Perjalanan rumahtangga aku berliku sama seperti confession sahabat2 sebelum ini,
https://iiumc.com/hebatnya-
https://iiumc.com/hebatnya-
https://iiumc.com/kisah-aku-
Yang membezakan aku dengan confession di atas, suamiku telah disihir, di beri makan dan minum benda yang kotor, di beri minyak dagu;
Hanya semata-mata untuk merebut kebahagiaan dan meruntuhkan rumahtangga yang telah kami bina selama 15 tahun ini.
Cerita aku agak panjang, dan aku mahu kongsikan untuk menjadi teladan kepada pembaca2 sekalian.
Setiap isteri dianugerahkan Allah kelebihan untuk mengesan perubahan suami. Iyela dah duduk sebumbung bertahun lama.
Malah aku mengenali suami ku hampir 6 tahun sebelum kami diijabkabulkan. Jadi sedikit saja perubahan dia aku pasti perasan. Suami ku mulai berubah setelah aku melahirkan anak yang ke-3.
Suamiku sudah mula pandai bergaya, beli baju kameja kerja sendiri, seluar sendiri, kasut dan wangian sendiri. Berbanding sebelum ni, kami akan beli sama-sama. Rambut yang putih mula di warnakan hitam, menjaga badan dan keterampilan.
Bila aku suarakan perubahan itu, dia cuma katakan dia perlu berperwatakan kemas dan menarik sebab dia pengurus di tempat kerja. Lagipun baju lama semua dah lusuh. Aku termakan, namun jauh dalam hati aku rasa ada sesuatu.
Suami ku juga sudah jarang luangkan masa dengan kami. Kalau balik rumah selalu duduk dalam bilik, handphone dia juga dia sudah letakkan password.
Bile aku tanye, alasan nye supaya anak tak main handphone. Aku termakan lagi, tapi sangsi aku makin menggunung kerena bila aku minta password dia kata dia pakai thumbprint.
Suami ku juga balik kerja lambat setiap hari. Standard waktu pejabat habis jam 5.30PM. Namun jika aku menelefon jam 6PM ke atas, aku kerap dapat engage tone/ handphone suami akan dimatikan.
Suami ku akan tiba dirumah jam 11-12PM setiap hari. Lauk yang aku masak untuk makan malam bersama, suami tidak menjamah. Alasan nya sudah kenyang dan letih.
Lepas mandi, dia bergegas naik atas masuk bilik dan tutup pintu. Bukan sekali dua aku diperlakukan begini, berkali-kali.
Allah maha adil, Allah tunjukkan pada mahkluk kerdil ni. Kejadian yang pertama suami ku telah tersalah menghantar gambar bog** dia.
Ketika itu aku ditingkat bawah menguruskan anak-anak yang masih kecil (sulung 5 tahun, second 4 tahun dan bongsu 2 tahun), tiba-tiba aku terlihat whatsapp masuk bertalu di handphone aku.
Aku terkejut. Aku reply, terkantoi dia beri alasan untuk aku sebenarnya gambar2 itu. Tapi aku tak bodoh. Aku diam tak bersuara.
Kejadian kedua, aku kerap terjumpa kesan air man* di seluar dalam dan seluar track suami. Bila aku tanya kan, dia tetap beralasan, itu bukan air man*. Bertahun-tahun begitu. Tapi aku tak bodoh. Aku diam lagi.
Untuk pengetahuan semua, aku ni working housewife. Tugas aku sebaik celik sampai pejam mata uruskan anak-anak dan rumah, aku juga la yang menghantar dan mengambil mereka ke sekolah dan taska. Aku bergegas setiap hari mengejar masa.
Aku jadi letih kerana juggle urusan rumahtangga sendirian. Kadang-kadang aku menangis sendirian sebab aku tiada tempat mengadu. Suami ku makin menjauhi aku. Anak-anak juga diabaikan.
Duit aku banyak habis memenuhi keperluan anak dan sekolah. Sepanjang perkahwinan aku, suami tidak pernah memberikan duit ihsan. Suami ku juga selalu tidak cukup duit.
Sungguhpun aku dilayan buruk, aku tetap buka wallet suami dan memasukkan wang untuk suami. Memang suami tidak pernah meminta, tapi atas dasar ihsan aku berikan kerena aku khuatir dia tak cukup makan atau duit nak beli keperluannya.
Semua aku buat sebab aku sayang kan dia. Aku tak mahu dia susah. Aku tak mahu dia bermasam muka dengan aku, dan tidak endahkan aku. Tapi aku silap. Dia tetap begitu. Malah makin mengabaikan aku.
Jiwa aku tertekan, aku juga insan biasa,aku isteri yang perlukan belaian suami. Namun suami tiada di saat aku memerlukan dia.
Aku selalu akhiri dengan linangan air mata sebelum tidur. Aku selalu terjaga (aku tidur2 ayam) bila suami pulang. Tapi selalunya dia akan terus tidur, cuma sekali dua je sebulan mendatangi aku.
Itu pun fast forward. Suami ku sudah tidak mesra. Dia juga tidak selesa jika aku duduk/ baring di riba dia. Bila aku genggam tangan suami, suami ku tidak membalas. Dia kaku seperti patung.
Tidak bersuara. Suami ku juga tidak suka memandang wajah aku lagi. Dia seakan membenci aku. Dia tak berbicara seperti dulu.
Bila hujung minggu, suami banyak habiskan masa duduk dalam bilik. Bila di tingkat bawah, perhatian dia hanya pada anak-anak. Aku seperti tiada di situ. Aku banyak makan hati.
Ada 1 hari, kereta aku buat hal, maka aku memohon nak pinjam kereta suami nak hantar anak ke sekolah sebab dah lewat. Suami ku memang culas bab solat. Dia selalu bangun lewat, masuk kerja lewat.
Iyela, balik lewat setiap malam dan penat ber’aktiviti’, masakan boleh bangun awal. Tapi pagi itu, suami ku bergegas bangun dan terus kemas kereta. Buang segala barang bukti dalam kereta.
Aku sedar dan aku nampak semua tu. Allah tunjukkan pada ku.Tapi aku tetap berdiam. Aku sendiri pun tak mengerti kenapa aku diam.
Suami pernah memarahi dan menjegilkan mata dia saat aku rampas handphone dia. Dia begitu marah pada aku sebab aku jumpa surat cinta dalam wallet dia. Bukan aku mencari bukti, tapi Allah lorongkan semua pada aku.
Bertahun-tahun aku jalani kehidupan sendiri. Suka duka aku, hanya anak-anak yang tahu. Mereka tempat aku mengadu walaupun mereka sendiri tak tahu aku butir bicara aku. Bila aku menangis, mereka akan datang dan duduk, berbaring di riba aku.
Dalam solat aku berdoa pada Allah, beban di jiwa aku sangat berat dan aku tak dah mampu untuk menanggung lagi. Aku buntu.
Allah tu maha mendengar, maha mengetahui, maha berkuasa. Dia mendengar rintihan mahluk kerdil ini. Tunjukkan lah pada aku Ya Allah.. kebenarannya. Dan ini lah yang aku tunggu selama bertahun-tahun lama nya.
Aku masih ingat, tanggal 20 March, Allah gerakkan hati aku untuk membuka beg laptop suami. Aku jumpa hadiah. Jam tangan. Tapi bukan untuk aku…untuk siapa?
Allah juga gerakkan hati aku untuk buka IG suami, dan disitu aku terus teringat perempuan ini, suami ku pernah berdalih tentang dia. Aku nama kan dia Saly. Saly antara orang yang pertama suka like dan comment setiap post2 suami aku.
Dia 1 pejabat dan 1 division dengan suami aku. Aku scroll tentang Saly, dan aku jumpa, tanggal 20 March adalah birthday dia.
Tepat sangkaan aku, selepas suami aku pulang lewat malam, aku check beg laptop dia tiada lagi hadiah tu. Tapi aku masih tidak pasti adakah dia perosak rumahtangga aku.
Allah ada dengan hambaNya yang teraniaya. Allah tunjukkan lagi, tanggal 22 March, suamiku bergegas bersiap ke tempat kerja.
Aku cuma menanyakan tentang baju yang dipakai, suami jadi berang dan terus memarahi aku. Itulah kali pertama suami menengking aku hanya kerana baju.
Aku ingat lagi air muka dia yang bengis dan tersangat benci pada aku. Aku memeluk suami dan bertanya, tiadakah sayang lagi pada ku?
Suami ku menolak keras aku ketepi dan dia kata, “aku benci kau” berulang kali. Luluh hati aku. Sakit nya Allah saja yang tahu. Apa salah aku smpai begitu skali. Terus aku teringatkan perempuan tu. Aku nekad hari itu untuk mencari jawapan.
Allah ada dengan aku, Allah pandu dan memudahkan setiap langkah ku. Aku intip suami di tempat kerja, aku nampak semua nya.
Patut lah selama ni handphone dia dimatikan. Patutlah dia balik lewat setiap malam, hari-hari jadi supir Saly. Patut lah dia tak cukup duit bulan-bulan sebab berhabis untuk Saly.
Patutlah aku diabaikan sebab ada Saly. Dalam kesedihan Allah hadirkan insan baik membantu aku. Dia mengerti lalu dia nasihatkan aku untuk berjumpa ustaz. Dia terlalu mengerti tanpa aku perlu berkata apa-apa, kerena dia juga mengalami nasib yang sama.
Malam itu aku nekad berjumpa ustaz. Aku tidak perlu berkata apa-apa, dengan berikan nama saja ustaz da tahu semuanya.
Ustaz memberitahu, jiwa suami ku sudah kosong, dia benci pada aku sebab dia terkena buatan orang. Dan orang itu mahukan duit dia. Maka suami ku diberi makanan dan minuman untuk dijadikan khadam iblis. Ustaz jugalah membantu aku malam itu.
Usai urusan, aku pulang kerumah, suami dan anak-anak sudah tidur. Sekali lagi Allah lorongkan dan mudahkan urusan aku untuk mendapatkan bukti kukuh.
Aku boleh membuka handphone suami yang selama ini dia sorokkan dari aku. Mengucap panjang aku melihat semua bukti2 yang ada.
Segala perbuatan terkutuk, video-video dan gambar-gambar di IG mereka (private IG, hanya suami dan Saly je tahu) aku lihat satu persatu. Hotel, makan mewah, wayang, hadiah-hadiah mahal, berjimba disana sini, semua aku lihat satu persatu.
Air mata mengalir deras, hati aku hancur sehancur-hancurnya. Semua itu milik aku dan anak-anak, tapi kami di abaikan.
Apa salah dan dosa aku sehingga suami sanggup menduakan aku. Kenapa kejam dan hitam hati Saly menghancurkan rumahtangga aku. Apa dosa aku pada dia.
Aku simpan semua bukti yang ada. Malam itu aku bersujud pada Allah kerena membantu aku mendapatkan jawapan yang aku tunggu selama ini.
5 tahun aku menanti, dan terjawap malam itu. Aku menangis semahu-mahunya. Pada Allah aku serahkan segala urusan ku selepas ini.
Suami tidak tahu yang aku sudah mengetahui semuanya. Suami tetap melayan aku sama. Aku mengajak dia untuk berbincang, tapi dia tidak mahu, dia seboleh menolak untuk berdua dengan aku.
Aku perlukan ruang untuk berbicara, jauh dari anak-anak. Dan malam tu aku tunjukkan semua bukti-bukti yang aku ada. Dia terdiam. Dia tanya mana aku dapat semua nya.
Jawapan aku… Allah dapatkan untuk aku. Muka dia berubah. Tapi dia pelik sebab aku tidak menengking memaki hamun dia.
Malah aku masih mengekalkan intonasi aku. Aku juga tunjukkan bukti yang ustaz berikan pada aku. Dia terdiam lagi. Lama. Aku hanya melihat, air mata aku mula mengalir. Baru la dia tahu selama ini dia diperbodoh dan dipergunakan.
Dia jauh dari Allah, dia termakan hasutan iblis dan berkali-kali melakukan dosa besar. Dia kelihatan menyesal. Dia tunduk tak bersuara. Mungkin tembelang dah pecah. Aku tanya, kenapa sanggup bersekedudukan dengan isteri orang.
Saly tu isteri orang, dah ada anak-anak. Suami tetap berdiam. Aku katakan aku terima dia sebab aku tahu dia terkena buatan orang dan aku sanggup memapah dia kembali ke jalan yang lurus jika itu yang dia mahukan. Malam itu dia nekad buang Saly dalam hidup dia.
Rahsia kecurangan suami masih kekal semat dalam dada aku, itu panduan aku selepas ini dan masa akan datang. Aku bukan lemah, aku mampu melakukan perubahan jika aku mahukan.
Aku yakin pada Allah, dan setiap ujian yang di datangkan bukan untuk suami, tapi untuk aku. Untuk aku mencari dan membentuk diri aku yang selama ini hilang.
Rahmat yang paling besar Allah berikan pada aku, aku jumpa siapa diri aku yang sebenar, aku jumpa kekuatan aku, dan aku mengakui Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Jangan putus berdoa. Allah mendengar rintihan hambaNya dan akan membantu hamba yang teraniaya dan dizalimi.
Untuk Saly, aku tidak membongkar rahsia kau bukan sebab aku tidak mampu. Aku mampu lakukannya. Aku mampu buat kau terduduk mungkin bunuh diri dek kerana menanggung malu. Tapi aku insan yang ingat pada Allah.Ingat pada hari akhirat dan hari pembalasan.
Aku serahkan urusan itu pada Allah. Tinggalkan amalan syirik dan kembali pada ajaran Allah.
Meruntuhkan rumahtangga orang itu berdosa besar, apatah lagi mengganggu keharmonian rumahtangga orang. Sayangilah keluarga kau. Kau ada suami dan ada anak perempuan. Karma itu wujud. What goes around comes around.
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit