Ujian Ibu Mentua

Assalamuaikum semua.. Moga admin siarkan confession ini.. Sekadar bercerita pengalaman hidup dengan korang semua. Harap ada yang sudi membaca & memberi kata-kata semangat.. ;)

Saya Siti, sudah berkahwin selama 7 tahun & mempunyai tiga orang anak (2 lelaki dan seorang perempuan). Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dengan suami dan tiada halangan dari pihak ibu mertua.

FYI, ibu mertua single mother dan pernah berkahwin kedua kali tapi bercerai kedua kali (ada cerita berkaitan nanti)

Kami berkenalan sangat singkat, 6 bulan berkawan seterusnya bercouple 3 bulan. Masa berkawan tu, ibu mertua datang ke rumah mak saya sekadar bertamu sambil berjalan2..

Rupanya tiada angin, tiba2 ibu mertua bertanya dengan mak saya berkenaan hantaran jika pihak mereka (suami) ingin berkahwin nanti.

Bagai nak pengsan masa dengar mak saya bercerita. Masa ibu mertua datang dengan adik-beradik suami, saya bekerja jauh dari rumah (mengambil masa 5 jam perjalanan darat).

Selepas ibu mertua bertandang, sebulan kemudian kami terus bertunang & berkahwin dalam tempoh setahun berkenalan.

Alhamdulillah, selamat diijab kabul. Selepas berkahwin, masalah timbul dengan banyaknya.. masa tu rasa menyesal kahwin. Sorry rasa macam tu lepas berkahwin.. ampun ya suamiku..

Kami berdua plan nak pergi honeymoon ke Krabi, Thailand. Passport daa settled & sebelum nikah duit terkumpul 24K termasuk duit kawin sikit nak guna duit tu.

Tetapi, suami masa tu takut nak bagitau bahawasanya ibumertua tercintahh telah pakai duit tu untuk beli baju, oven, sofa, aircond & bagi kakak2 suami yang kurang akalnya.

Duit tinggal 6K & terkubur la cita2 nak gi honeymoon. Masa tu plan paling hampeh nak terbang ke Langkawi tapi ibu mertua sibuk nak ikut terus saya bagi tau husband kita cancel. Tak terdaya nak bawa orang tua jalan2 pergi honeymoon then duduk sebelah katil.

Jangan kecam dulu, tak jadi pergi sebab ibu mertua betul2 nak join, dia bagitau nak jalan juga tak kan bawa bini jak tapi ibu tak dapat jalan..

Kalau ingat balik kata-kata ibu mertua masa tu memang nak hempuk dengan periuk.. (mata naik atas).

Selepas kejadian tu, kami pun balik semula ke rumah sewa. Setelah 4bulan berkahwin, ibu mertua & adik-beradik husband melawat kami di rumah sewa.

Ibu mertua memang pandai memasak dan tidak benarkan sesiapa tolong dia semasa memasak.. tapi paling tak boleh terima, bila saya buatkan suami air, cepat2 ibu mertua buatkan air lagi untuk suami then dia suruh minum air yang dia buat.

So, sebagai couple yang baru berkahwin merajuk la isteri.

Tapi suami masa tu bagai pak turut, segala suruhan atau arahan ibu mertua diturutkan. Even benda tersebut menyakitkan hati saya sebagai isteri.. contohnya, bila husband sudah gaji, ibu mertua pesan untuk beri kepada kakak & adiknya.

Suami hanya seorang lelaki dalam adik-bradiknya. dan gaji suami dicontrol oleh ibu mertua. Nasib masa tu saya masih bekerja.

Semasa lawatan ibu mertua & anaknya yang lain ke rumah sewa kami, ibu mertua pesan dengan saya, masa tu mengandung 2 bulan,

“Anak dalam kandungan kamu tu, saya tidak mahu menjaganya nanti, hantar ke kampung mak kamu”. Korang yang sudah berkahwin, mesti sedih bila mertua berkata begitu.

Masa tu saya jawab, InShaAllah saya tidak akan susahkan ibu. Terus ibu mertua terdiam.

Ada sekali tu, masa mengandung kami balik ke rumah ibu mertua, saya obese & rendah jadi ibu mertua selalu body shaming dengan mengatakan “kau ni patut pakai guni je, tak payah pakai baju, gemuk sangat”,

Nasib masa ibu mertua bercakap husband terdengar dan terus bawa saya balik ke kampung saya yang jaraknya 2 jam perjalanan. Sedih sangat dengan perangai hampeh ibu mertua. Selalu makan hati. Macam bermadu pulak dengan mertua. Hmm

Di tahun ke 3 perkahwinan, perangai husband makin menjadi-jadi setiap kali pulang ke rumah ibu mertua. Husband akan turuti segala arahan mertua sehingga nak minta tolong tukarkan pampers pun husband tak nak.

Sibuk tak tau apa dengan ibu mertua. Mertua juga selalu merendah-rendahkan keluarga saya dengan berkata “keturuan kau tu tidak subur sebab tu lambat mengandung” emm sedangkan kami suami isteri paling sebab saya beranak czer..

Segala keputusan suami juga hanya akan minta pendapat keluarga suami terutama ibunya. Nak beli kereta pun kena fikirkan keselesan adik-beradiknya even suami tak mampu nak bayar monthly.

Beli kereta MPV & memang tak berbaloi beli masa tu, sehingga nak beli 1 seluar pun tak mampu gara-gara ikutkan nasihat ibu mertua nak kereta have2.

Selama berkahwin juga husband akan beri 70% gaji kepada ibunya. Jadi nafkah sebagai isteri terabai. Tapi nasib bekerja, alhamdulillah ada duit sendiri.

Antara lain perangai pelik suami, dia akan sentiasa marah2, tak nak cakap berminggu-minggu, marah dengan anak tak tentu pasal.

Kemuncak bila kami balik ke kampung saya, suami kelihatan sangat2 benci dengan mak, makcik & nenek serta datuk saya. Tak nak bercakap dan tak nak makan masakan mak saya. Apatah lagi saya masak langsung tidak dijamah. Dengan saya pun sangat2 dingin.

Saya bercerita dengan mak sebab tak tahan, selama berkahwin sentiasa jaga perasaan suami agar bercerita dengan saya sebab suami pernah tak bercakap dengan saya sebulan lamanya.. hanya bercakap dengan anak sahaja.

Terasa diri sangat sunyi walaupun tidur sekatil. Bukan cemburu dengan ibu mertua tapi macam terlebih-lebih sehingga suami seperti tiadak nampak saya berada di depan mata. Sentiasa nak perhatian ibunya.

Sangat2 stress bila jasad suami depan mata tapi fikiranya seperti tempat lain. Selain itu, saya selalu mimpi buruk, mertua bagi anjing hitam dekat bilik tidur kami. Selalu ada kelibat bila seorang kat rumah dengan anak. Ada bunyi guli kat bili sebelah..

Mak saya cadangkan pergi berubat dengan ustaz ni. InShaAllah tiada unsur kurafat. Area saya sini tiada darul syifa, tapi ada ustaz yang boleh dipercayai.

Kami pergi bertiga dengan adik lelaki saya. Masa tu tidak pergi dengan suami sebab suami enggan & terpaksa bawa adik lelaki saya.

Ustaz tu scan jarakjauh suami saya, dan sangat2 terkejut. Ibu mertua yang menyihir suami , lebih kepada penunduk. Ini bukan fitnah, cerita sebenar terjadi dalam keluarga saya.

Mertua nak slowly saya benci dengan perangai suami agar saya minta cerai & actually ibu mertua saya tidak suka saya berkahwin dengan suami.. hahaaha..

Sebab tu suami sangat dingin & memang terlintas fikiran saya untuk bercerai, sampai bila nak rasa seperti bermadu dengan mertua & langsung tidak merasa duit dari suami sendiri. Anak pun saya yang tanggung 100%. Sebab semua duit diberi kepada ibunya.

Selepas berkahwin banyak keinginan ibunya tidak tercapai seperti minta buatkan banglo & berjoli sakan. Ustaz tu bagitau, ibu mertua nak saya sebagai isteri yang kelihatan jahat sebab sibuk nak minta cerai. Tapi saya masih waras sebab sayangkan suami & tak nak gara2 dingin saya minta cerai.

Masalah selalu timbul bila kami pulang ke rumah ibu mertua & berlarutan sehingga 2020. 2020 -2021 kan kita berPKP jadi ibu mertua tidak dapat berjalan untuk meminta pertolongan bomoh syaitannya itu. Hal ini berlaku sepanjang kami berkahwin sehingga sekarang..

Hanya terhenti 2 tahun semasa PKP. Saya selalu perasan, mertua akan pergi ke daerah lain yang jaraknya 1 jam 30 minit dari rumah ibu mertua.

Bila saya bertanya kepada kakak ipar, mertua pergi ke tempat -saya namakan Batu 2.

Setiap 2minggu mertua wajib pergi ke sana dan tiap kali ke sana akan ada perubahan kepada suami.

Tapi baru-baru ni, saya sakit timbul bisul kat payudara- nanah bercampur darah, sakit perut terutama area czer & pendarahan sedangkan tidak period. Pening semasa Asar. FYI, tidak mengandung.

Semasa bersama suami, suami tanya napa bersama sedangkan period. Saya cakap tempoh nak period ada 2 weeks lagi. Tapi masa bersama tu tidak sakit langsung cuma ada pendarahan. Ada bersama beberapa kali & sentiasa ada fresh blood, bukan seperti haid yang darahnya agak gelap.

Saya bagitau nurse kat KKIA nak check Pap smear sebab ada pendarahan semasa bersama takut tetiba nanti cervix cancer. Buat appointment dengan nurse sehingga 3kali still tak dapat nak ambil sample sebab sentiasa ada darah kat pangkal rahim.

Kali ke 4 appointment, terpaksa ambil juga sebab nurse nak tahu apa sebab ada pendarahan sedangkan tidak haid.

Sepanjang saya check kat KKIA, saya sentiasa share dengan ibu mertua process appointment tersebut. Muka ibu mertua seperti takut & mengelak bila saya bercerita.

Sekali lagi saya ke tempat ustaz tersebut, rupanya kali ini mertua nak kami bercerai dengan cara suami cari perempuan lain & saya akan meminta cerai sebab daa curang dengan orang lain.. sungguh hebat fikiran mertua.

Sekarang ni saya daa jarang ke rumah mertua, bercerita pun sekadar berbasa basi. Sekadar hormat sebab ibu kepada suami. Kalau boleh nak ja tampar2 mukanya. . Haha

Pernah sekali, konon nya ibu mertua bawa suami pergi berubat rukyah dengan seorang ustaz sebab suami ada Psoriasis & makin hari makin teruk. Ibu mertua tanya saya, napa makin teruk kulit suami.

Saya jawab, tidak tau maybe stress kerja. Tapi dia mention yang ex-husband dia yang buat kulit suami jadi begitu. Aduh ibu mertua ku, suka hati fitnah ex-husband nya.. emm tak tau nak cakap apa masa tu.. saya diamkan saja la.

Doakan hubungan kami suami isteri kuat & bekekalan hinggah ke Jannah. Moga yang baik-baik juga untuk korang semua. InShaAllah.

P/S: kalau nak kecam tu berpada2 la je.. sila komen murni2 ye.. jangan tambahkan stress kat fikiran Siti ni..

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *