Ujian Itu Sumber Kekuatan

Assalamualaikum. Aku adalah seorang pendidik di sebuah sekolah yang boleh dikatakan sekolah yang agak berprestasi tinggi.

Aku sangkakan empat tahun di university sudah cukup bersediaan untuk ke alam pekerjaan. Ternyata alam belajar secara teori tidak sehebat alam realiti di sekolah.

Oleh kerana sekolah ini adalah sekolah yang agak hebat jadi tidak begitu menjadi masalah bagi aku untuk mengawal pelajar nya. Boleh dikatakan mereka semua memang sangat membantu dan menyenangkan.

Ku sangkakan pelangi hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari.

Ya.. masalah aku bukan kerana pelajar tapi kerana ada rakan sekerja yang kurang senang dengan kehadiranku.

Dah nama nya sekolah hebat, jadi pentadbiran nya memang sangat berkaliber dan tegas. Dan dalam erti kata lain, kadang kala agak ‘bekeng’.

Memang kalau budak mentah macam aku yang baru tamat pengajian ni, terlalu banyak benda yang perlu dipelajari. Jadi, tempoh stress, menangis, kecewa memang dah jadi mainan setiap hari.

Dalam tidak sedar aku menjalani waktu sukar nak menyesuaikan diri, rupanya banyak cerita dan gosip hangat diperkatakan kepada aku. Terlalu panjang aku nak ceritakan kat sini.

Mungkin kadang kala aku agak lurus sebab meluahkan perasaan pada orang yang salah hingga di salah ertikan. Sepantas kilat je apa yang aku luah dah jadi topik hangat. Yaa.. kalah artis aku ni. Haha.

Secara jujur memang agak susah aku nak sesuaikan diri dengan suasana kat sini. Tahap stress tu sampai aku pernah lupa jalan nak balik rumah. Tak cukup tu, aku pernah tersalah ambil pencuci muka, buat gosok gigi.

Waktu pagi semua nampak macam biasa. Tapi Tuhan je yang tahu betapa lemahnya bila malam aku.

Oleh sebab aku ni agak ego, aku memang tak suka orang nampak aku menangis. Aku akan menangis bila malam menjelma, homesick, dan terbayang aku nak kerja apa kalau aku berhenti sekarang. Mungkin jadi petani barangkali.

Syukur sangat berbekalkan nasihat dan iman yang tipis, aku bangkit setiap hari untuk melakukan yang terbaik. Teringat sahabat aku pernah kata, “Hidup ni kena redha”.

Aku bersyukur sebab waktu kat university, aku dipertemukan dengan sahabat yang baik-baik. Roommates yang selalu bagi nasihat, berjemaah bersama dan dia yang ingatkan aku untuk solat tahajud bila rasa lemah.

Terima kasih ya Allah, sebab hadirkan aku dengan insan yang baik walaupun aku ni agak jahil dulu.

Orang nampak aku mungkin kuat, tapi aku sebenarnya sangatlah fragile. Pagi mungkin aku bergelak. Ye.. sebab aku nak lupakan sekejap masalah aku. Sampai aku pernah terfikir nak berhenti je. Sumpah aku tak tahan. Cuma aku takut je nak beritahu parents aku.

Sedar tak sedar, hampir tahun ke 8 aku berkhidmat.

Pelik kan macam mana aku survive dalam tempoh tu. Erm.. aku ni tak lah alim ustzah. Tapi apa yang aku pegang.

Jangan tinggal tahajud. Sebab tahajud ni memang sangat berkesan untuk orang yang dalam hati ada taman macam aku ni. Memang akan rasa lega bila bangun pagi.

Baca Quran. Tahu tak, kadang-kadang bika aku tengah sedih, aku baca quran, aku jumpa situasi dalam maksud ayat quran tu. Pernah sekali aku down gila, tapi aku macam terubat bila baca ayat ni.

“Allah tak akan membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al- Baqarah : 286

Sampai hari ni aku suka amik maksud quran untuk jadikan quotes inspirasi buat aku. Jujur lah dulu aku baca quran sebab sedih, tapi lama kelamaan, alhamdulillah, dah jadi habits kena baca sebab aku suka cerita sejarah dalam tu.

Kunci kekuatan sebenarnya simple. Dekat dengan Allah. Insha’Allah, hati akan tenang. Niat dalam hati, semua kita buat sebab nak redha Allah.

Kena tahu, penat lelah bekerja tu sebenarnya adalah jihad. Mungkin kerana keikhlasan kita bekerja menjadi asbab Allah ampunkan dosa-dosa kita.

Jatuh bangun aku di sini telah memberikan aku seribu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Dan segala kenangan tu, menjadikan aku semakin kuat.

Aku dah jarang nak menangis lagi. Setiap hari aku suka ke sekolah. Excited bila nak masuk kelas. Bila musim PKP ni memang aku rindu sangat. Rindu dengan students, rakan dan suasana sekolah.

Semoga covid-19 segera hilang dan aku dapat mencipta berjuta kenangan lagi di sekolah ini. #stayhome

– Tealive (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *