Ujian Kecil Seorang Ist3ri

Nama aku Mira. Suamiku Fendi. Aku nak cerita tentang ujian kecil ku ini.

Memang sebenarnya ujian ini kecil tapi bagi aku yang tak kuat sabar ni agak tertekan juga hati ini bila perlu pujuk hati untuk sabar dan sabar saban hari.

Aku dah berkahwin 2 tahun lebih kurang dan dikurniakan seorang anak. Ya. Masih terlalu singkat.

Cuma aku mahu berkongsi dan mahu minta nasihat dan kata kata semangat daripada semua yang bergelar isteri dan ibu.

Suami aku sangat baik. Aku sayang dia sangat sangat. Cuma aku terkilan sejak dia mula bermain game.

Dulu pernah dia main game online di handphone, anak menangis di sebelahnya, dia abaikan kerana bermain game online.

Aku sangat kecewa waktu itu. Bahkan, jika aku bersembang dengan dia. Dia tidak ada respon kerana terlalu fokus.

Alhamdulillah selepas aku tegur dia dah berubah. Dia terus uninstall game di handphone dia.

Kemudian selepas lama kemudian, dia mula bermain game di laptop pula. Bermalam malam suami aku tidak keluar bilik 1 (bilik belajar, bilik solat) kerana terlalu asyik bermain game.

Kadang aku terjaga dari tidur, suami aku masih tiada di sisi. Hanya aku melayani anak sehinggalah tertidur.

Aku tidak suka tidur tanpa suami di sisi. Terasa ada yang tidak kena. Kemudian aku menegurnya lagi.

Alhamdulillah selepas itu dia minta maaf dan berjanji tidak akan main game ketika aku dan anak masih berjaga.

Selepas berbulan bulan dia berubah, Kini dia bermain game di tengah malam sehingga pagi pula.

Apabila siang, dia mengantuk dan kebanyakannya tidak dapat membantu aku urus rumah dan anak kerana terlalu mengantuk.

Aku rasa kehilangan dia yang mula mula kahwin dulu kerana dulu dimana ada aku ada dia. Apa aku buat dia bantu sebab dia sentiasa ada di sisi. Kini siang dia tidur.

Aku kesian dengan dia yang terlalu mengantuk namun aku yang penat buat kerja rumah sendirian basuh baju sidai lipat basuh pinggan dan sebagainya. Suami akan buat jika aku menyuruhnya.

Namun dia asyik tidur, bagaimana mahu suruh buat itu ini. Aku makin penat dan makan hati.

Semasa cuti di kampung dengan keluarga juga suami aku asyik tidur lepas subuh sehingga zohor. Lepas itu biasanya lepas asar tidur lagi sehingga maghrib.

Aku sangat bosan tiada teman, tiada tempat nak bersembang, nak ajak gotong royong rumah, nak jalan2 bila di kampung.

Aku banyak makan hati dengan rutin yang dibina suami aku kini. Aku sangat tak setuju. Aku sayang dia. Kesihatan dia. Hmm.

Bagaimana pula kali ini? Harus nasihat lagi dan beri cadangan yang bagaimana? Aku tidak mahu suami aku sedih dengan permintaan aku.

Aku tahu itu minat dia. Aku tidak mahu jadi isteri yang tidak memahami. Aku nak jadi isteri yang sentiasa menyokong suami. Tolong aku. Nasihat lah aku.

– Mira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *