Ujian Di Awal Perkahwinan

Hi assalamualaikum, nama aku Jue. Ini adalah kali pertama aku hantar confession dekat sini. Aku dah kahwin selama 10 tahun dan dikurniakan 3 orang anak.

Seperti tajuk di atas aku nak cerita ujian diawal perkahwinan. Ujian yang aku maksudkan ujian kewangan dan keluarga mertua.

Setahun pertama perkahwinan, hidup aku dan suami sangat susah. Masa ni baru aku faham erti susah yang sebenar tu apa. Aku bukan anak orang kaya, mak aku pun tak kaya tapi sebab aku membesar dengan nenek dan atok aku.

Kalau aku tak dapat dengan mak ayah aku, aku akan dapat dengan atok nenek aku. Jadi aku tak rasa betul-betul susah sehinggalah aku kahwin dengan suami aku.

Bayangkan hidup di kota dengan gaji RM2000 dengan aku tak kerja sebab aku alahan waktu tu. Suami seorang je yang kerja. Dengan nak bayar insuran aku lagi, insuran suami lagi, barang dapur, maintainance rumah lagi memang tak cukup.

Dengan pendapatan yang tak seberapa, apa je yang suami aku boleh bagi pada keluarga? Tapi nasib baik kami tinggal di rumah yang pakcik aku bagi duduk sementara. Tak perlu bayar sewa, cuma bayar maintainance sahaja.

Tujuh bulan pertama kahwin tak ada kereta. Pergi klinik, pergi beli barang dapur, pergi jalan-jalan naik moto tu lah.

Pernah satu kali tu, aku dari Kajang ke Rawang naik motor. Masa tu aku dah mengandung, kami berhenti bawah jambatan dulu sebab pinggang aku sakit macam nak patah dua dah.

Agak-agak dah lega baru kami teruskan perjalanan. Tiba-tiba tayar motor meletop masa naik bukit, masa tu aku dengan alahan teruk, rasa nak menangis waktu tu.

Kereta belakang dah bagi hon dari awal lagi tapi masa tu kitorang tak perasan m. Nasib masa tu takde apa2 yang serious berlaku.

Aku ingat lagi, masa nak raya, ini kali pertama kami beraya sebagai suami isteri. Masa tu dah susah hati sebab takde duit nak beli baju raya.

Tapi lagi beberapa hari lagi nak raya alhamdulillah suami aku dapat bonus setengah bulan gaji. Masa tu gembira toksah cakaplah. Tapi kami still kena berjimat cermat sebab nak balik kg time raya faham-fahamlah. Masa ni dah ada kereta.

Seumur hidup aku, aku tak pernah beli baju raya yang bawah RM50. Tapi masa tu suami belikan aku baju raya 2 pasang RM100, dan baju tshirt suami aku RM5 sehelai. Masa tu dia beli 5 helai. Baru RM25 kan. Itulah seumur hidup aku, aku rasa macam susahnya.

Tapi aku takde rasa macam tak bersyukur cuma aku rasa macam kesian dekat suami aku. Aku tahu dia nak sediakan yang terbaik untuk aku waktu tu tapi dia tak mampu sangat.

Masa nak beli kereta, suami aku pinjam duit adik aku untuk bayar muka. Waktu tu suami pinjam RM3000. Kami janji kami bayar RM100 setiap bulan.

Alhamdulillah hutang tu pun dah lama selesai. Masa ni suami aku dah naik gaji sikit. Tapi masih cukup2 untuk kami teruskan kehidupan.

Nak tak nak terpaksa beli kereta sebab masa tu aku dah sarat, aku dah tak mampu nak naik moto. Apa yang kami lalui ni keluarga mertua aku tak pernah tahu. Susah kami, aku dan suami tak pernah cerita pada mereka.

Sebab masa tu rasa malu nak cerita kami tengah susah. Yang cuma tahu aku dan suami susah, cuma keluarga belah aku saja. Itu pun kami tak cerita macam mana susah kami, tapi naluri ibu aku tahu yang kami sedang susah.

Masa aku bersalinkan anak yang pertama, satu apa barang pun aku tak beli sebab kami memang tak mampu waktu tu. Semua mak aku yang belikan. Yang aku ingat aku cuma beli pampers dan baju lubang2 3 pasang. Itu aja.

Aku nak cerita susahnya kami waktu itu, sampai ayam sekor kami boleh jimat cermat sampai seminggu. Kadang2 aku tak makan pun ayam tu.

Aku tunggu suami aku balik kerja, aku tengok dia je makan. Kadang2 aku makan lah telur ke ikan bilis ke. Tapi semua ni keluarga mertua aku tak pernah tahu.

Nak dipendekkan cerita, kehidupan kami makin stabil, suami aku dah naik gaji, ada kerja part time, ada side income, aku pun ada buat berniaga kecil2.

Jadi bila dah ada pendapatan lebih sikit, family mertua aku mula perasan yang kami ni macam ada duit sikit tapi tak “sedekah” dekat dorang.

Sedangkan masa kami susah dulu, takde sorang pun yang amek tahu pasal kami. Mak mertua aku pulak ceramah dalam wasap group “rezeki harus dikongsi” sejak2 dia tengok aku duk update bisnes kecil-kecilan aku.

Alhamdulillah sekarang suami aku tak pernah miss untuk bagi nafkah pada kedua orang tua dia.

Cuma bila aku kenangkan balik masa kami susah tu, aku pernah tercerita dekat adik ipar aku yang kami susah.

Masa tu macam terlebih emosi pula, tapi Allah Maha Kaya, Dia tunjuk dekat aku girlfriend adik ipar aku ni pergi tweet apa yang aku cerita dekat adik ipar aku.

Aku tunjuk dekat suami aku, ayat dia lebih kurang camni “kau rasa susah sebab kau tak sedekah”. Kenapa dia harus tweet macam tu ya? Aku agak adik ipar ni kata kitorang ni kedekut.

Lepas pada tu aku memang tak cerita apa2 dah dekat keluarga suami aku. Itu first and last.

Selepas 10 tahun perkahwinan. Boleh dikatakan kami hidup selesa. Cukup ke tak cukup ke tetap bersyukur kepada Allah. Selalu amalkan sedekah subuh, nafkah ibu ayah wajib bagi. Sekarang aku lebih berhati2 bila bercerita.

Keluarga suami masih memandang suami ku macam “kaya” sangat dek kerana suami aku selalu outstation sana sini. Padahal outstation ditanggung company. Suami aku satu sen pun tak keluarkan duit.

Ada masa adik beradik suami aku minta belanja makan la, belanja itu la, ada masa suami aku turutkan tapi ada masa suami aku hiraukan.

Suami aku berpada-pada dengan adik beradiknya.

Tapi kalau pada ibu ayah, suami aku tetap jalankan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki. Lebih2 lagi bila kami balik kg, bila ibu ayah datang jumpa kami. Aku sentiasa ingatkan suami aku, jangan lupa bagi duit, belanja makan dan sebagainya.

Apa yang aku cuba sampaikan, jangan sesekali persoalkan orang ni sedekah ke tak, orang ni kedekutlah, orang ni susah nak hulur duitlah sedangkan bukankah sebaik-baik sedekah itu apabila tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu.

Dan sedekah tak semestinya duit, beri makan tu pun kan sedekah. Kita mampu bagi lebih, kita bagi lebih, kita ada sikit beri cara sikit.

Wallahualam. Aku rasa sampai sini saja coretan aku. Assalamualaikum..

– Jue (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *