Salam admin. Terima kasih sebab siarkan confession saya.
Nama aku Jannah.Seorang perempuan bergigi besi Berusia 28tahun.Masih melanjutkan pengajian di IPTS.Aku nak share satu kisah yang mampu buat aku rasa insaf.Dalam kita bersenang masih ada yang still struggle nak menyara ahli keluarga sejak pemerintah kuku besi berkuasa.Tapi yang pastinya ini bukan kisah aku tapi kisah sahabat baik aku sendiri.
Aku ada seorang kawan.Nama dia Ikmal ( bukan nama sebenar).Dia merupakan anak sulung daripada enam orang beradik.Apa yang aku boleh katakan hidup dia boleh dikatakan agak melarat jugaklah.Since dia anak sulung jadi responsibility tu kira dah bertukar kepada dia.Ikmal ni anak yang bertanggungjawab pada aku.Bayangkan semenjak walid dia dah meninggal sampai sekarang dia jaga keluarga dia.Dia sanggup buat apa sahaja asalkan melihat keluarganya senang.
Aku respect sangat dengan dia ni.Aku tak sure kalau dia ada girlfriend ke tak tapi yang pasti kalau siapa dapat dia ni memang bertuahlah.Selalunya kalau lelaki ni boleh jaga mak dia,Inshaa Allah nanti dia boleh jaga wife dia dengan baik jugaklahkan.
Korang boleh bayangkan tak dia ada bachelor degree dengan result yang agak cemerlang jugak tapi atas desakan hidup dia tak memilih pekerjaan pun.One day dia berhijrah ke KL sebab dapat offer kerja.Kerja as despatch je pun.Dia punya happy tu aku rasa Allah je yang tahu kot.Previously dia pernah jugak kerja tapi since company tak bayar gaji so dia blah.
Dia kerja keras.Siang malam kerja sebab nak cari duit lebih.Siang macam biasa jadi dispatch malam buat part time jual burger.Duit gaji yang dia dapat tiap bulan tu dia akan guna untuk bayar sewa bilik, motosikal dan kemudian dia tiap bulan tak akan miss bagi duit pada mak dia.Kau rasa dengan gaji cukup makan tu cukup ke nak survive? Sewa rumah dah sekian.Komitmen bayar motosikal pun dah sekian.Aku selalu perasan ada sesetengah majikan memang tak kisah langsung dengan kebajikan pekerja.Dapat pekerja yang elok dan rajin tapi langsung tak dihargai.
Kadang-kadang tu dia survive RM150 untuk sebulan.Ada hari dia makan.Ada hari dia akan berpuasa.Kadang-kadang tu kalau aku ada rezeki lebih aku akan bank in sikit buat belanja dia atas dasar kawan.Haritu motosikal dia rosak teruk.Dia jadi buntu.Hantar bengkel dalam RM500 jugaklah as deposit.Masa tu dia memang takada duit langsung.Hatta untuk membeli makanan sedikit pun..Motosikal tu jugak satu-satunya asset yang dia ada.Mulai dari sinilah saat getir dia melalui perjalanan hidup diKota Metropolitan.
Disebabkan tak nak susahkan keluarga dia mahupun sahabat handai.Akhirnya dia buat pinjaman peribadi.Pinjaman peribadi sekarang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Kadang slogan tu tak boleh pakai.Orang yang buat pinjaman peribadi ini memang akan senang sekejap tapi melarat untuk selamanya.Hidup dibandar besar aku rasa ramai jugak yang memerlukan wang dengan kadar segera.Harus di ingat hidup dizaman pemerintahan kuku besi ini harga barang semua naik sehingga membebankan rakyat.
Aku pulak langsung tak tahu menahu pasal dia buat pinjaman.One night tu dia ada text aku.Orang kalau kita dah lama kenal for sure kita akan tahu cara dia textingkan.Tapi malam tu dia asyik sebut “bila aku dah tak ada” banyak kali.Aku jadi suspicious gila sebab dia bukan jenis sendu punya orang.
Dia cuma bagitau dia ada masalah.Lepas aku desak baru dia cerita yang dia dah buat pinjaman peribadi.Aku nak tolong pun aku memang takde duit.Aku jenis bab financial ni selalunya aku tak berkira.Kalau ada kawan dalam kesusahan tu aku hulur je seberapa banyak yang aku mampu.Sebabtu ramai yang kawan dengan aku ni sebab duit je.Ada tu yang pinjam sampai RM2000-3000 tak reti bayar balik.Aku mampu tengok jelah orang yang hutang aku ni travel sana sini.Aku nak mintak aku malu sebab aku rasa macam pegemis je.Tapi bila sampai bab kawan baik sendiri susah aku rasa loser sebab tak mampu tolong dia.
Lately job performance dia agak merosot sebab dia runsing sangat pasal along dah start cari dia sebab nak kutip hutang.Interest pun makin lama makin naik.Dia memang buntu.Sebab terlalu fikirkan masalah dia jatuh sikit.Ada dalam seminggu terlantar dekat rumah and langsung tak makan dengan minum.
Kebetulan aku ada a few cash in hand terus aku transfer dekat dia pasal teringat dia dah hampir seminggu tak makan.Kau bayangkan kita sehari tak makan pun dah rasa menggeletar tubuh badan.Apatah lagi kalau seminggu ditambah lagi dengan demam teruk.Masa tu pun aku sesak jugaklah.Aku student kot mana ada duit banyak sangat.
Aku pegang ayat ni islam kata kalau nak kaya kena bersedekah.So tanpa fikir panjang aku terus bank in semua duit yang aku ada and bagi pada dia.At the same time tu aku tolong jugak apply mana-mana kerja yang sesuai dengan kelayakan dia.Aku duit takde sangat and aku tolong sekadar mampu aku.
Sampai sekarang masalah dia tak settle lagi.Memanglah tarbiah orang senang.Nasihat itu ini.Tapi bila diri sendiri diuji baru tahu payahnya untuk bina kekuatan tanpa meruntuhkannya sedikit pun.Ikmal selalu tanya aku:
“Kenapa Tuhan uji aku sampai teruk macam ni sekali?
Apa Dosa aku?
Aku dah buat semua apa yang Dia nak
Dan aku selalu reply
“Allah gives the hardest battle to His strongest soldier.”
“Allah uji tanda Allah sayang kau.”
“ujian hebat hanya untuk orang yang hebat.”
Bila kita dilanda ujian terkadang kita mudah menyalahkan takdir.Tapi kadangkala kita lupa Allah turunkan ujian sebab Dia rindu nak jumpa kita.Bukankah Dia dah janji bila kita ditimpa suatu ujian maka hendaklah kita bersabar dan mengerjakan solat.Dan Dia juga dah janji verily after each difficulties, there is a reliefkan? Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan ujian ini sebenarnya adalah saham akhirat kita jika melalui dengan penuh sabar.
Aku tak mintak banyak.Kalau ada sesiapa yang nak offer dia kerja dengan hati terbuka just let me know okay.Resume dia pun aku ada ini.Aku tau rakyat Malaysia ramai yang baik hati and suka menolong but please lepas baca kisah ini tolong jangan judge kawan aku.Kita sama-sama bantu dia untuk cari solusi.Hidup dikelilingi hutang jiwa tak akan pernah tenang.
Panjang cerita aku ni.Aku chio dulu la.Terima kasih sudi baca. ;)
– Jannah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit