Assalamualaikum para readers sekalian. Saya Nur berumur 27 tahun.
Maaf jikalau penulisan saya sedikit berterabur dan diharap apa yang saya cuba luahkan di sini sampai kepada kalian dan dimohon perbetulkan apa yang salah.
Saya straight forward ya. Saya diuji oleh Allah dengan ujian iman.
Berbulan bulan saya mengambil masa untuk mencari diri saya dan membina hubungan dengan Allah dengan lebih dekat walhal saya seorang Islam,
Dan saya selalu solat dhuha dan tahajjud selepas kegagalan dalam hidup saya 2 tahun lepas dan saya merasakan kegagalan demi kegalagalan yang saya alami adalah disebabkan saya jauh dari Allah.
Dalam masa yang sama, saya manusia biasa yang sentiasa tidak terlepas dari melakukan dosa.
Jadi, setiap kali lepas solat, saya selalu berdoa supaya saya dapat mencintai Allah melebihi dari diri sendiri dan yang lain. Saya berdoa supaya saya dijadikan orang yang baik2 dan Allah bersihkan hati saya.
Tapi sebaliknya, beberapa bulan lepas, saya diuji setiap kali solat, dalam hati dan fikiran saya sering menghina dan mencela Allah, mempersoalkan Allah.
Pada mulanya, saya ingat ini adalah perkara biasa, gangguan syaitan.
Tapi lama kelamaan perkara ini sangat menganggu saya sehingga saya rasa perkara ini jadi sebati dalam jiwa saya dan merasakan solat itu tidak lagi mendatangkan ketenangan dalam hidup saya,
Sampai saya ada terfikir tidak guna solat jikalau hati sering menghina Allah dan ketahuilah, hidup saya pada waktu itu seakan terada gelap, kelam dan rasa tak tentu arah.
Tapi dalam masa yang sama, saya masih ada perasaan takut untuk tinggalkan solat sebab saya tau jika saya tinggal solat saya tak akan selamat dunia dan akhirat.
Lepas solat, saya akan menangis sepuasnya dan solat taubat tiap2 hari tapi saya tetap tak dapat kawal apa yang ada dalam fikiran dan hati saya.
Mostly after solat, saya boleh ambil masa untuk istighfar dan berdoa mohon Allah bagi jalan untuk saya dan minta ujian yang lain.
Tapi ada ketika solat, saya langsung tak dapat berdoa dan berzikir sebab saya rasa sangat tertekan dan kadang2 marah dengan Allah sebab kenapa saya diuji seperti ini.
Tapi keadaan semakin rumit hingga terbawa bawa ke dalam hidup saya sehari hari, ketika saya nak ingat Allah ketika itulah datang perasaan yang macam2.
Tapi Alhamdulillah saya tetap solat dan buat juga solat sunat yang lain walaupun pada ketika itu saya tak yakin Allah akan terima solat saya.
Untuk pengetahuan readers, perkara ini saya tak kongsi dengan sesiapa termasuk ibu saya sendiri sebab saya tetap yakin bahawa Allah sahaja yang dapat tolong saya kerana Allah yang membolak balikkan hati manusia itu.
Secara luarannya, mungkin saya nampak biasa dan gembira tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa tidak tenangnya hidup saya pada waktu itu.
Ibarat dunia tiada apa2 bagi saya walaupun saya dapat berita gembira, dalam hati saya tetap rasa tidak tenang dan selamat selagi jiwa saya masih macam ni.
Dalam berbulan bulan itu, saya muhasabah diri, dengar tazkirah setiap masa terluang, dengar zikir, beli buku agama dan macam macam doa saya hafal untuk pelindung dan bersihkan hati,
Walaupun dalam masa sama, hati saya dihujani dengan celaan2 yang semakin lama makin teruk yang mungkin tak terfikir oleh akal fikiran kalian kecuali orang yang pernah mengalaminya sahaja.
Tapi dalam masa yang sama, saya tetap diberi kekuatan oleh Allah untuk cari tahu lagi pasal agama dan saya back to basic.
Saya mula ambil tahu pasal rukun Islam dengan mendalamnya. Dan mostly tazkirah yang saya tengok berarah ke arah pembersihan hati.
Start dari tu, saya slow2 tinggalkan perbuatan yang boleh menjadikan saya makin lagha contoh saya tak tengok tv melainkan ceramah atau tazkirah, kurang mendengar lagu dan banyakkan dengar zikir,
Cuba faham setiap bacaan saya dalam solat, saya cuba tutup aurat dengan lebih sempurna dari pakai stokin hingga sekarang saya dapat pakai stokin,
Saya buat sunnah Rasulullah yang terdaya saya buat, saya tinggalkan social media dan kalau buka hanya sekejap bila saya rasa hati saya sudah makin lalai saya akan tutup terus.
Bila keluar, saya cuba jaga pandangan dan sering kali meletakkan diri saya sehina hinanya.
Berdoa dan terus berdoa, menangis setiap hari tapi usaha2 yang saya buat itu tetap tidak menghilangkan celaan dalam hati saya.
Ya, saya sangat putus asa dengan diri saya dan sampaikan saya rasa diri saya ini tak guna, lebih hina dari syaitan. Macam2 saya fikir, saya rasa Allah dah benci saya dan mungkin ini balasan atas dosa2 saya.
Boleh dikatakan setiap masa saya akan berdoa dalam hati saya supaya Allah bagi jalan apa saya harus baiki.
Sampai satu ketika after solat, saya terbaca mengenai masalah ini. Dan saya cuba buat iaitu dengan menafikan celaan itu dengan berbalik ke arah saya. Dan almost every minute saya akan baca surah 3 Qul.
Alhamdulillah, dengan izin Allah celaan itu dah berkurang. Dan malam kemudian after solat Maghrib, saya tengok perkongsian dari Ustaz Adi Hidayat mengenai cara untuk Allah makbulkan doa kita dengan segera.
Doa ini dibaca oleh Nabi Ayyub ketika sakit iaitu .
“Ya Allah, sesungguhnya penyakit hati menghina dan mencela Mu(bergantung pada sakit apa) ini telah menganggu aku untuk solat dengan khusyuk dan tenang,
Sembuhkanlah ia supaya aku dapat beribadat dengan tenang dan baik, jika Engkau Yang Paling Sayang pada aku tidak memakbulkan doa ku ini, pada siapa lagi harus aku memohon”.
Ada banyak lagi doa seperti doa Nabi Zakaria, boleh refer nanti di Youtube ya. Yang penting penuh keyakinan, Allah pasti makbul.
Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan terus on the spot. Tiada lagi keraguan atau hinaan2 itu tapi jauh di sudut hati, dosaku dengan Allah sangat besar dan bila teringat kembali, saya akan rasa sedih.
Saya teruskan berdoa semoga Allah kekalkan saya untuk istiqamah dan beri kekuatan untuk tingkatkan lagi ibadat kepadaNya.
Sekarang, saya mula hargai nikmat iman yang Allah dah kembalikan pada saya yang sebelum ini mungkin saya lalai dan saya mula berhati hati dalam setiap perkara saya buat.
Sesungguhnya nikmat iman itu nikmat yang paling mahal dan tidak setanding dengan yang lain.
Moga readers sekalian yang mempunyai ujian yang sama atau ujian berbeza terus diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berada di jalanNya insyaAllah. Yang penting teruskan berdoa.
Kalau ada yang salah sila perbetulkan atau ada doa yang menarik untuk dikongsi sangat dialukan.
Terima kasih sudih membaca luahan dari hamba Allah yang hina ini.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit