Ujian Kewangan

Hai semua. Aku Mawar. Berusia awal 30-an dari selatan tanah air.

Dikurniakan sepasang anak comel sorang lelaki dan sorang perempuan.

Lengkap keluarga kecil aku.

Suami aku seorang yang sangat caring pada keluarga.

(Maaf kalau penceritaan aku berterabur, aku betul-betul kusut sekarang)

Dari awal kahwin, sampai sekarang kami buat bisnes. Aku kahwin umur 25.

Pada mulanya, bisnes kami alhamdulillah dapat sambutan yang menggalakkan.

Bermula pkp 2020, business kami jatuh teruk.

Bermacam cara kami cuba untuk naikkan business kami, tapi tiada hasil.

Akhirnya disebabkan business yang jatuh merudum, kami terpaksa menggunakan sedikit demi sedikit duit modal untuk keperluan hidup + spend untuk naikkan business.

Sehinggalah modal kami habis digunakan.

Macam mana aku nak restock barang sekarang dengan duit modal pun tak ada.

Sekarang duit yang kami ada cukup-cukup makan sahaja.

Dengan anak-anak yang tengah nak membesar.

Anak aku sampai merayu-rayu minta kfc.

Aku rasa aku ibu yang useless sekarang.

Bila aku bagitahu suami, nampaklah muka dia sedih.

Termenung suami aku.

Kami suami isteri habis berjimat, aku masak je lauk telur untuk anak-anak. Asal dorang kenyang.

Aku buntu.

Kami ada juga minta kerja, tapi masih tiada rezeki.

Suami aku ada jual makanan yang aku buat, seminggu tambah tolak dapat RM80-RM100. Kalau dapat RM100 minggu tu dikira banyak.

Dengan duit tu dapatlah beli pampers anak, sayur, ayam. Punya lah kami berjimat, ayam tu kadang-kadang tahan 3 minggu.

Dengan keadaan barang semua mahal, aku rasa nak nangis.

bil api, sewa rumah, berbulan tak bayar.

Nasib baik tuan rumah ni baik dan faham.

Mertua ada juga tolong, tapi ipar campur tangan. Katanya jangan menyusahkan mertua.

Sepanjang masa aku minta dengan Allah, bukakan pintu rezeki buat kami.

Aku yakin akan tiba masa kami dapat keluar dari masalah kewangan ni, cuma sekarang aku betul-betul down.pernah juga aku kena anxiety disebabkan masalah ni.

Korang pernah tak alami keadaan aku?

Apa yang korang buat? Boleh share dengan aku tak @ ada apa-apa tips tak?

Korang tolong doakan kami. Moga Allah bukakan pintu rezeki untuk kami seluas-luasnya.

Dan tolong jangan kecam aku, emosi aku tengah down teruk sangat ni.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *