Ujian Hati

Assalamualaikum semua. Nama aku Mia, usia lewat 20’an. Tujuan aku menulis sebab ingin dapatkan pandangan mengenai kesulitan yang aku alami. Sorry kalau panjang sangat & ayat berterabur.

For the past half year (selepas berdepan ujian hati) I’ve been living in sorrow and suffered life and I dont know which way I should turn to.

Aku ikhtiar bangun awal pagi untuk buat semua jenis solat sunat tapi aku masih tak dapat jalan keluar and I still stuck in the same situation.

Aku sangat buntu & almost everyday menangis sebab tak tahu arah mana harus dituju. Aku tak minta perasaan sayang ini hadir sekuat ini. Adakah aku masih in denial?

Sebelum mengenali S, aku adalah seorang wanita yang dilihat easy going (my work requires me to meet a lot of people), free hair & di assume sebagai nakal oleh lelaki yang tak begitu mengenali diri aku sebenarnya. Ya aku banyak hang out dengan lelaki sebelum ni tapi nothing serious.

Aku ni nampak je nakal tapi actually aku sangat menjaga solat. And I came from a divorced family. Memang ada dosa2 lampau yang aku pernah buat tapi biarlah jadi sejarah.

Aku mengenali S last year atas faktor kerja selepas bos minta aku untuk selesaikan satu tugasan. First time jumpa S, its like a love at first sight (its not about looks, tapi ia macam chemistry, kami berborak macam sudah kenal lama).

Atas sebab tugas, kami memang kena berhubung setiap hari, pada mulanya its all about work and sampailah tugasan kami dah selesai, our relationship grow into something special.

Everything went smooth at the beginning… kami akan berhubung setiap hari dan S akan curi masa untuk jumpa aku especially on my special day (he is really a busy person).

He is a good man, lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga…dia baik, he reminds me of someone that used to be mine.

Dia banyak menasihati aku untuk jadi insan lebih baik & sampailah mendorong aku untuk memakai tudung & menjaga aurat & tegur kalau pakaian yang aku pakai tidak syariah compliance.

Aku pernah menemui keluarga S (tanpa dirancang awal) and sebenarnya hubungan ini ada halangan dari keluarga S. Tapi kami berkawan macam biasa because the feeling is there. Even S mengakui ada perasaan sayang untuk aku dan hubungan ini.

Sepanjang perkenalan, aku sgt banyak berusaha bangun di awal pagi utk buat istikharah & tahajud supaya ditunjukkan adakah S jodoh aku sebab hati aku kuat mengatakan ya. (Tapi aku tak pasti adakah perasaan aku ini benar).

Aku selalu berdoa n istikharah kalau benar dia jodoh aku, mudahkanlah, jika tidak hilangkanlah perasaan aku padanya. Dan aku serahkan kepada Allah untuk mengatur kehidupanku dalam aspek jodoh.

Namun sehingga kini aku masih buntu sebab perasaan aku semakin kuat namun jalan tu tak juga dipermudahkan.

Aku sangat serabut sampai aku rasa mungkin doaku belum dimakbulkan sebab aku tak menjaga aurat dan aku decide memakai tudung. Alhamdulillah jiwa aku semakin tenang.

Pernah aku bangun jam 3 pagi untuk tahajud.. habis sahaja berdoa tiba2 fon aku masuk mesej dari S wish goodnight. S kata dia tersedar. (Adakah ini petanda jodoh?).

Even sepanjang perkenalan aku banyak juga aku menguji S dengan perangai yang aku sengajakan untuk memeningkan kepala dia seperti menuduh dia sesuatu yang tidak dilakukan n selalunya dia sabar dan past dengan ujian yang aku berikan.

And lately dalam bulan Ramadan ini, aku kerap mimpikan S tapi dalam mimpi tu, family S dan aku juga ada sekali. Apakah petandanya?

Keadaan mula berubah beberapa bulan sebelum ini. S semakin runsing dengan halangan dari keluarga n S mula kurangkan contact aku (tapi setiap hari memang akan contact cuma kalau dulu contoh 4 kali kurang kepada sekali).

Tiada lagi ayat manis/ kata2 rindu like every couple did namun cuma perbualan berkisar perihal diri dan aku rasa jadi awkward. (Adakah ini petanda dia bukan jodoh aku?)

Sampailah aku bertanya adakah dia mahu aku mengundurkan diri disebabkan halangan keluarga?Adakah dia mahu aku pergi? Dia tidak mahu menjawab & buat seperti biasa, contact seperti biasa like nothing happen.

Sampai aku mesej bahawa aku akan hentikan hubungan ini sebab macam tiada masa depan. Dia menjawab isu ini akan dibincangkan bila jumpa nanti.

Aku juga pernah hampir menghantar mesej supaya dia tidak menghubungi aku lagi dan biarlah hubungan ini berakhir namun belum sempat mesej tu aku hantar, tiba-tiba S menghubungi aku untuk berjumpa.

Dalam pertemuan itu, aku mendesak soalan yang dia tak mahu jawab sebelum ini… S menjawab perubahan diri dia sebab dia takut untuk beri aku harapan.. dia sayang tapi takut nak beri harapan lagi tapi dia mahu kami terus berkawan macam biasa.

Aku menangis tapi dia memujuk aku bahawa dia tetap ada dengan aku. Masa dia balik tiga kali dia call aku tapi aku tak angkat, akhirnya aku angkat & dia minta maaf atas tindakan dia & dia yakin aku & dia akan terus berkawan.

Aku sangat frust sampailah di rumah aku rasa aku tak mahu bangkit dari sejadah n aku rasa nak terus solat sebab hanya dengan solat & mengadu dengan Allah, jiwa aku tenang.

Bayangkan sebelum tidur aku menangis n selepas tidur aku menangis. Aku susah sayang orang tapi bila dah sayang, memang susah nak move on.

Perasaan aku kat S masih kuat sampai sekarang. Beberapa hari lepas, aku cakap mesej S n cakap aku rindu n aku ni bodoh sebab masih mengharap sesuatu yang macam mustahil.

Dia reply aku tak bodoh. Aku jawab balik, bagitahulah apa yang aku perlu buat n aku akan ambil jalan itu (aku expect dia akan cakap baiklah kita akhiri hubungan ini) supaya aku boleh betul2 move on dan tak terikat dalam hubungan kononnya atas tiket kawan.

Aku cakap pada S, hubungan berlandaskan perasaan tak akan boleh jadi kawan.

Tapi S tak menjawab mesej aku sebaliknya beberapa jam selepas tu dia msg aku tanya ‘buka apa’ dan borak macam biasa. Masa tu aku baru lepas solat Maghrib dan pantas sahaja aku jawab mesej tu tanpa fikir patutnya aku tak payah reply, hahaha.

Even sampai ke hari ini, S masih menghubungi aku, call atau mesej macam biasa. Aku tak tahu apa yang ada dalam kepala dia sebenarnya. Aku pula hanya serahkan pada takdir.

Aku tak tahu jalan mana harus aku ambil… Apa yang aku tahu, Allah mengajar aku erti sabar berdepan ujian ini. Ini kali ketiga aku berdepan ujian hati tapi kesan kali ini paling teruk. Sebelum ini aku pernah putus tunang selepas enam tahun bercinta tapi kesannya tak seperti ini.

Aku sangat percaya S jodoh aku sebab dengan bertemu S, aku jadi orang yang lebih baik & S bawa aku mendekati Allah. Aku sampai bagitahu S, bahawa cukuplah sakit ini sakit yang terakhir. Aku tak mahu rasa sakit macam ni lagi. Cukuplah, aku serik.

Cuma sekarang aku lebih tenang sebab aku letakkan kebergantungan pada Allah sepenuhnya, tidak lagi mengharap pada manusia sebab manusia hanya mengecewakan kita.

Tapi kadang aku tertanya adakah sebab dosa2 aku yang lampau menyebabkan aku tidak layak mendapatkan jodoh sebaik S atau jalan bahagia aku kelihatan sangat sukar.

Sampai sekarang aku masih memohon keampunan Allah atas dosa aku yang lampau. Kehadiran S banyak mengubah aku menjadi wanita lebih baik di sisi agama.

Aku mohon doa dari semua supaya aku kekal istiqamah and ditemukan jalan penyelesaian terbaik seperti yang aku minta dalam doa2 aku.

Dan aku minta untuk jadikan aku insan yang sabar, ikhlas n redha atas ujian ini walaupun kadang-kala air mata masih mengalir bila teringatkan memori kami bersama. Aamiin.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *