Ujian Paling Besar Dalam Pernikahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan.

Aku ada terbaca satu confession tentang suami isteri yang sudah berkahwin 5 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Siapa sangka aku juga termasuk dikalangan pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat selepas berkahwin.

Sebelum aku bercerita lebih jauh, aku perkenalkan diri aku sebagai Mia. Aku boleh dikatakan baru setahun jagung dalam perkahwinan kerana perkahwinan ku baru berinjak ke 2 tahun.

Perkahwinanku Alhamdulillah boleh ku katakan setakat ini manis-manis kerana masih di honeymoon phase serta suamiku juga sangat memahami dan sentiasa membantu dalam kerja-kerja rumah. Pergaduhan kecil biasalah ada berlaku tetapi sangat-sangat jarang berlaku.

Suamiku seorang yang sangat menyukai kanak2 dan kanak2 juga mudah mesra dengannya walaupun baru pertama kali berjumpa. Itulah keistimewaan dirinya yang aku pun tak tahu kenapa kanak2 mudah tertarik dengan dirinya. Disebabkan dirinya yang sangat menyukai kanak2, dia sangat ternanti2 untuk kami juga mempunyai anak.

Pada mulanya, dia seperti menyalahkan ku apabila setiap bulan haid ku datang. “Kenapa tak lekat lagi.” Itulah antara ayatnya. Aku mula ambil pendekatan dengan makan folic acid, selain itu juga aku membuat urin test untuk mengesan waktu ovulation ku, tetapi masih tiada yang lekat.

Aku menangis setiap kali haid ku datang. Suami ku setiap kali aku menangis kecewa, dia akan memujukku. Namun kadang2 aku terasa seperti dia menyalahkanku. Sampai satu tahap aku redha dengan diriku tidak mampu mengandung.

Aku mula menyibukkan diri dengan kerjaya kerana aku tidak mahu terlalu memikirkan hal zuriat. Bagiku, Allah sudah tetapkan setiap umatNya dengan rezeki masing-masing. Ada anak pun tidak semestinya mampu menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan.

Aku percaya belum rezekiku kerana Allah akan mengurniakan anak disaat aku sudah bersedia atau mungkin saat ini aku masih belum mampu menjadi ibu yang baik pada bakal anakku.

Keluarga ku tidak banyak bertanya mengenai hal zuriat mungkin takut mengecilkan hatiku. Beberapa bulan menikah ada juga aku meluahkan perasaan kepada ibuku mengenai diriku yang masih belum mengandung dan meminta ibuku sentiasa mendoakanku.

Tetapi hal berlainan dengan keluarga mertuaku yang seringkali bercerita hal zuriat memandangkan mertuaku hanya ada seorang cucu berbanding ibu bapaku yang sudah mempunyai 8 orang cucu.

Menginjak setahun perkahwinan, aku dan suami mula mengambil inisiatif dengan berjumpa doktor pakar di hospital kerajaan di samping berurut dengan bidan yang diperakui. Kerana kami pergi ke hospital kerajaan, kami perlu menunggu giliran yang lama.

Di saat ini, aku sangat berkecil hati dengan ibu mertuaku. Kedudukan rumah ku boleh dikatakan berdekatan dengan kedua-dua belah keluarga.

Jadinya, kami selalu pulang ke rumah mertuaku dalam 2 minggu sekali. Setiap kali ada kenduri di kampung seperti majlis aqiqah anak sepupu suamiku, aku akan pulang turut membantu keluarga mertuaku.

Last time kenduri aqiqah sepupu suamiku di kampung, aku turut membantu rewang. Ketika rewang, di depan ku sendiri ibu mertuaku mebanding-bandingkan diriku dengan birasku (abang suami ku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang juga merupakan cucu pertama) ketika berbual dengan kawannya. Aku berasa sangat berkecil hati.

Sebelum ini hanya pertanyaan daripada ahli keluarga (ibu bapa saudara) suamiku, dan aku hanya berkata “InsyaAllah adalah tu rezeki nanti.” Aku tidak simpan di hati. Tetapi apabila dibandingkan oleh mak mertuaku sendiri di depan kawan-kawannya, aku berasa sangat sedih.

Aku juga ada air muka untuk dijaga. Aku bukannya objek yang tiada hati dan perasaan. Aku meluahkan kepada suamiku, dia jua terkedu tak tahu apa nak diperkatakan. Aku dan suami mula kurang balik ke sana daripada 2 minggu sekali, jadi sebulan sekali.

Kadang-kadang aku tak paham, kenapa anak dijadikan ukuran dalam sesebuah perkahwinan itu? Memang kerja seorang isteri untuk melahirkan anak ke? Aku dipandang serong hanya kerana rezeki kami masih belum ada. Tetapi kenapa seperti perempuan sahaja yang dipersalahkan? Seperti semua tanggungjawab terletak dibahu perempuan.

Sampai sini sahaja luahan hati aku. Next time kalau aku masih bernyawa, akan aku ceritakan sambungannya apa yang terjadi.

– Mia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *