Ye lepas satu, satu ujian datang melanda diri ini. Aku seorang ibu tunggal dan punya seorang anak di bawah jagaanku.
Semasa masih berstatus isteri orang, aku hanyalah seorang surirumah tangga yang bergantung sepenuhnya pada duit suami.
Aku punya pendidikan, tapi aku lebih rela untuk menguruskan hal rumahtangga dan keluarga kecil ku memandangkan gaji bekas suamiku ketika itu lebih dari cukup untuk kami anak beranak. Kami hidup bahagia seperti orang lain sebagai satu keluarga lengkap.
Tapi kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Siapa sangka suami yang penyayang, ada di setiap saat untuk aku dan anak kami rupanya curang sampai ke bilik hotel.
Ada kalanya dia terpaksa outstation atas urusan kerja, namun sekalipun tidak pernah aku ikut atas dasar percayakan suami. Sakit memang sakit. Aku ibarat mayat hidup selepas suami aku kantoi ada skandal di tempat kerja.
Benar kuasa Allah itu hebat. Sekelip mata Allah tunjukkan semuanya tanpa aku perlu bersusah payah nak cari bukti. Akhirnya aku minta untuk berpisah dari hidup bersama berpura2 seolah tiada apa yang terjadi.
Selepas berpisah, aku menumpang tinggal di rumah orang tuaku. Dan mula mencari pekerjaan yang setaraf dengan pendidikanku, namun mungkin bukan rezekiku. Mahu atau tidak, aku tetap perlu bekerja untuk sesuap nasi.
Akhirnya aku diterima bekerja di sebuah syarikat sebagai pekerja am dengan gaji RM1,500. Alhamdulillah tempat bekerja sangat dekat dengan rumah, dan kurang tekanan.
Tidak ramai yang tahu tentang status ku. Hanya beberapa staf wanita sahaja yang tahu. Tiada seorang pun staf lelaki yang tahu akan status aku memandangkan aku juga bukan jenis suka bergaul dengan lelaki di tempat kerja.
Tapi agak menyebalkan apabila rakan sekerja lelaki selalu jadikan gelaran janda itu sebagai suatu jenaka buat mereka. Aku hanya mampu menangis di dalam hati waktu itu.
Dan paling menyakitkan apabila ada staf perempuan yang bermulut lancang seolah2 ingin semua orang tahu yang aku ini telah bercerai. Seolah2 meraikan apa yang sedang diborakkan oleh geng2 jantan tak beradab tu.
Sehinggakan aku berdoa supaya jantan2 tu gila bayang dekat janda sampai menjandakan isteri dorang sendiri dan buat perempuan yang ikut sama, semoga kau juga menjadi janda dan berada dalam situasi aku suatu hari nanti.
Ye, aku tahu kita dilarang untuk mendoakan sesuatu yang tidak baik, tapi apakan daya.. aku punya hati dan perasaan yang telah dirobek.
Sungguh aku hairan, kenapa gelaran janda tu seolah2 buruk dimata mereka. Sedangkan mereka tidak tahu apa yang aku telah lalui sehingga aku lebih rela tidak punya suami. Mereka tidak tahu betapa hancurnya hatiku bila ditipu hidup2 oleh suami.
Mereka tidak tahu betapa susah payahnya untuk aku cari semula semangat untuk terus hidup. Tapi dari ejekan mereka seolah2 janda itu suatu gelaran yang jalang. Sangat tidak boleh diterima akal.
Lepas diuji dengan suami yang tak semenggah, aku terus diuji dengan anak. Anak aku berusia 5 tahun. Aku masih ingat pada malam ambang tahun baru, aku dan keluargaku keluar untuk sama2 meraikannya.
Anak aku jenis selalu minta berdukung sekiranya kami keluar berjalan. Aku letih sehinggakan aku terpaksa membiarkan dia berjalan dalam keadaan menangis dan saat banyak mata yang memandang.
Kami berhenti di sebuah restoran makanan segera sementara menunggu detik jam 12 untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. Tapi yang aku kesalkan, anak aku memberontak sebab aku tidak mahu mendukungnya. Dia pukul2 aku ditempat awam itu.
Aku hanya mampu mendiamkan diri dari membalas semula pukulan dia. Akhirnya airmata aku menitik dan teresak2 aku menangis dipukul anak sendiri. Terus hilang selera makanku.
Dan akhirnya aku minta untuk pulang dan membatalkan plan untuk menyambut malam tahun baru. Aku sangat stress ketika itu. Impian ku untuk melihat bunga api terkubur. Aku hanya ingin melepaskan lelah bekerja sahaja, tapi tekanan pula yang aku dapat.
Tak cukup dengan ujian anak. Aku terus diuji dengan ujian keluargaku pula. Ibu aku seorang surirumah. Ayah aku pula pekerja swasta dan baru sahaja pencen. Makanya semua perbelanjaan barang dapur, bil api air diserahkan sepenuhnya atas bahuku.
Duit gaji aku hampir keseluruhannya habis untuk perbelanjaan rumah dan duit belanja orang tuaku. Duit belanja ku tak sampai 10% dari gaji, dan kadangkala tiada langsung sebab kena topup untuk duit barang dapur.
Sehinggakan aku terpaksa ikat perut sekiranya tidak sempat untuk siapkan bekal. Harga barang dapur sekarang sungguh menyiksakan buat golongan seperti aku.
Aku pernah apply untuk bantuan Bingkas Selangor dari tahun lepas, namun sehingga kini statusnya masih dalam proses. Aku bukan berkira, aku sedar aku menumpang rumah ibu bapaku dan aku perlu hulur duit untuk semua itu.
Tapi tetap sedih memandangkan aku bekerja keras 6 hari bekerja 8-10 jam tapi tak nampak apa dari titik peluhku. Nak beli baju, nak makan sedap2 pun berkira2.
Bukan itu sahaja. Ayahku sering memprovok diri ini dari segi cara aku mendidik anakku. Anak ku seorang yang makan memilih.
Jadi aku ambil inisiatif untuk ‘memaksa’ dia makan apa sahaja yang aku telah masak tanpa perlu meminta makanan lain. Tapi ayahku marah, katanya aku jenis memaksa anak.
Lagi 1, anak aku jenis payah nak ke tandas. Dia sering berak dalam seluar. Puas aku ajar dia, letih faham tak. Aku hanya risau nanti dia dh sekolah rendah siapa yang nak hadap perangai berak dalam seluar dia.
Kalau aku dapati dia berak dalam seluar, aku akan paksa dia duduk dalam toilet sehingga dia betul2 puas berak. Tapi ayahku tidak faham, katanya aku terlalu keras dalam mendidik anak memandangkan anak aku akan menangis jika aku minta dia duduk dalam tandas.
Sehinggakan aku tinggi suara pada ayahku. Sehinggakan aku berfikir untuk keluar dari rumah ni dan tidak mahu lagi menanggung mereka.
Setiap kali bertekak, aku akan mengunci diri dalam bilik dan menangis. Aku tiada tempat hendak dituju. Aku tiada tempat untuk mengadu.
Entah apa lagi agaknya ujian yang mendatang. Aku bukan tak redha, aku bukan benci pada ujian Tuhan. Aku cuma nak meluah. Aku penat. Andainya aku tak fikir syurga neraka, pasti aku dah gantung diri aku ni.
Aku lelah dengan dunia. Aku sunyi. Aku keseorangan. Semua aku hadap sorang2.
Maaf andai luahan aku ni terlalu panjang. Terima kasih sudi baca.
– Hati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
semoga awak terus kuat dan gembira
1 hari nanti awak akan bahagia, Allah pasti bantu awak.
Big hug sis, kta Ada dlm situasi y lbih kurg sm..cm bzanya Sy blm kawen…tp umur Sy dh 38…dh kategori andar** klu ikutkn pdgn msyrt tu mmg sllu kn pndg sinis sm mcm Puan dpt gelaran j…huhu..Sy pn gji sm dgn Puan 1.5k dan perlu menanggung sgla mcm bil² dan brg kperluan dapur seisi rmh lbih kurg 10 org trmasuk ank² saudara. shggakn hjng bln trpaksa brhtng sbb xckop nk belanja…😢.. jrg² skli dpt bli brg kperluan utk diri sndri…trpikir gk smpai bla msti cmni, kdg burn out, nangis gk sorg² smbil drive keta msa blik keja …😭
Semoga urusan Puan dipermudahkan. Saya pun memegang status janda. Tapi janda berhias. Saya hairan orang suka pandang hina kat janda, kadang sedih juga.