Ujian Itu Juga Sumber Rezeki 

Assalamualaikum pembaca sekalian. Diharapkan cerita aku ni boleh bagi inspirasi dan jadi penenang hati terutama kepada korang yang sedang dirundung masalah dan menghadapi macam-macam ujian sekarang ni.

Cerita bermula dari saat aku dan dua orang sahabat aku nak bertolak ke Sabah. Kami bercuti selama 3 hari di Sabah. Walaupunbegitu luggage yang aku dan seorang lagi kawan aku ni bawa bagaikan kami nak duduk selama-lamanya di Sabah. Tiket flight semua sudah dibook.

Nak dijadikan cerita, kami tak perasan sewaktu kami beli tiket tu 7kg adalah had limit untuk luggage dan itupun hand carry. Ini satu pengajaran buat kami untuk lebih berhati-hati dalam membeli tiket flight supaya periksa betul-betul berapa limit luggage yang diberi.

Kesilapan ini berlaku kerana sebelum ni kami pernah bercuti, naik Mal*ndo tapi limit luggage dia beri sampai 15kg tak silap. Jadi kami fikirkan flight kami seterusnya ni samalah. Namun malang menimpa nak buat macam mana dalam nak berjimat tu terpaksalah juga kami bayar RM80 seorang utk bag kami yang gedabak tu. Kami pasrah dan aku ambil keputusan untuk redha je demi memastikan mood bercuti tu masih ada.

Percutian tersebut berjalan lancar selepas itu dan aku betul-betul seronok walaupun cuma 3 hari. Rasa seperti tak mahu pulang kesemananjung. Demi komitmen lain maka akhirnya percutian kami berakhir dan kami pun selamat pulang ke rumah masing-masing.

Nak dijadikan cerita lagi, aku perasan masa nak mandi aku tertinggal toiletries aku di hotel terakhir yg kami menginap. Ku sangkakan tak apalah lagipun banyak barang dalam tu sudah hampir habis pun. Aku teruskan langkahku kebilik air.

Tiba-tiba, zappppp. Satu benda terlintas dalam kepala. MY RETAINER!!! ku fikirkan panas hingga kepetang rupanya hujan di tengah hari. Baru sampai saat aku nak redha atas kehilangan toiletries aku teringatkan retainer gigi aku yang turut sama berada didalam itu. Untuk pengetahuan semua satu set retainer itu berharga RM800. Aku mula panik membayangkan RM800 yg bakal terbang itu.

Aku terus membuat panggilan ke hotel tersebut dan malangnya housekeeping sudah pulang dan aku perlu menunggu sehingga esok hari. Aku memberitahu diri supaya bersabar dan esoknya aku call sekali lagi.

Begitu malang sekali nasib aku, housekeeping sudah buang semua satu bag toileteries bersama retainer aku. Aku merayu supaya dia check lagi sekali. Rasa seperti mahu suruh mereka punggah semula tong sampah. Namun siapalah aku untuk menyuruh mereka begitu. Mereka meminta maaf berkali2 dan aku sekali lagi terpaksa redha dan bersabar.

Aku duduk terdiam dan menangis setitik dua. Aku bertanya kenapalah semua ini berlaku. Aku taknak pergi bercuti lagi. Kenapalah Allah uji aku sebegini.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata siapa ntah(terima kasih semoga anda diberkati selalu), supaya bersabar dan yakin PASTI ADA HIKMAH DISEBALIK SEMUA YANG BERLAKU dan ALLAH AKAN GANTI DENGAM YANG LEBIH BAIK LAGI dengan syarat kau BERSABAR dan YAKIN dengan ALLAH.

Ni part yang best aku nak cerita. Tak lama dekat sebulan lepas itu, aku terima keputusan peperiksaan akhir aku yang menandakan sama ada aku akan habis A**A atau aku terpaksa duduk lagi sekali kertas itu. Nak dijadikan cerita, aku terima keputusan aku jauh lagi lambat dari kawan-kawan aku yg lain. Aku dah mula cuak dan berfikir yang bukan-bukan.

Alhamdullillah aku pass dan bukan setakat itu sahaja, markah aku jauh lebih tinggi dari jangkaan aku dan aku akhirnya tamat pengajian. Bulan 5 nanti aku akan konvo!

Bukan setakat itu sahaja, aku ditakdirkan terus dapat kerja di salah satu audit firm terkemuka di Malaysia. Nak kata perjalanan hidup aku selepas itu lancar sahaja tanpa banyak dukacita.

Pada mulanya aku tertanya-tanya juga murahnya rezeki aku lately walaupun aku selalu leka. Aku yakin ini sebab doa-doa orang sekeliling aku terutama mak ayah dan sahabat2 aku yang baik belaka. Tapi pada suatu malam semasa berwhatsapp dengan salah seorang sahabat baik aku, dia kata mungkin ini ganjaran dari ujian kau haritu. RM800 tu Allah ganti dengan rezeki dalam pelbagai bentuk. Untuk pengetahuan, duit retainer itu aku guna duit asb aku sendiri sebab takut nak bagitau mak. Hahaha.

Lepas kawan aku kata macam tu aku terus zapppp, Ya Allah terima kasih Ya Allah. Memanglah janji Allah itu sangat-sangat pastu. Saat itu juga aku bersyukur dikurniakan dengam kawan-kawan yang sentiasa boleh mengingatkan aku akan Dia.

Aku kena sentiasa ingat rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk dan untuk segala ujian tak apa bersabarlah. Jangan sedih-sedih sangat. Ada hikmah semuanya ok. Bak kata pebgacara tv aku tonton semalam untuk segala ujian dan nikmat katalah ‘Alhamdulillah ‘ala kullihal’.

Semoga semuanya baik-baik sahaja. :)

– NABS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit