaga amanah yang diberikan. Nak jaga anak perlu ilmu yang banyak lagi2 dizaman yang penuh cabaran. Jadi nikmatilah peluang bersama pasangan dengan rasa syukur.
10. Jaga ihtilat dan tanggungjawab
Bila dah berkahwin masing2 punya banyak tanggungjawab. Kalau lelaki lagi berat tanggujngawab mereka dan segalanya akan disoal di akhirat kelak. Bab nafkah isteri anak jangan diabaikan.
Ketahui hak yang mana lebih utama. Kalau tak mampu nak bagi banyak usahakan bagi semampunya. Bagi isteri yang berkerjaya dari suami jangan ego dan meninggi diri dengan suami.
Suami mungkin belum cukup mampu tapi mungkin masih berusaha untuk mencukupkan segalanya. Kita yang memilih pasangan tu dari zero jadi bersusah senang lah dahulu.
Terima dan support mana yang perlu. Mungkin berkat membantu suami Allah akan luaskan lagi rezeki buat kita sekeluarga.
Dalam tempoh awal perkahwinan memang perit tapi jika kita bersabar dan berusaha kehidupan akan lebih stabil. Berjimat cermat di awal perkahwinan.
Bezakan apa yang perlu dan kehendak. Sentiasa buat simpanan sendiri jangan boros walau kita bergaji tinggi. Bantu suami mana yang perlu sahaja. Jangan dihabiskan semua wang untuk menanggung keluarga.
Jadilah wanita yang bijak. Berdikari tu bagus tapi jangan berlebihan supaya pasangan tidak mengambil kesempatan. Tidak perlu kita yang uruskan semuanya… Suami kena tahu hak yang utama dalam menafkahi isteri dan ibu bapa dan apa yang perlu didahului.
Bila dah berkahwin kita bukan boleh buat semua sesuka hati. Minta izinlah dengan suami dengan apa yang kita ingin lakukan. Selagi tak melanggar hukum suami kena bertolak ansur izinkan. Bukan lah taat suami tu sampai perlu mendengar perkara yang melanggar hukum agama ya.
Isteri juga kena tahu tanggungjawab menjaga maruah diri. Kurangkan pergaulan bebas. Kurangkan berhias untuk tatapan luar. Jagalah makan pakai suami sebaiknya supaya suami lebih sayang tetapi menyediakan keperluan makan pakai tu tugas wajib suami kita uruskan sahaja sebaiknya.
Saling menasihati antara satu sama lain. Suami isteri yang baik adalah cerminan dalam mencorakkan peribadi pasangan… Suami isteri juga perlu menjaga ihtilat dalam pergaulan kerana boleh menjerumus pada kecurangan pada pasangan.
Hargai pasangan seadanya. Hormat menghormati pada pasangan. Jangan dilupakan setiap pengorbanan pasangan. Untuk ibu2 yang penat dengan urusan anak2 buat setakat yang mampu sahaja. Kita bukan super women boleh buat segalanya. Kita memang nak yang terbaik.
Tarbiah diri dan anak untuk terima apa yang kita boleh bagi mengikut kemampuan sahaja bukan berlebihan. Didiklah diri kita sekeluarga denga sifat Qanaah. Nak buat macam2 untuk orang hargai? Tapi diri sendiri yang penat dan lelah. Hargai diri dan sayangi diri sendiri dahulu.
Me time sangat penting. Teruskan mencari hobi dan minat sendiri. Bergembiralah. Sudah berkahwin tak bermaksud semua tu dah tak boleh buat. Yang paling utama dekatkan diri dengan Allah. Allah yang menjaga kita dan hati kita. Dalam hidup berumahtangga letakkan Allah yang utama.
Walau apa pun jodoh maut semua di tangan Allah. Kita cuma usaha menjaga rumahtangga yang ada. Jika dah terlalu tersiksa hingga memakan diri. Carilah kebahagiaan dengan cara sendiri. Allah tak suka umatnya berpecah belah. Penceraian adalah jalan terakhir.
InsyaAllah masih belum terlambat untuk semua perbaiki mana yang kurang. Saya insan kerdil yang masih belajar. Semoga semua pasangan bahagia hingga ke syurga. Moga keluarga yang dibina mendapat sakinah, mawadah dan rahmah dari Allah.
– Leez (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit