Ujian Dan Rahmat 

Salam kepada semua yg sudi membaca confession saya..tujuan sy menulis hanya sekadar berkongsi dan utk kita sama2 mengambil pengajaran dari kisah hidup sy yg berubah agak dramatik selepas mak disahkan menghidap kanser 5 tahun lepas dan tewas dalam perjuangannya pada tahun lepas..
Alfatihah..

Semasa mak disahkan kansernya berulang kembali dia xmahu menjalani rawatan..tetapi berubah fikiran kerana mahu anak2 lihat kesungguhannya dalam survival hidup..

Bukan sy mahu menyalahkn sesiapa tapi mahu kisah ni menjadi pengajaran kepada keluarga yg ada ahli keluarga mereka menghidap penyakit ini..pada ketika mak sakit inilah pelbagai ujian dtg bertalu2..abang sulung sy mengalami tekanan mental akibat hutang dan pergaduhan dlm rumah tangga hingga cuba bunuh dirinya..paling teruk di rumah mak abah pada waktu mak sedang jalani chemo..sy yg bkerja pada waktu itu bergegas pulang tapi x memikirkan abang sy tapi hanya pikirkan mak saja..sy sampai di rumah melihat dia x menangis walau sedikit pun..dia hanya berkata semua adalah salahnya kerana memberi tekanan kepada abang sy..padahal abang sy yg telah memberi tekanan pada mak sy secara melampau..!!

Sejak dari kejadian itu kesihatan mak jatuh mendadak..dari boleh bergerak terus bed ridden..chemo byk melemahkan badan dia..sy still xgive up dan percaya mak boleh sembuh..padahal saya tahu dia dah patah semangat kerana kejadian abang sy tu..

Paling tragis waktu itu mak warded di wad onkologi dan berhadapan dgn wad onko adalah wad psikologi dimana abg sy sedang jalani rawatan mentalnya..dia xmahu pulang beraya di rumah kerana pikirkan abang sy masih di warded di wad tsebut..kasihnya ibu

Puas kami memujuk mak pulang beraya di rumah tapi akhirnya dia mahu selepas kami meminta kebenaran doctor utk bawa abang kami pulang beraya di rumah..selepas raya mak terkena sawan sekali lagi dan warded ..dan keadaan semakin buruk kerana kanser merebak ke otak..

Kami mengambil keputusan membawa mak pulang ke rumah kerana hajatnya mmg mahu pulang ke rumah jikalau rawatan x berkesan..
Saya membawanya pulang dan pada waktu itu mak dah menjadi seperti anak kecil..alhamdulillah dapat menjaganya sekejap waktu hujung minggu dan waktu malam hari..matanya sudah x boleh melihat ..tapi dia masih cam suara anak2 dan saudara..masih berusaha solat dan membaca zikir sampai kw akhir hayat..masih juga memberi pesanan kepada sesiapa saja yg melawatnya..memohon maaf kepada semua..syukur ya rabb ramai mendoakan urusannya dipermudahkan dan kami diberi peluang melihat mak pergi selepas bacaan yassin untuknya..itupun selepas abah berbisik padanya sy redha awak pergi..dan kami semua redha dgn pemergianmu mak..
Mak sudah cukup kuat dalam perjuangan ini dan sekarang pulanglah kepada pencipta abadi..xpa..janganlah dirisaukan kami di sini

Cuma terkilan x dapat berbakti padanya lebih lama..x puas

Sekarang selepas setahun mak tiada kami teruskan hidup tapi seperti ada lompong besar di hati kami yg tiada apa yg boleh perbaiki..

Kepada mereka yg mempunyai keluarga pesakit kanser..sila belajar dari kesilapan yg kami buat..pertama adalah memberi tekanan melampau pada pesakit..sepatutnya saya patut membawa mak jauh dari segala kekusutan duniawi dan bertenang sahaja semasa menjalani rawatan..x perlu beritahu hal2 rumahtangga anak2 ..sorok saja..

Saya tahu semua ini takdir tapi kalau boleh diundurkan masa sy mahu bawa mak lari jauh di tempat lain dan tidak payah fikirkan anak2 lagi pada waktu dia kesakitan..

Tetapi ini semua takdirnya dan sya percaya ALLAH swt ada perancangannya serta rahmat disebalik ujian ini..abang sy nampak perubahan mendadak dalam hidupnya..dia mahu berubah ke arah lebih baik dan sy gembira utknya..

Kerana mak pernah berkata pada saya abang saya adalah semangatnya..dan bila semangatnya sudah bangkit kini serta menjalani hidup yg baik..saya sudah cukup bersyukur

Al fatihah buat mak ku sayang..semoga segala pengorbananmu dibalas ALLAH SWT dgn syurga abadi..

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit