Assalamualaikum semua. Aku nak meluahkan sesuatu yang sudah lama terbuku dalam hati.
Pagi ini pun aku rasa perlu untuk meluahkan, dan aku rasa tak salah kalau aku kongsikan sedikit apa yang terjadi dalam hidup aku. Moga-moga ia boleh menjadi pengajaran atau sekurang-kurangnya refleksi buat orang lain.
Kisah aku mungkin tidaklah besar mana, tapi ini adalah sesuatu yang aku sedang lawan dalam diri sendiri.
Aku seorang lelaki, berusia awal 30-an. Seorang suami dan bapa kepada seorang anak lelaki yang comel. Hidup aku, jika dilihat dari luar, tidaklah teruk.
Aku belajar hingga ke peringkat ijazah, bekerja sebagai seorang quality inspector di projek pembinaan, berkahwin dengan seorang isteri yang bekerja, dan Alhamdulillah, anak aku sihat.
Cuma, dalam diri ini, aku berperang dengan perasaan sendiri. Aku ada sifat baran yang tinggi. Tapi baran ini tidak terlihat oleh orang luar—hanya keluarga yang tahu. Dengan orang luar, aku boleh pendam. Tapi bila sampai ke kemuncaknya di rumah, aku akan marah sepenuh hati.
Orang luar melihat aku sebagai seorang yang lembut. Sampai ada yang menyangka aku ini terlalu lembut. Bila anak aku buat perangai di depan orang, mereka akan kata, “Ayah manjakan sangat ni.”
Aku dibesarkan oleh seorang bapa yang mempunyai sifat hampir sama. Dari luar, dia kelihatan tenang, tapi di rumah hanya kami yang tahu.
Sejak kecil, suara ayah lebih dominan di rumah—dia lebih banyak memarahi kami adik-beradik berbanding ibu. Kadang-kadang aku rasa seperti peranan di rumah ini terbalik. Selalunya bapa yang akan lebih tenang, dan ibu yang kuat membebel. Tapi di rumah aku, ia berlaku sebaliknya.
Aku lihat sifat ini diwarisi daripada nenek aku, ibu kepada ayah. Nenek seorang yang tipikal seperti dalam drama—tak suka pada menantu perempuan, cerewet, melebihkan menantu yang kaya.
Anak perempuan sendiri tak pandai buat kerja tak apa, tapi kalau menantu basuh pinggan pun dia akan cium untuk periksa ada bau sabun atau tidak. Sedangkan anak perempuannya sendiri masak pun tak pandai.
Zaman sekolah dulu, aku seorang yang ceria, peramah, dan selalu ke hadapan dalam kumpulan. Aku ada ramai kawan, sentiasa berteman, dan hidup rasa baik-baik saja. Tapi bila masuk ke alam pekerjaan, aku mula sedar aku seorang yang sensitif dan cepat serabut dengan kerenah manusia.
Konflik dan politik tempat kerja buat aku rasa letih. Aku bukan tak boleh buat kerja, tapi aku letih dengan sikap manusia.
Aku belajar kejuruteraan, jadi aku kerja dalam sektor kejuruteraan. Tapi yang mengganggu aku bukanlah kerja itu sendiri, tetapi manusia di tempat kerja. Lebih-lebih lagi dalam sektor pembinaan—arah orang tak mahu dengar, sengaja melambatkan kerja, buat muka selamba bila disuruh.
Jangan kata aku terlalu berkeras, sebab apa yang aku selalu dengar ialah, “Kau ni terlalu baik lah, arah orang pun cakap baik-baik. Tak sesuai kerja construction ni.”
Aku mula perasan perubahan dalam diri aku sejak melihat pakcik-pakcik aku bertumbuk kerana harta pusaka. Aku jijik melihat mereka bergaduh kerana duit peninggalan mak bapak sendiri. “Tak boleh bincang elok-elok ke?” Itu yang aku fikir. Aku simpan rasa marah itu dalam hati berbulan-bulan.
Kemudian, aku diterima bekerja di sebuah kilang sebagai jurutera. Bos aku seorang narsis yang suka mencari kesalahan orang lain dan menggunakannya dalam mesyuarat.
Kami diajar cara untuk “survive”—yakni dengan memburukkan orang lain, memarahi pekerja depan bos besar, dan buat bising dalam group WhatsApp supaya nampak macam bekerja. Semua ini buat aku muak. Aku tak boleh terima dunia kerja macam ini.
Aku hanya mahu bekerja, bukan bermain politik pejabat. Tak boleh ke kita fokus buat kerja tanpa perlu menjatuhkan orang lain?
Aku pendam semua ini. Aku simpan rasa benci dan marah dalam hati. Aku teringin nak lihat bos aku merasa sakit, terima kembali apa yang dia buat pada orang lain. Aku sampai ke tahap di mana aku didiagnos dengan mild anxiety. Aku jadi nekad—aku berhenti kerja tanpa sebarang rancangan.
Lepas itu, aku buat apa saja kerja yang boleh untuk cari duit buat anak dan isteri. Aku jadi food delivery rider, buat Grab dan Panda—janji dapat duit. Hidup lebih tenang, hanya fokus pada diri sendiri. Tapi lama-lama aku sedar, aku perlu kestabilan.
Jadi, aku kembali bekerja. Tapi aku perasan, diri aku dah jauh berubah. Aku bukan lagi yang dulu. Aku tak pandai bersosial seperti sebelum ini. Aku lebih suka bersendiri. Setiap hari aku hanya tunggu waktu malam dan hujung minggu untuk berehat—untuk duduk diam bersama keluarga.
Sekarang, aku buat keputusan untuk sambung pelajaran ke peringkat Master dalam bidang pendidikan. Aku bercadang menjadi pendidik. Aku mahu keluar dari bidang yang aku hadapi sekarang. Kejuruteraan terlalu keras, terlalu banyak politik, terlalu banyak tikam-menikam.
Aku tahu menjadi pendidik bukan mudah. Tapi sekurang-kurangnya, aku ingin melakukan sesuatu yang baik dan menyumbang kepada masyarakat.
Aku berharap dengan berbuat baik, aku boleh merawat diri aku. Sebab aku hidup bukan hanya untuk sekarang—aku mahu kembali kepada Tuhan dalam keadaan yang lebih bersih.
Maaf kalau aku melalut. Aku hanya menulis apa yang terpendam. Aku tak mahu ada api dalam diri aku. Aku dah penat jadi pemarah dalam diam. Aku sangat mendambakan ketenangan.
– Sambadi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul juga apa dibaca adakalanya orang ni ada sifat marah terpendam disebabkan beberapa situasi iaitu tidak didengari, dirasakan tidak dilakukan dengan adil, tidak berdaya nak buat apa-apa dalam satu situasi, disalah anggap, dan tidak dihargai.
No komen tentang latar belakang keluarga yang buat jadi pemarah tu. Sebab bila pergi lecture, jarang dengar lecturer cerita hal begini semasa mengajar. Selalunya lecturer berjiwa besar contohnya menggalakkan anak mengambil berat kebajikan ibu bapa apatah lagi yang sudah uzur, tiada diskriminasi, markah diberi bukan ikut latar belakang keluarga, memahami kepelbagaian agama dan budaya. Mereka selalu bercakap tentang topik bidang mereka.
Berbalik kepada hal marah, dera atau senjata ni bak kata orang semua ibu bapa kalau boleh nak kata please don’t come close not even in 1km radius, even maybe they don’t say it to the face. Ini memang keresahan yang valid bagi ibu bapa.
Ibu bapa di sekolah (anak peringkat rendah dan menengah) mereka memang lebih vokal on behalf of anak tetapi ibu bapa di peringkat pengajian tinggi selalunya membiarkan anak berdikari.
Kebaikan menjadi pendidik ni perlakuan boleh menjadi lebih sistematik sebab bila bercakap dan menulis pun point akan disusun satu-persatu. Apa yang difikir dan dirasa di hati akan keluar sebagai perkataan dan dari perkataan tu bentuk pula perilaku. Sebab itu jarang orang bercakap sopan akan menjadi pemarah, sebab nak bertutur dengan sopan tu pun adalah satu disiplin.
Tetapi pendidik perlu berdepan dengan pelbagai sikap juga dan selalu pendidik ni adaptable, kiranya daya tahan mereka dengan sikap manusia sungguh menakjubkan sebab pendidik akan tengok progress. Tahun ni mungkin pelajar ni begini, tahun depan mungkin dah improve.
Seronok jadi pendidik atau buat penyelidikan ni sebab bila dalam fikiran tengah memikirkan inovasi, lama-lama perhatian kepada perasaan marah tu akan berkurang. Sebab terlalu banyak topik inovasi, income generation etc sampai nak marah pun tak sempat.
Kau menurun perangai nenek dan bapak.Tp asalkan ko sedar itu tak betul..silalah berubah sblm wife ko yg minta cerai esok lusa.
Bab kerja..good luck ya
recognise the pattern, terus merasa lemah bercakap dan berdoa dengan tuhan. things in life requires heart and head work.