Ujian Penantian Buat Si Single

Assalamualaikum nama samaran ku Nia, aku single dan bujang berusia awal 30-an. Sedikit latar belakang aku, aku berkelulusan degree dan sudah bekerja tetap dengan gred 19.

Mengenai jodoh mungkin yang sudah berpunya atau yang tak pernah menunggu, cerita macam ni mungkin membosankan bagi anda.

Tapi tidak pernah bosan bagi yang sedang struggle menunggu kedatangan jodoh. Ayuh mulakan.

Ok ceritanya begini, aku ni seorang yang pemalu dan tidak pernah bercinta mahupun berkawan dengan lelaki.

Dan aku sangat berpegang pada prinsip NO COUPLE sebelum habis belajar. Lagipun couple haram dalam islam sebab banyak mendekatkan kepada zina,mata dan hati.

Prinsip ni aku pegang sejak dari sekolah menengah lagi sampai ke Uni. Jadi bila ade kawan lelaki kat sekolah dan kat Uni menunjukkan minat kat aku memang awal-awal aku terus reject.

Alhamdulillah semua yang di reject tu ternyata bukan lah jodoh aku sebab tu Allah tak bukakan hati aku untuk mereka. Takut bila terima kecewa yang dapat sebab tu Allah jauhkan.

Mencari pasangan hidup memang tiada dalam matlamat hidupku di usia 20an sebab matlamat aku hanya nak habiskan study dan mengejar kerjaya.

Di alam pekerjaan pulak 5 tahun aku kerja di company swasta. Dan semua ex-officemate majoriti perempuan cina dan lelaki Cina.

Dengan lelaki Cina aku tak malu nak berurusan tetapi dengan lelaki melayu memang aku tak boleh nak go. Entah la labu. Syukur dan mujur jugak la sebab dekat tempat kerja lama aku tu tak ade lelaki melayu.

Hari-hari yang berlalu fokus aku memang kerja sahaja. Pergi dan balik kerja memang tak jumpa sesiapa.

Bila masuk kat tempat kerja baru yang sekarang, kerja tak sampai 4 bulan dah ade rakan sekerja menyatakan hasrat nak berkenalan dengan lebih mendalam. Lagi sekali aku reject.

Bukan ape sebab aku dah anggap dia macam ayah sebab nak sebaya dengan mak aku. Tapi dia memang bujang la tak pernah kawin.

Ade jugak bff aku rekemen kawan suami dia untuk aku (bukan aku mintak), tapi macam biasa la aku tak berminat.

Buat ape kita nak melayan kalau kita tiada hati kan. Nanti kesian orang tu dipermainkan. Jadi lebih baik aku elak.

Akhirnya, setelah matlamat yang aku tercapai baru la perasaan ingin berkahwin tu perlahan-lahan datang sekarang ni.

Tapi aku ada sedikit masalah iaitu aku suka pendam rasa suka kat someone dalam diam. Dan aku berharap sangat orang yang aku suka tu berjodohan.

Aku hanya mampu beroda saja setiap kali lepas solat. Tapi memang mustahil bagi aku sebab ‘dia’ pun tak kenal aku dan kami pun tak pernah jumpa.

Mungkin disebabkan aku dah simpan satu nama ni kat hati sebab tu susah aku nak terima orang lain.

Aku pun pening tak tau kenapa aku jadi gini. Hanya nak kawin dengan orang yang aku dah simpan dalam hati tapi orang tu tak pernah tau pun aku ade hati dengan dia.

Jadi, aku diibaratkan seperti menunggu bulan jatuh keriba.

Aku ada jugak buat solat istiqarah, lama-lama perasaan gini slow2 menghilang. Sekarang macam biasa la perasaan gini datang balik dengan orang lain pulak.

Jadi lagi sekali aku hanya mampu menunggu sampai kesudah. Adudu begini lah ujian dan nasib orang single.

Mungkin ini lah salah satu penyebab kenapa aku tak jumpa jodoh sampai sekarang. Dan mungkin jugak pintu hati aku belom terbukak sepenuhnya. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Aku nak sangat-sangat baca nasihat dan pendapat daripada kawan-kawan semua. Mungkin ade benda yang boleh aku ubah dan perbaiki dengan permasalahan aku ni.

Segala nasihat dan komen yang baik aku sangat hargai. Terima kasih.

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *