Assalamualaikum, sebenarnya dah lama saya perhatikan tapi baru kali ni saya rasa nak luah isu yang mungkin ada terlepas pandang atau ramai diamkan iaitu tentang ujian dan sikap, haji/hajah.
Seperti yang kita tahu, haji ni wajib tetapi hanya wajib jika berkemampuan malangnya tak ramai yang faham konsep ni.
Menunaikan haji ni sebenarnya jemputan dari Allah.
Kalau kita dah berusaha banyak mana pun. Kita dah daftar haji dan dah menyimpan duit lama berpuluh tahun di Tabung Haji sekalipun.
Umur kita dah lanjut sekalipun. Kita kaya ada duit beratus juta sekalipun. Kalau Allah tak jemput, kita tak akan dapat tawaran haji.
Sebab tu ada yang miskin dapat tawaran menunaikan haji tapi yang berkemampuan tak dipanggil-panggil.
Dapat tawaran dan menunaikan haji ni juga bukan rezeki semata-mata tetapi ujian juga.
Ujian sebelum, semasa dan selepas selesai menunaikan haji. Ujian untuk diri sendiri, ahli keluarga dan orang sekeliling.
Ada yang diuji dengan masalah kesihatan, kewangan dan kelancaran proses.
Ada yang lagi nak dekat tarikh, pelbagai penyakit datang atau tak lulus ujian kesihatan.
Ada yang fakir miskin tapi bila Allah dah jemput, automatik duitnya cukup dan ada rezeki datang tak disangka-sangka.
Ada pula yang kaya raya sampai ambil pakej private yang mahal-mahal tapi ada halangan dari menunaikan haji, visa tak lepas, visa kena tipu, kena tipu dapat hotel jauh ataupun ejen tipu dan tak pulangkan duit.
Ujian semasa menunaikan haji pula dari segi cuaca yang panas terik, masalah kesihatan, ujian pada mental dan fizikal, ujian pasangan, kurang rehat dan kurang tidur,
Ada juga yang diuji tiada selera, ujian tempat tinggal dan pengangkutan, sesat, ujian melakukan ibadah dan terutama sekali ialah ujian sikap, adab dan akhlak.
Ada pasangan yang diabaikan oleh pasangan mereka semasa melakukan haji, pasangan sakit pun dia tak kisah.
Ada orang yang sebelum pergi haji sakit sangat sampai naik kerusi roda atau bertongkat tapi bila buat haji sihat dan kuat sampai boleh berlari.
Ada yang selama hidup sihat tak pernah sakit apa-apa tapi bila di Mekah terus sakit sampai tak dapat langsung menunaikan haji.
Ujian selepas selesai melakukan haji pula seperti yang diketahui secara majoritinya ialah masalah kesihatan dan kewangan.
Ada yang sakit berterusan, meninggal dan juga jatuh miskin. Tapi ujian terbesar yang sebenarnya-benarnya ialah ujian sikap, adab dan akhlak.
Bukan semua yang balik haji tu berubah jadi baik dan istiqomah untuk jadi baik.
Ada yang masih tinggal solat, tak berpuasa, tak tutup aurat, tak bayar hutang dan masih teruskan sikap toksik tapi tak ada rasa apa-apa. Tak rasa takut dan tak rasa malu sebab rasa dah selamat balik Malaysia dan dah habis melakukan haji.
Yang perempuan lagi-lagi yang muda bukan saja tak pakai baju yang labuh, tak pakai handsock dan stokin malah baju ketat membalut tubuh, pakai tudung hingga terdedah leher dan aurat lain, yang tak pakai tudung pun ada.
Yang lelaki pula masih merokok dan vape, tinggal solat termasuk solat jumaat, abaikan nafkah dan tanggungjawab.
Ada bukan tak ada. Saya bukan nak buka aib tapi ini menurut apa yang saya perhatikan di sekeliling dan juga di sosial media. Kalau tak tahu sikap sebenar haji/hajah atau jarang nampak tu selalunya sebab ahli keluarga sendiri diamkan.
Sebagai sesama muslim, hati dan mata rasa terseksa bila nampak situasi-situasi ni bukan sebab saya nak tunjuk baik tapi rasa rugi.
Nak dapat tawaran haji bukan senang, terpaksa bersusah payah, ada yang pinjamkan duit, ada yang gadaikan emas, ada yang jual harta,
Ahli keluarga yang ditinggalkan sementara pula terpaksa berkorban sampai cuti kerja, cuti atau tangguh belajar tapi sebilangan golongan haji/hajah tak nak istiqomah pertahankan gelaran yang istimewa tak semua orang dapat.
Kesian pada yang betul-betul ikhlas dan berhajat nak tunaikan haji tapi tak layak, tak mampu dan tak dipanggil.
Kesian pada orang yang berusaha kerja keras siang malam untuk cukupkan tabungan di Tabung Haji.
Kesian pada orang yang tak dapat menyimpan di Tabung Haji sebab utamakan anak-anak dan ahli keluarga.
Moga kita semua menjadi yang lebih baik.
– – (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit