Assalammualaikum,
Pertama sekali, saya tiada niat meminta simpati, sekadar meluah isi hati. Saya suri rumah, juga seorang pereka grafik dari rumah, level biasa – biasa saja, ada job, adalah income, tak ada job, tak ada lah income. Saya teringin nak belajar lagi, asah bakat dalam bidang grafik, tapi semua itu perlukan duit. Sekarang susah dah nak close client, handphone tak ada, whatsapp tak ada. PC pun bakal dijual. Sebelum semua ni dijual. Saya luahkan rasa dulu. harap semua jangan kecam sy ya, bagilah sy kata – kata semangat. Tiada yang penting bagi saya, hanya doa dri pembaca semua.
Dugaan saya dan suami, betul – betul hebat! Semuanya bermula okt 2017, bila kami ditipu oleh business partner suami. Dia melepaskan batuk di tangga. Semua hutang kami tanggung. Bayaran demi bayaran kami bayar perlahan – lahan. Simpanan kami bayar hutang, Tapi tak dapat cover semua, dan pemiutang pn tak blh tggu jika dijanjikan tempoh, tapi kami masih tak dapat tunaikan byr hutang. Syarikat atas nama kami. Biarlah Allah saja yang balas perbuatan lelaki itu, Allah Maha Adil.
Saya teringin berkerja, tapi sy tak sanggup anak autism sy di jaga oleh orang lain. sebab sy perna kerja dulu, anak sy stress saja bila balik dr rmh pengasuh/taska. Sekrang ni tengah hamil lagi. Habat betul dugaan kami. Suami saya hanya mampu buat kerja – kerja yang kawan tawarkan. Ada yang bagi RM10/sehari, ada yang bagi RM30/sehari. Allhamdulillah masih ada kawan – kawan yg sudi membantu. Dia nak cari kerja, tapi dari usianya, pengalamannya hanya banyak berniaga. Dan semua perniagaan yg difikirkan perlukan modal.
Hutang, susu anak, ke klinik kesihatan, sewa rumah, pampers anak, dll, Allah, semua itu perlukan duit. Dan suami saya sejak dia ditipu, semangatnya hilang, saya sudah berusaha untuk pulihkan dia, kadang dia berjalan, dia pusing pekan, katanya dia tidak mahu anak dan saya melihat dia dalam keadaan runsing. Wajahnya kusut. Sya thu dia cari kerja, kutip kotak, tin kosong. Kasihanilah suami ku ya Allah.
“Allah, Jika rezeki kami di langit, turunkanlah… Jika jauh, dekatkanlah, jika dekat, mudahkanlah, berikanlah rezeki yang melimpah ruah pada suami ku untuk kami selesaikan semua hutang dan masalah kami…kasihanilah suami ku ya Allah…” ini saja doa saya.
Ustaz kata, kalau tahajjud, doa kita dekat dengan Allah, itulah sy buat hampir tiap malam. Tapi hanya Allah sebaik baik perancang. hanya Allah yang tahu masa yang tepat untuk kami meraih tangga kejayaan semula.
Nutrisi anak dalam kandungan sy hanya berharap dengan ubat – ubatan klinik kesihatan. Bab makan saya tak memilih , anak autism saya pula asal ada nasi dan sup kosong, dia makan dengan berselera. Kadang kami masak bubur nasi, campur garam, sedap, berselera kami berdua makan. Kalau ada duit lebih dapat makan telor. Saya bersyukur anak saya ni tak memilih makanan. Ummi sayang Am dunia akhirat!
Minta tolong dengan adik beradik?
Mereka dah banyak tolong, mereka pn ada keluarga nak di jaga. Kami malu nak minta tolong lagi dengan mereka. dah berkali – kali, saat kami datang rumah mereka pun, mereka dah jawab dulu “maaflah, kali ni betul – betul tak ada…”. Moga Allah murahkan rezeki adik beradik & ipar duai & anak2 buah kami.
Jual barang dalam rumah?
Rumah kami sekarang hanya ada tilam & bantal. Selesa? Alahamdulillah. Rezeki kami, owner rumah baik. Cuma dia pun beli rumah untuk perniagaan, takkanlah dia nak kami tinggal percuma. Sampai bila dia nak simpati. Moga Allah murahkan rezeki owner rumah kami.
Maaf jika cerita saya tak tersusun. Saya tak minta banyak, saya minta pada yang membaca luahan saya ini, tolonglah doakan kami, doakan kami dapat selesaikan hutang, dapat meraih kejayaan semula. Dapat memberikan anak kami pendidikan sewajarnya. Doakan suami saya bersemangat semula ya, semoga Allah bukakan pintu rezeki 12 untuk suami sy. Amiiin.
– Kak Ame
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit