Ujian Kita Tak Sama

Assalamulaikum semua pembaca. Untuk pengenalan aku Zara, bukan nama sebenar. Berusia awal 30-an dan telah berkahwin dah menjangkau tahun ke- 7.

Kami pasangan suami isteri berasal dari pantai timur. Jarak rumah mak aku dan rumah mertua 10minit driving jer. Aku dan suami bekerja di sektor awam. Aku bekerja C41 dan suami UD43.

Alhamdulillah pendapatan isi rumah kami boleh dikatakan stabil tapi bukanlah termasuk golongan berada.

Aku dikurniakan suami yang sangat baik dan cukup sempurna di mata aku.

Disebabkan kami dua-dua bekerja jadi untuk pengurusan rumah tangga kami sentiasa uruskan bersama. Rutin pagi selepas subuh berjemaah kami akan sama-sama bersiap ke tempat kerja.

Aku bukan jenis morning person. Kiranya pagi-pagi tak cukup function. Jadi di waktu pagi kebanyakan urusan rumah diuruskan oleh suami.

Suami yang akan sediakan minum pagi sebagai breakfast, jemur kain, buang sampah dan kalau perlu termasuk siram pokok tanaman aku.

Tempat kerja kami sehaluan dan jarak office aku dan hospital dia hanya 5 minit driving. Jadi kami ke tempat kerja satu kereta jer. Balik kerja sama-sama dan sampai rumah kami sempat asar berjemaah juga.

Aku akan prepare untuk masak makan malam dan suami akan kutip semua baju dan cuci.

Waktu aku tengah masak biasanya tu lah waktu suami layan netflix atau games. Dah siap masak kami having dinner together. Dan tugas mencuci pinggan mangkuk semua suami yang uruskan.

Rutin macam ni sejak dari awal kahwin sehingga sekarang. Copp!! Aku tak selalunya juga memasak. Kalau tak penat, masaklah dan kalau penat kami dinner kat luar jer. Senang dua-dua happy kan.

Kami kebiasaannya maghrib isyak berjemaah sama2. Mengaji bersama. Dan biasanya malam adalah masa untuk rehat. Layan netflix sama-sama. Atau kami enjoying our gaming together.

Kalau weekend kami midnight movie di cinema. Shopping groceries sama-sama. Kemas rumah sama-sama. Hampir semua aktiviti kami buat sama-sama. Dah itu tujuannya berkahwin. Seronok kan bunyinyaa.. itulah kehidupan kami.

Setiap tahun kami merancang percutian bersama untuk quality time together samaada di dalam negara atau di luar negara. Kerjaya suami aku memaksa dia untuk oncall minimum 6 kali sebulan. Jadi agak sibuk juga.

Jadi percutian sebegini merupakan satu boosting factor untuk terus kekal sejahtera mental dan fizikal kami berdua.

Berbalik kepada tajuk aku ‘Ujian kita tak sama’. Alhamdulillah kami dikelilingi ahli keluarga yang baik dan rapat. Kami direzekikan kerja yang mungkin menjadi impian orang lain. Kami direzekikan rumah yang selesa.

Oh ya kami dah beli rumah sejak tahun 2021. Kami direzekikan kereta yang selesa. Bukan satu tapi dua. Kami direzekikan rahmah dan mawaddah dalam perkahwinan.

Dan tahun lepas yang aku kira nikmat terbesar kami adalah dapat menunaikan Umrah bersama-sama kedua-dua ibu bapa kami. Ya Allah menangis aku untuk nikmat yang satu ini.

Ada satu masa di petang yang barakah kami semua duduk berkumpul bersama di dataran Masjid Nabawi sama-sama mendengar tazkirah sambil memerhati Payung Masjid Nabawi sedang tertutup perlahan-lahan.

Aku pandang seorang demi seorang insan kesayangan aku ini. Bahagianya dalam hati.. Ya Allah nikmat ini tak tergambar. Macam ni ke nanti kita duduk sama-sama di taman syurga?…

Atas segala nikmat yang Allah dah bagi Allah hadirkan juga ujian. Ujian kami masih belum direzekikan cahaya mata. Mungkin ada rezeki kami di dunia atau mungkin juga tidak.

Secara medikalnya agak mustahil untuk kami memiliki zuriat sendiri. Tapi kalau Allah kata Kun Fa Ya Kun. Tiada yang mustahil kan. Tapi Nampak tak adil nya Tuhan.. Dia dah atur setiap satunya cukup sempurna.

Alhamdulillah untuk segala nikmat dan ujian. Nikmat orang lain mungkin miliki zuriat yang ramai soleh dan solehah kan. Itu rezeki kalian.

Coretan aku ini sebenarnya buat julung kalinya dan hanya untuk berkongsi..

Kadang-kadang apa yang Allah kurniakan kepada kita mungkin sedang dilangitkan doa kepada Allah oleh orang lain. Syukuri setiap nikmat dan hargai setiap perkara yang sedang kita hadapi.

Akhir kata salam sayang untuk semua pembaca dan doakan kami dikurniakan rezeki permata hati ye. Harap takdelah orang kenal aku eh.

– Zara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Benar sis
    Syukuri nikmat. Terlalu banyak nikmat, kurang satu jgn dibesar²kan.
    Saya pulak ada zuriat, kerja pun ada, suami yg baik , kesihatan baik tapi kami belum berkemampuan utk pergi Umrah. Masih menyimpan hasrat sbb keperluan pendidikan anak² diutamakan. Bila tahun depan 3 orang anak di IPT, agak ketat sikit belanjawan keluarga. Tapi saya takkan ubah apa yg saya ada.
    Syukuri semua, InsyaAllah baik² saja utk kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *