Kisah yang akan kuceritakan ini adalah kisah hidup ibuku. Bagiku, ibu seorang yang sangat tabah dalam mengharungi hidupnya. Ibuku kehilangan ibu kandungnya iaitu nenekku ketika umur ibu 14 tahun kerana melahirkan adik bongsu ibu. Sejak itu, ibu dibesarkan dan dijaga oleh kakak sulungnya.
Datukku pula berkahwin lain 2 tahun selepas itu dan berpindah ke rumaah lain. Tinggal ibuku dan adik beradik lain di rumah pusaka & tanah milik arwah nenekku. Ketika usia ibu 17 tahun, ibu telah di lamar oleh ayahku yang hanya terpandangkan ibu di kenduri di kampung. Ibuku seorang wanita yang cantik, berkulit putih & kecil molek orangnya.
Ketika ayahku masuk meminang, ibu tidak tahu langsung gerangan orang yang meminangnya. Apatah lagi, ayahku berasal dr kampung lain. Datukku terus bersetuju dengan peminangan tersebut menyebabkan ibu rasa sedih kerana di paksa berkahwin.
Tidak lama selepas itu, ibu dan ayah diijabkabulkan tetapi mereka hanya nikah gantung dahulu selama 6 bulan (tak tau kenapa nikah ganyung, orang dulu2 punye cerita). Ibu pernah cerita, dia benci sangat dengan ayahku ketika itu sebab ayahku seorang yang berkulit gelap, sangat kontra dengan ibu yang putih melepak.
Tapi ibu kata, dia rasa berdosa sebab sepanjang mereka nikah gantung, ibuku langsung tak melayan ayah selayaknya walaupun ayah tiap2 bulan datang ke rumah sewa ibu untuk memberi wang nafkah.
Ketika itu, ibu dan ayah telah berhijrah untuk bekerja di KL. Setelah mereka hidup bersama, barulah ibu merasa sangat bahagia hidup berumahtangga dengan ayah dan mereka dikurniakan cahayamata sulung pada usia ibu 20 tahun.
Setahun kemudian, aku pula dilahirkan. Sehinggalah aku mempunyai 6 orang adik beradik semuanya. Hidup kami sekeluarga sangat bahagia. Wpun kami tidak mewah. Ibu dan ayah sangah struggle untuk membesarkan kami adik beradik di ibukota kuala lumpur ini.
Sehinggalah ketika usia ku 13 tahun dan ibu ketika itu 34 tahun, ibu mengandung lagi untuk kali yang ke 7. Kalau ikutkan ibu tidak mahu mengandung lagi, kerana merasa tidak mampu membesarkan anak2 kecil dengan sara hidup tinggi di KL tapi apakan daya, rezki Allah beri, ibu dan ayah redha.
Tapi, ibu dirundung kesedihan lagi bila anak yang dikandungnya 9 bulan, meninggal dunia saat adik perempuan bongsu ku itu dilahirkan. Pasti ibu sangat sedih ketika itu kerana berpantang tanpa bayi, tapi aku lihat ibu sangat kuat dan tabah.
Ketika usia ibu menginjak 40 tahun dan aku pula 19 tahun ketika itu, kami sekeluarga diuji lagi. Dan orang yang paling sedih tentunya ibu ku. Kami mendapat berita mengejutkan dimana satu2nya abang ku meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
Betapa gelap kurasa hidupku ketika itu kerana kehilangan abg yang paling rapat, dialah sahabat baikku ketika itu kerana kami berkongsi hampir semua perkara, walaupun aku perempuan. Tetapi aku tahu, gelap lagi yang ibu rasakan ketika itu kerana dia kehilangan anak sulungnya yang masih muda secara tiba2. Aku melihat ibu tak terdaya langsung sepanjang hari itu, menangis tak henti.
Alhamdulillah.. Ibu semakin kuat, aku cuba buatkn ibu ayah gembira bila aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Bagiku semangat abangku yang telah pergi itu meresap dalam jiwaku untuk membahagiakan ibu dan ayah.
2 tahun lepas, ketika usia ibu 57 tahun,ibu bercadang utk pencen tp tiba2 ayahku jatuh sakit. Ibu menjaga ayah di hospital siang dan mlm tanpa mengenal penat. Tabahnya ibu. Ketabahan ibu Allah gantinkan dengan panggilan Baitullah. Ibu dan ayah di jemput menunaikan haji pada tahun tersebut.
Walaupun ayah tidak berapa sihat, tapi ayah tetap juga kuatkn diri untuk mengerjakan ibadah haji demi menemani isteri tercinta kerana kalau ikutkn ini kali ke2 ayah tunaikan haji. Jadi ayah dapat pergi tahun tersebut kerana mahram ibu.
Tahun lepas, sakit ayah semakin teruk dan ayah menghembus nafas terakhir dihadapan kami sekeluarga. Saat itu merupakan saat paling sedih dalam hidup kami selepas kami kehilangan abangku hampir 20tahun yang lepas.
Betapa sedihnya aku ketika itu, aku tahu ibu orang yang paling sedih, kehilangan suami tercinta yang dikahwini selama 40tahun. Ibu diuji lagi. Tabahnya ibu. Ibu masih menitis air mata sekiranya kami bercerita tentang arwah abg & arwah ayah. Tapi ibu sangat tenang. Kami tahu Allah takkan menguji seseorg melainkan kemampuan seseorang itu.
Kami sayang ibu kami. Kami akan cuba buat ibu gembira selagi kami masih hidup. Semoga Allah tempatkn syurga tertinggi untuk ibu kami. Ketabahannya mengharungi hidup, sangat aku kagumi dan akan aku contohi. Aku bangga kerana memiliki seorang ibu yang sangat tabah.
– Anak Ibu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit