Ujian Kehidupan Aku Di University

Aku direct je. Waktu awal masuk uni sambung degree. Before this aku Asasi. Aku waktu tu baru lepas putus cinta. Aku tangkap cinta dengan seorang pensyarah.

Pada semester ketiga. Pensyarah tu mengorat aku. Dia cakap dia single and dia umur 40+. Dia katanya duda waktu itu. Aku percaya sebab dia nampak always free and macam takda family. Rupanya tak, aku ditipu. He’s someone husband.

Aku cerita waktu aku couple dengan dia lah. Kami couple around 1 tahun. Awal masa dia mengajar tu dia tak mengorat aku tau, lepas habis kelas tu dia mengorat. Dia ajar aku sem2 and dia ngorat aku sem3. Aku couple lah dengan dia. Dia tak good looking pon tapi pandai mengayat.

Start dari situ lah aku slowly rosak. Maksud rosak tu, dah mula pegang tangan dengan dia. Dia yang start sentuh tangan aku dalam kereta and waktu tu first time aku sentuh dgn lelaki.

Sebelum ni aku couple dengan ramai lelaki tak pernah sekali lelaki cuba sentuh aku. Aku tak tahu kenapa aku jadi bodoh dengan dia. Dia cakap dia nak jadi kan aku isteri dia.

Memang kami hangat bercinta. Kemana mana bersama. Dia even bawa aku jumpa kawan dia. Paling sadis kami juga pernah sampai hubungan atas katil tapi tidak sampai penetration sebab aku taknak. Aku cakap dekat dia aku nak simpan virgin aku sampai kawin.

Tapi faham la kan memang tak buat sampai masuk cuma yang lain tu buat lah. Start dari situ aku rasa diri aku rosak. Dia pandai melayan. Dulu awal2 aku taknak sebab aku takut dan tidak biasa. Dia tak memaksa tau tapi macam mana nak cakap. Dia memujuk dan pandai mengayat.

Aku ajak dia kawin. Dia nak jer tapi parents aku tak bagi. Parents aku suruh aku habiskan belajar.

Parents aku ni pula dua2 bekerjaya. Adik beradik aku semua belajar dan kerja bagus2. Jadi bila aku cakap aku nak kawin, bapak aku marah. Dia cakap aku perosak keturunan kalau tak habiskan belajar.

Mak ayah aku lebih kepada nak jaga air muka family la sebab adik beradik aku hebat2. Ada doctors, Engineers.

Then kami bersekedudukan begitulah. Dia ada cakap dia nk berubah taknak dah sentuh aku. Ya kami cuba tapi tak mampu. Pernah paling lama 3 bulan. Lepas tu aku yang minta dengan dia, aku goda dia.

Tapi dia tak sampai penetrate. Dia cakap dia sayang aku taknak ambil dara aku tapi dia bagi benda2 lain. Aku pon tak faham. Sebenarnya pernah juga cuba untuk masuk tapi dia tak berani sebab aku terlampau sakit. Sejak dari itu juga aku sedar maybe aku ada vaginismus.

Lama tu kami dua2 mula taubat. Sudah tidak sentuh sama lain. Aku pon dah start tidak wasap dia. Dia ada je cari aku. Aku start betul2 down bila tahu dia sudah kawin. Dia pjj dengan wife dia.

Aku rasa sangat2 berdosa dan rasa nak pergi minta maaf dengan wife dia tapi dia marah aku dan warning jangan kacau wife dia. Dia nak bertanggungjawab atas semua benda yang dia buat.

Aku bukan taknak bagi dia bertanggungjawab tapi dia suami orang. So aku memilih untuk undur diri.

Ini part paling struggle dalam hidup aku. Nak bebas dari ketagih sek*. Aku ada cakap pada parents aku kawin kan lah aku dengan siapa2. Sebab ada kenalan rakan2 dia macam nak jodoh kan aku dengan anak diorang.

Bapak aku tak kasi katanya aku perlu habis belajar dulu. Waktu itu aku semester 6. Sampai aku menangis setiap hari sebab aku stress. Tak boleh focus belajar.

Result aku drop gila2 sejak tangkap cinta dengan dia. Aku semester 1 dan 2 antara yang top juga tapi lepas hanyut tu memang pointer kepala 2 terus.

Aku rasa hidup waktu susah yang sangat susah. Aku tiada masalah dari segi duit. Bapak aku memang selalu bagi duit and no issue memang tak pernah minta dengan lecturer tu. Tapi dia juga jenis bukan kedekut. Macam2 juga dia bagi aku cincin emas, rantai, jam tangan.

Aku cakap dekat parents aku nak kawin. Diorang tak faham kot. Takkan aku nak cakap direct aku tk boleh tahan nafsu aku.

Sampai satu level aku rasa nak je buat dengan sapa2 tapi aku fikir takut penyakit. Takut juga sebab aku tak pernah buat lagi sampai penetration.

Aku cuba untuk lunaskan sendiri tapi tak sampai sebab aku tak pandai dan tak pernah buat sebelum ni. Macam2 aku buat solat taubat, solat sunat, baca al quran sebab nak divert keinginan aku. Semua tu tak jalan.

Im lost and tak tahu nak pujuk parents macam mana. Lecturer tu ada juga contact aku minta maaf dan nak kawin dengan aku. Tapi aku tak boleh terima sebab dia sudah ada anak isteri. Kesian aku tengok muka diorang.

Boleh tak korang share pandangan macam mana nak kawal nafsu? Aku tahu aku buat salah dulu tapi nak quit dari benda ni susah. Aku takut untuk cari bf baru sebab aku takut aku tak dapat kawal diri aku.

Aku selalu pesan pada parents aku untuk cari kan aku lelaki sebab memang aku taknak couple and taknak kenal sudah. Aku perit dan takut. Sampai berat badan aku drop, kelas pon pergi tak pergi.

Tak tahu sampai bila hidup aku jadi macamni. Kadang2 pernah juga aku rasa nak end my life. Penat sangat nak hadap. Sebab otak aku dah taknak buat maksiat tapi batin dalaman selalu meminta. Help me.

Kalau korang nak kecam aku silakan. Tapi yang tak nak kecam please bagi idea macam mana nak keluar dari ketagih benda tu. Aku betul2 perlu bantuan. Thank you, assalamualaikum..

– Nama aku bahasakan Aisy.. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Make sure jgn selalu bersendirian. Sibukkan diri semasa free time and ajak lah kwn” join aktiviti2 yg boleh buat badan rasa letih.

  2. well kalau ikut nasihat jahiliyah akak, stay je ngn lecturer tu untuk seks (jangan penetrate okay) and maintain class and be a good student balik. dah grad tinggalkn dia and kahwin. simple.

  3. Benda seronok ni dtg time tgh haram..mmg nikmat..cuba dah kwen setahun…bini jln dpn laki plak jln di blkg.

    Tu smua hiasan dr syaitan dan hawa nafsu sendiri.
    Hawa nafsu ni lbh bahaya drp 70 ekor syaitan.Nak kekang hawa mmg payah sebab tu bln ramadn pun msih ramai pelaku maksiat dan penzina dll

    Cara nak hilangkan nafsu?Tak boleh sebab tu dh fitrah.Tp blh jinakkan nafsu tu dgn cara cut contact dgn lelaki tu .Awk juga kena maintain berpuasa sunat.Sekurang2 awk tkt nak bersekedudukan dan bermaksiat bila sdg puasa.

    Berdoa minta doa begini
    “YA ALLAH tolong cabut buang nikmat aku bermaksiat ini.Jadikanlah hatiku tawar utk bermaksiat dgn jantan”

  4. Sis utk tidak memikirkan perkara tu mmg sukar. Pi la cari kwn huhahuha. Jgn sorg2. Cari kwn utk sharing dan boleh berbual hal mcm ni.

  5. Amalkan berpuasa (klau bole setiap hari), tp ambil pemakanan yg ckup, memandangkan awak kta awk dah ‘kurus’.. dlu saya pernah ‘putus’ dgn seseorang kerana dia sudah pon berkahwin, mmg ‘perit’, tp sya keep ingatkan ‘sisi buruk’ dia, and lama2 berjaya lupakan dia, w/pon x sepenuhnya.. tp mmg dah x contact, kdg2 sya nmpak socmed dia, tp mmg ‘geram’, knp dia bole bhagia dgn psangan sdgkan sya yg mcm dpt ‘punishment’.. lastly, saya still ‘remain’ sorang2, x kawen pon, perasaan n ‘onani’ tu dah lama dilupakn.. saya berazam utk hanya hidup utk & ‘bersama’ Allah SWT & Rasulullah SAW.. mngkin ada yg kta sya hanya ‘mnyeksa diri’, tp itulah sbenarnya ‘kbhagiaan’ sya skrg.. life is just short & simple, so sya xnk bazirkn mse saya utk perkara yg x berfedah.. bkn x brsosial, malah sya buat kerja2 ‘sosial’, insha Allah ia akn jd ‘amal jariah’, kita pon xtahu dgn amalan yg mne, kita dpt msuk Syurga-Nya.. insha Allah, klaw diberi rahmat Allah utk masuk syurga, mngkin juga akn bertemu ‘jodoh’ di Sana..?! Wallahu a’lam bissawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *