Assalamualaikum. Tak tahu nak mula dari mana. Biasanya aku cerita dengan beberapa kawan rapat, tapi lama lama aku rasa macam kawan kawan pun mungkin dah boring nak dengar luahan aku.
Sorry guys, aku just this time biar aku tulis kat sini je ok? If this happen to be read by you, please jangan lupa doakan aku. Luahan ni mungkin panjang.
Sedikit pengenalan tentang aku. Umur di penghujung 30an, bekerjaya tidak terlalu professional, tidak juga level bawahan. Yang di tengah tengah lah agaknya. Standard m40.
Next aku perkenalkan suami, juga penghujung 30an. Bekerjaya sebagai penjawat awam, boleh dikatakan top management tapi belum lah kategori t20. Lagi lima ke sepuluh tahun lagi agaknya. Insyaallah.
Kami dah berkahwin banyak tahun dah.. Dah melepasi pun sedekad bersama. Mempunyai beberapa orang anak, tapi taklah ramai sangat. Just nice for a family.
Keluarga kami ni boleh dikatakan sederhana. Alhamdulillah semua keperluan cukup. Kami tak pernah merasa kesusahan atau dibebankan dengan masalah kewangan. Tidak mewah, tapi cukup seadanya diuruskan suami.
Tapi sebagaimana perkahwinan perkahwinan orang lain, perkahwinan kami juga turut diuji. Dari awal perkahwinan lagi suami dah kantoi menipu di belakang aku. Aku takkan pernah lupa kali pertama.
Atas dasar kerja, dia kata perlu hadir mesyuarat di kl. Perlu bertolak sehari sebelum dan bermalam di sana sebab mesyuarat mula awal pagi. Aku ok. Anak baru seorang masa tu. Kecik lagi baru setahun. Tapi hati aku rasa tak sedap.
Suami aku sejenis suami yang suka keluar malam. Bukan hari hari, tapi setiap minggu pasti ada 1-2 hari keluar jumpa orang. Macam biasa, alasan kerja. Atau bersukan.
Macam mana kantoi waktu tu? Dia tak kantoi sebelum pergi. Dia kantoi bila dah balik. Aku jumpa screenshot waze dia bertolak dari daerah aku ni pukul 5.30 pagi. Estimated sampai kl jam 9 pagi. Aku terus naik angin. Dia tipu. Berada di luar sampai subuh.
Dia pergi mana? Dia jawab itu screenshot kawan satu opis yang sama sama attend mesyuarat. Aku kata tak logik. Kenapa kena save orang punya ss? Kalau dia ss, tengok kat wasap jela. Gambar dari wasap bukan auto download. Dia kata tak sengaja. Effortlessly jawapan dia. Laju.
Aku senyap. Aku still tak percaya tapi aku diamkan je. Until.. Satu hari yang indah kantoi wasap dari kawan satu opis jugak.. Dia ber yang yang dengan budak intern tu. Budak tu pulak sembang pasal hari tu punya pergi karaoke..
Tuhan nak tunjuk, maka terbongkarlah memang dia tipu aku pada hari tersebut. Remuk hati aku beb. Aku sound budak tu. Aku sound suami aku. Dia janji berubah. Lepas tu budak tu hilang dari radar.
Fast forward.. Tahun demi tahun ada je episod kantoi suami aku ni. Kantoi menipu dia pelbagai, biasanya kantoi pergi kelab. Ada juga kantoi amik barang kat situ. The worst? Masuk hospital sebab od. Dari anak satu sampai anak bertambah, masih juga la macam tu.
Jadi, kenapa aku masih isteri dia selepas berbagai episod penipuan ni? Sebab satu nya suami aku memang pandai twist cerita.. Dia kata dia pergi tu terpaksa, kawan kontraktor ajak lah, kawan opis ajaklah.. Ada sekali dia kata dia driver je.. Dia sampai situ dia tido. Ape bodohnya lah..
Aku tak percaya tapi tulah tak kuat nak move on. Tak cukup bukti. Sebab barang pulak sebab bawakan networking for money.
Lepas tu, once dah jadi pengenal kepada orang lain, susah nak back off. Senang citer dia kata dia terpaksa. Aku pun bodoh.. Dah curiga, dah rasa jugak macam tak betul je tu, tapi still stay memaafkan.
Suami aku ni selepas kantoi menipu, dia akan bertukar sekelip mata. Jadi rajin solat jemaah, rajin urus anak, rajin buat keje rumah… dan dia akan slow down tu lama, berbulan bulan. Itu la punca nya aku selalu macam melupakan..
Lebih 10 tahun masa berlalu.. Sedar tak sedar lebih sepuluh kali juga lah aku ditipu hidup hidup ni. Ada recent events dekat tempat kerja yang membuatkan dia sibuk selama setahun. Aku nampak dia fokus lah pada perkara tu. So hati macam tenang sikit.
Sampailah akhirnya bila perkara tu dah selesai dan dia kembali free.. Allah nak tunjuk segala kecurigaan aku selama 10 tahun lepas tu betul.. Bermula dengan kantoi rupanya memang dia yang pergi carik barang dari betina dekat tempat karaoke..
Selama ni dia kata dia taknak tapi terpaksa, so terbukti selama ni dia memang twist segala cerita. Siap aku jumpa gamba perempuan perempuan yang dok jadi peneman dia sewaktu berfoya foya..
Allah punya kuasa nak bukak padahal tempat aku jumpa tu memang tersembunyi betul. Aku tak cakap banyak kali ni.. Aku terus pergi pejabat agama amik borang cerai. Aku isi, aku snap gambar bagi dia.
Aku kata memang dah tak boleh hidup bersama dah kita ni.. Aku dah takde kepercayaan langsung. Kau patutnya pergi keje.. Tapi kau boleh balik awal untuk pergi buat keje tu.. Macam mana aku nak percaya lagi? Keluar pintu rumah pun aku akan curiga ye ke dia pergi keje.
Seminggu berlarutan dia pujuk aku macam orang gila. Tapi itulah.. Masa tu sebenarnya dia dah bayar duit untuk kami berdua pergi umrah.. Dia bersungguh mengakui kesilapan dia.. Dia memang rancang bawa aku pergi umrah dan dia memang nak cuci tangan kaki semualah katanya.
Sejak kejadian tu dia dah mula jadi ahli masjid. Setiap hari antara kejadian tu sampai lah hari kami berangkat ke tanah suci dia without fail solat subuh berjemaah di masjid.
Sewaktu umrah, aku banyak berdoa supaya dia berubah, tapi dalam masa yang sama berharap sekiranya dia buat lagi, sulitkan perbuatan dia.. Balik umrah dia masih continue solat subuh berjemaah di masjid sampai sekarang.
Aku tak tahu lah nak rasa macam mana.. Aku tahu jni ujian untuk aku. Sakitnya? Tuhan je yang tahu.. Dia tidak luka berdarah, tapi hakikatnya remuk, hancur, kalau nampak thru fizikal, aku ni tengah koma agaknya.
Aku rasa semakin berat di uji sekarang. Since suami rajin ke masjid ni. Sebab aku masih rasa curiga. Suami aku masih beraktiviti luar yang aku pun tak tahu betul ke tak alasan dia tu. Dia selalu balik lambat, lewat petang, atau kadang kadang malam.
Kalau aku tegur pasal kerja dia.. Dia akan bagi jawapan memang paling selamat.. Itu tanggungjawab dia, bos suruh, sorry terpaksa ikuntukan permintaan kerja bla bla bla. Dia nak stay kat rumah kononnya, but have to.
Hati aku pulak sekarang ni walaupun curiga tu sangat kuat, tapi separuh lagi dok la pujuk suruh aku fikir positif.. Sebab suami sekarang kan kaki masjid. Solat awal waktu etc. Takkan lah dia munafik? Bukti?
Memang tak pernah jumpa… cuba cari wasap ape semua.. Memang tak jumpa. Kadang kadang nampak macam wasap ada benda yang di delete. Tapi itu lah. Benda takde bukti.
Setiap kali curiga aku datang kuat, aku memang resah. Berdebar debar. Sometimes aku bermonolog sendiri create situasi suami aku kantoi menipu lagi. To the extent, aku bermonolog sorang sorang create situasi dalam mahkamah, sedang diceraikan.
Kadang kadang aku rasa aku gila ke apa. Hari hari aku akan cakap sensorang creating stories. Dalam kereta otw nak pergi keje. Balik keje. Sakit. Rasanya sakit dalam situasi macam tu.
Aku terperangkap dalam perkahwinan ni yang dah takde kepercayaan walau sedikit pun tapi stuck sebab memikirkan suami aku bertanggungjawab kepada keluarga dan anak anak. Stuck sebab tak kantoi perkara yang membuatkan aku ada strong reason untuk bercerai.
Terus terang aku kata.. Untuk bercerai memang aku tak kuat sebab aku memang tak strong financial. Aku akan struggle gila bila aku bercerai. Lagipun dia tak culas bab tanggungjawab dari segi duit ni.
Aku tahu aku pun bukanlah yang terbaik pun untuk suami. Fizikal dah tak menarik. Pun bukan lah yang rajin jaga makan suami. Baju pun selalunya suami iron sendiri. Kadang kadang malas masak. Solat selalunya tak di awal waktu. Aurat kadang tak jaga sempurna.
Tapi keperluan batin dia aku tak pernah culas untuk penuhi. Aku yakin no woman involved sebab aktiviti s*** kami masih ditahap memuaskan. Tapi entahlah. Aku trauma nak percaya.
Aku dah penat hidup macam ni.. Since suami jadi rajin ke masjid, aku memang betul betul rasa bingung.. Sebab dia nampak macam semakin baik.. Rajin dengar ceramah contohnya, tapi dalam masa yang sama tak berubah pun sebenarnya dari aktiviti keluar ada hal ni.
Dia masih the same guy more than 10 years ago. Masih sentiasa ada alasan untuk keluar dari rumah. Bezanya sekarang? Benda tak kantoi. Hp dia akan biar letak macam tu je seolah olah memang sengaja bagi aku bukak.
Kalau dia kata ada hal kena pergi pejabat sekian sekian lepas waktu pejabat dan balik malam nanti, lepas dia balik aku check fon memang takkan ada satu conversation pun dengan mana mana orang tentang pergi tempat tu atau any log call between time tu.
Haih. Penat. Sungguh aku penat macam ni. Yang pernah ditipu tau kan rasa ni? Kita akan tertunggu tunggu bila nak kantoi.. Bila nak kantoi.. Tapi kita masih tak dapat apa apa.
Aku baru lepas solat dan menangis semahunya. Aku bingung tak tahu apa yang aku nak..
Doa aku mungkin belum termakbul sebab aku sendiri pun tak tahu apa aku nak..
Jadi doakan lah untuk aku walaupun korang tak kenal aku siapa. Kalau ada doa doa yang bagus untuk aku amalkan, boleh la beri.
Aku hanya perlukan kebahagiaan dan ketenangan. Aku benci hidup mencurigai.
– Nina Bingung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagi saya, puan perlu fikir sedalam dalam nya…apa sebenar mahu bercerai…untuk apa.? Nak cari suami baru ke?umur kita akan semakin meningkat, suami puan akan jadi baik dan insaf..insyaallah. tidak perlu mencurigai setiap waktu. Cubalah bertawakal kepada Allah dan berdoa selalu dengan Allah. Jika kita kahwin dengan orang lain pun…ujian masih akan Ada..dalam bentuk yg berlainan. Setiap orang akan tetap diuji oleh Allah. Jadi banyakkan bergantung kepada Allah..insyaallah semuanya akan jadi OK.
Salam sis,
Memang sampai kiamat ke sis nak laser fokus ke suami, sis tak penat ke jadikan suami sis sebagai dunia sis. Sis tak letih ke hari hari bercakap pasal suami dari start bangun tido sampai nak tidur. Dari confession sis, sis kata letih, tapi dari perlakuan sis dalam confession tak ada lelah pun, sentiasa bersemangat nak ambil tahu pasal suami, jadi punca suami menjauh dan abai sis.
Sis, sis tak kesian ke kat diri sis, diri sis perlukan penjagaan dari segi mental dan fizikal, tapi sis sibuk dengan mental dan fizikal suami, diri sis perlukan air yang cukup untuk kulit yang gebu gebas, tapi sis tak buat, hari hari buang masa fikir suami, badan sis perlu makanan sehat dan exercise, tapi sis tak buat, asyik fokus ke suami, kewangan sis perlu ditambah baik, sis tak buat, dok terngiang hal suami. Muka sis nakkan mekap versi Fazura supaya tampak lebih manis, sis tak buat, 24 jam duk terbayang suami, tubuh sis perlu emas 916 model terbaru, tapi sis tak menabung, kerja sis hanya meratap suami. Body sis perlukan pakaian yang cerah dan ceria, tapi sis tak buat, hobi hanya menangis untuk suami. Rambut sis perlukan rawatan salon, sis tak buat, kerja sis pening memikirkan suami. Dia sis tak terurus kerana terlalu sibuk urus suami.
Sampai bila sis nak fokus ke suami, apa manfaat sis dapat fokus ke suami, tak merubah apa apa sis, 100 tahun tetap gitu, hanya membuang masa dan tenaga sis, terlalu lama sis mengabaikan diri sendiri, bila kali terakhir sis pakai mask muka, bila kali terakhir sis minum air detox, bila kali terakhir sis pergi salon rambut. Bila kali terakhir sis exercise, 10 tahun lepas ke sis. What a waste of time to focus on someone but yourself. Diri sis perlukan sis, setiap hari dia menjerit nak perhatian sis. Biar orang nak kata amboi dah selfish sekarang, amboi bajet anak dara bagai, sis, ini dunia sis, sis kena jaga. Bila sis abaikan, apa sis dapat, hancur lebur diri sis. Sis tak hilang suami sis, dia ada jer kat situ, tak kemana dia, sis sebenarnya hilang diri sendiri. Balik sis, balik.
Tutup salam.
aku suka lah ultraman taro ni! bijak betul otak dia bg nasihat
samaaa!!! semua komen dia saya baca. bernas betul, ayat yang tak down kan sesiapa. kaunselor ke apa dia ni.
1. Banyakkan rasa syukur sbb terlalu byk nikmat yg Allah bagi kpd puan sekeluarga. Lagipun, suami puan masih syg dan mahu pertahankan rumahtangga despite of situasi yg puan ceritakan tu.
2. Sesetengah org bila ada duit lebih, mulalah spend ke perkara takde faedah. Cubalah salurkan duit tu ke tempat yg Allah suka. Pahala pun dapat. Apakata, puan mintak nafkah lebih supaya suami tak mampu nak spend ke benda maksiat.
3. Cerai bukan option terbaik utk situasi ini. Malah, penceraian boleh burukkan kondisi semua pihak. Saya doakan puan mampu bertahan.
4. Suami dah kantoi byk kali, so instead of tunggu peluang utk korek kes kantoi yg seterusnya, apakata tukar cara puan berdepan dgn perkara ni. Puan juga perlu faham, org yg cenderung mengulangi dosa ni sebenarnya mereka pun struggle nak berhenti. Mujur juga suami puan cuba cope dan redirect energy dia dgn menjaga solat jemaah di masjid. Jahat macam mana sekalipun, jangan tinggal solat. Mudah-mudahan dgn cara tu Allah bantu dia berhenti buat benda tak elok. Next time bila dia nak keluar malam, insist bagitau nak ikut.
5. Memandangkan suami puan ada effort utk baiki diri, berilah masa padanya. Apakata, dgn rasa penuh kasih sayang yg tulen, bantulah dia dalam transisi utk berubah. Kasihani dia, maafkan dia. Support dia dgn doa yg baik-baik hingga dia temui jalan yg lurus dan diberi kekuatan utk tinggalkan semua perbuatannya yg tak elok. Bermonolog yg baik-baik. Create moment yg indah, cuba jadi lebih sweet drpd biasa. Nafkah lebih yg puan mintak tu buat pergi spa cantikkan diri puan, jadi lebih seksi di mata suami. Mana tahu, akhirnya jadi win-win situation utk semua.
Sis ade kerjaya tp xde duit. Jd sis mulakan dgn mengurus kewangan sis. Biar ade simpanan. Jgn keluarkan 1 sen pom duit gaji sis tok rumahtangga sis. Biasa laki ni dia sng tu naik tanduk. Seterusnya, upgrade diri sis. Cuba make up bt facial. Dan kalau boleh pastikan guna duit suami sis. Pastu bwk la diri tu me time. Tinggal anak2 biar laki sis jaga. Gi la cuti mana2… 3 hr 2 mlm pom dah ok.
Aku dulu mcm tu gak sibuk amik tau hal laki kat luar, lepas tu bapak aku pesan laki ko masa dia dlm rumah je kat luar bukan laki ko.. so aku start enjoy diri aku ngan anak2 janji monthly nafkah aku tak culas. Laki ku plak mmg aku x amik tau lansung hal dia kat luar. Ko spy mcmana pon laki akal panjang ada je idea dia nk curang. Aku pilih stay lantak ngko la bang aku ada hidup aku gak takde pasal nak puja ko 24/7
Sis..Saya pernah Rasa apa sis Rasa..cuma sis punye lg berat..
Masa tu…
Tau tak apa Saya buat..
Saya solat sunat taubat tahajud.dhuha.saya Cuba tak tinggal .
Pastu Saya cakap Kat Allah..Saya tak nak Jadi bodoh…kurniakan Saya semangat..ketenangan..dan kehidupan yg berkah.
Saya tgk Anak2 Saya.kesian anak2 Aku .dpt mak yg makin berisi dan comel haha.pastu otak Saya nakal sikit…nak buat suami Saya jealous.. hahaha..tp bukan cara Haram tau…tarik de Cara halus..hahaha..Saya cantik kn diri Saya ..Saya gembirakan hati Saya..walaupun tgh bernanah..
Pegi spa..beli brg2 utk cantik kn kulit dan badan..tak payah mahal2..gembirakan hati..tapi jgn gopoh..niat buat utk diri sendiri je dulu sis..masa tu Makan minum de Saya jaga dgn lebih baik ..tp apepun Saya buat..Saya niat kerana Allah..lama3 Saya enjoy sendiri.. membaca benda2 positif..jgn terlalu baca Benda2 negatif…bile free …dgr mn2 ceramah yg kite suke sambil potong bawang..baring2….bile dtg ‘resah’ atau ‘igt ape de buat’ cepat2 Saya cakap..Ya Allah Aku serah pada mu…hatiku milik mu Allah…kurangkan lah pengharapanku pada manusia gantikan lah ia dengan ganjaran yang lebih besar!
Percaya tak..Sampai skrg kahwin dkt 20thn Saya Masih buat..Salah Satu yg Saya perasan dulu..Saya terlalu mengagungkan suami..mungkin Allah marah..sebab Allah menyayangi Kita lebih dari yang lain🥲
Sis..U bukan keseorangan tau!
In Sha Allah…yakin Allah dengan U…tapi jangan Sampai pandang rendah pada suami…jangan terlalu menghukum..biarla Allah yang tentukan…
Suami tu serah pada Allah perlahan lahan…serah tu means dia belakang or depan kite..dia Salah ke betul ke..serah pada Allah ..
Keje sis..fokus balik pada yang paling sayang pada sis..iaitu Allah🤍
Kedua keje sis…gembirakan hati sis…percaya Allah akan gembirakan sis..bile sis sayang balik pada diri sis ok🎀
Owh..Saya percaya buat suami Saya jealous masa tu🤣tak sangka,.hahaha dan Allah kurniakan keyakinan pada diri yg Saya tak sangka Saya mampu🥲…dan Saya doa sekiranya jodoh ini Masih ada keberkatan…panjangkan hingga ke Jannah..Amin🤲
Sis dah jgn sedih2..kuatkan semangat ok🙌🤍
Salah sesama manusia ni, kalau dicari mmg akan jumpa. Utk tenang, why not stop stalking hp org? Biarpun ‘org’ tu laki sis sendri. Let him free. Kita takkan boleh ubah org lain tp kita boleh ubah diri kita. Let yourself a bit loose sis. I’ve been in your shoes. Betul, percaya tu dh berkurang. But I decided to stop seeking for the fault. Umur kita ni pendek je sis. Penat la hari2 nak curiga kat org lain. Byk masa terguna ditempat yg tak betul. Energy habis utk overthinking je. Tarik nafas, hembus. Go for whatever you think best for you both. Sy doakan semua yg baik2 je utk sis. Amin.