Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum apa2, saya mohon maaf jika ada kesilapan saya dalam menaip. Saya tak berapa pandai sangat menaip luahan, tapi saya cuba.
Saya terpanggil untuk meluahkan hal ini disebabkan baru2 ni viral kisah seorang suami menceraikan isterinya kerana disihir nenek tua berbangsa indonesia. Semoga luahan ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Hal yang hampir sama terjadi pada kawan saya. Sudah bertahun lamanya saya terputus hubungan dengan ex roommate zaman kolej dahulu, kami memang akrab walaupun setelah grad masih berhubung tapi terputus hubungan setelah dia berkahwin. Sekadar friend di fb sahaja.
Alhamdulillah rezeki beberapa bulan lepas terserempak dengan dia. Masa tu saya singgah melawat anak saudara saya yang belajar di sebuah mahad tahfiz di pantai timur, saya menetap di utara manakala kawan saya setahu saya dia tinggal di selatan tanah air.
Tak pernah terfikir akan bertemu dia, mesti ada sebab Allah aturkan pertemuan itu. Saya kesana disebabkan melancong sudah alang2 ada di sana, kakak saya ada kirim barang untuk anaknya jadi saya mengambil kesempatan itu untuk melawat anak saudara kesayangan.
Maahad itu selain ada pelajar2, juga terdapat pondok2 yang didiami oleh warga emas bahasa mudah perkampungan islam. Pada hari tertentu ada pengajian kitab yang dibuka untuk orang awam.
Pada hari tersebut selain dibanjiri kedatangan orang awam, juga terdapat gerai2 jualan dah seperti pasar pagi pula yang memeriahkan lagi.
Suasananya sangat nyaman dan tenang sahaja di sana. Pada hari tersebutlah saya mengambil kesempatan bertemu anak saudara saya.
Namun sangat terkejut dengan kehadiran kawan saya yang tiba2 datang dari belakang menegur sapa. Menitis air mata bila bertemu dia, saya hampir tidak mengenalinya.
Kelihatannya rupa parasnya begitu berubah sudah tidak secantik dulu, wajahnya kelihatan agak tua dari usia, sedangkan usia kami barulah menjengah 30an. Namun syukur saya masih kenal suaranya, suara inilah yang setia mengejut saya bangun subuh zaman belajar dulu.
Kami sempat berbual sebentar, kerana dia kelihatan terkejar2 akibat pengajian kitab seterusnya bakal bermula. Dia tidak keseorangan, ternyata dia bersama ibunya yang agak uzur yang bergerak menggunakan wheelchair.
Setahu saya ibunya tidaklah setua ini tapi entahlah, saya sempat menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibunya namun ibunya meminta maaf, tangannya disorokkan di dalam tudung yang labuh,
Apabila dikeluarkan kelihatan begitu menakutkan sekali tangannya, seperti banyak ditumbuhi bisul2 kelihatan merah2 dan agak lembab.
Jadi saya hanya menundukkan kepala dan senyum kepadanya. Melihat ibunya tersenyum kembali sudah membuatkan saya gembira. Lalu saya dan kawan saya sempat menukar no tel sebelum dia beredar.
Pada malam hari dia mula menghubungi saya, banyak yang kami bualkan tambah2 throwback kenangan zaman belajar. Saya tidak bertanya pun tentang keberadaannya di situ dan kejadian aneh tentang ibunya serta perubahan rupa parasnya.
Maaf terlambat maklumkan, nama kawan saya sarah. 3 hari saya di pantai timur, sebenarnya saya menginginkan pertemuan dengan dia namun dia kelihatannya seperti tidak bersedia, lalu saya pulang ke utara dengan sedikit kehampaan. Syukur setelah itu, dia begitu kerap menghubungi saya.
Setelah seminggu hubungan kami kembali akrab, saya senang melihat status wasap dia. Pada satu malam dia menghubungi saya, lama juga kami berbual.
Untuk makluman, saya belum ada rezeki untuk berumah tangga, masih dalam pencarian walaupun di usia senja. Berbalik pada cerita, ketika berbual dengannya, dia pun membuka cerita.
Keluarganya menjadi huru hara akibat disihir oleh jiran yang berbangsa indonesia.
Setahu saya, dia anak orang berada dan dia juga kelihatan islamik juga sebab zaman belajar dia bertudung walaupun tidaklah selabuh ustazah tapi dia berpakaian longgar dan bertoskin senang cakap berpakaian menutup aurat dan bersopan santun.
Dia memang cantik, kurus, berkulit putih kemerahan tidaklah terlampau tinggi serta memiliki daya tarikan yang tersendiri selain pintar dan petah berkata2.
Sebelum terputus hubungan dengannya, dia seorang yang berkerjaya dan sudah memiliki aset seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin, sudahlah pintar pandai bergaya lagi. Pakej lengkap. Namun sekarang semuanya sudah berubah.
Kejadian bermula 3 @ 4 tahun lepas. Jirannya itu berkahwin dengan mualaf berbangsa cina namun masih kaki botol dan suka memukul.
Awal2 masa mereka baru menyewa di sebelah rumahnya, mereka mengekalkan hubungan yang baik. Ia mungkin bermula dengan makanan yang dihantar oleh wanita indonesia itu, biasalah bila jiran sesama jiran saling menghantar makanan. Dan perlahan2 keluarganya berpecah belah.
Bermula dengan ayahnya yang tiba2 suka memukul ibunya. Seterusnya ibunya mula sakit2, perlahan2 hilang seri wajahnya, badan mula ditumbuhi bisul2 serta nanah2 dan seterusnya, sudah tidak mampu berdiri dengan baik. Sarah hanya 2 beradik sahaja, dia mempunyai seorang adik perempuan.
Lebih mengejutkan adik perempuannya meninggal disebabkan tidak tahan menanggung azabnya sihir itu sebelum beberapa bulan bakal mendirikan rumah tangga.
Sarah pula sudah berpisah dengan suaminya, setelah berpisah sarah dapati bekas suaminya kini menghidap skizo dan sering ditahan di hospital pada hal sebelum ini bekas suaminya sihat2 sahaja.
Dan sarah pula menceritakan yang dia pernah keguguran, selain wajahnya tiba2 kelihatan hilang serinya serta sering sakit2 yang tidak diketahui puncanya. Akibat itu, dia mengambil tindakkan berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang tidak mampu bergerak seperti biasa.
Setelah setahun, ayahnya pula menceraikan ibunya. Ibunya seorang pensyarah di giat mara dan akibat sihir itu juga ibunya bersara awal.
Dan ayahnya berkahwin dengan perempuan indo itu(tina). Sebelum ini tina berkahwin dengan seorang mualaf, yang juga kaki pukul, selain sewa rumah pun tidak dibayar apatah lagi memberi nafkah memang sentiasa culas.
Tina sanggup berpisah dengan suaminya dan membuat perbuatan terkutuk itu supaya boleh berkahwin dengan ayah sarah. Keluarga sarah kelihatan berada dan harmoni sangat sebelum ini.
Mungkin tina juga mendambakan kehidupan begitu. Namun tanpa dia sedar selama ini kekayaan keluarga sarah banyak datang dari ibunya.
Ayah sarah dahulu seorang buruh kilang biasa lalu diangkat menjadi leader. Ayahnya sudah 8 tahun bersara ketika berkahwin dengan tina.
Disebabkan ayahnya sudah bersara, jadi lebih banyak berada di rumah berbanding ibunya yang masih berkerja ketika itu, dari situ timbul bibit2 itu dari tina.
Hasil perkahwinan tina dengan mualaf itu, dia memiliki 3 orang anak, tina berkerja di kantin sebuah sekolah berdekatan. Sering kali kedengaran suara tina dan suaminya bertengkar, anak2nya pula jenis yang nakal.
Sarah menceritakan lagi tentang perangai ayahnya selama ini semenjak dia kecil, ayahnya tidaklah sebaik yang orang lain sangka, hanya di luar sahaja kelihatan baik, didikkan agama yang dia dan arwah adiknya perolehi semuanya dari didikkan ibunya, ayahnya bagaikan raja di rumah,
kerja rumah tidak pernah dibuat, sudahlah begitu tahu nak mensepahkan barang sahaja, setelah makan pinggan tidak dibasuh, b*rak tak flush, sampah buang merata2, sering marah2kan ibunya dan macam2 lagi lah yang sarah ceritakan.
Itu baru sahaja kelaku ayahnya sejak dia kecil, belum masuk tentang harta, rumah dan kereta hasil titik peluh ibunya, keperluan harian banyak bersumberkan dari ibunya, mujur motorsikal dibeli ayahnya sendiri.
Setelah disihir, ayahnya menjadi panas baran sehingga tahap memukul serta memaki ibunya. Syukur akhirnya ibunya diceraikan. Setelah urusan perceraian selesai, tina sudah tidak lagi tinggal di sebelah rumah.
Tak lama setelah itu juga, ayahnya memaklumkan kepadanya bahawa ayahnya akan berkahwin baru, alangkah terkejut, ibu tirinya merupakan bekas jirannya iaitu tina.
Setelah ayahnya berkahwin baru, ayahnya sudah tidak lagi berhubung dengannya. Pernah sarah dan arwah adiknya ke rumah baru ayah mereka. Ayahnya malah sudah tidak sudi untuk bertemu dengannya. Sehingga tahap bertembung di tepi jalan pun ayahnya sudah tidak lagi mengenali mereka.
Ayahnya seperti robot yang hanya mengikut arahan tina sahaja. Lebih menyedihkan lagi, di usia senja namun ayahnya terpaksa berkerja pula, setelah dirisik2 rupa2nya ayahnya berkerja sebagai tukang kebun di sekolah yang sama tina berkerja di kantin.
Setelah ayahnya bersara, ayahnya hanya bergantung pada duit epf tapi kebanyakkan keperluan harian hasil dari sarah dan adiknya setelah mereka berkerja.
Tapi duit epf ayahnya sekarang sudah habis disebabkan itu ayahnya terpaksa kembali berkerja untuk menyambung kehidupan malah terpaksa menyara anak2 tina, anak2 tina semuanya masih bersekolah rendah. Kata sarah, dia hanya boleh memandang ayahnya dari jauh sahaja walau serindu apa pun.
Jauh disudut hati sarah, dia merasa sedikit lega lelaki seperti ayahnya itu sudah tidak lagi ada dalam kehidupannya. Kerana dari kecil, ayahnya jarang menunjukkan contoh yang baik.
Tina pula tidaklah kelihatan begitu bahagia setelah merampas ayah mereka, mungkin disangka kehidupannya akan senang dan mewah, tanpa dia sedari selama ini kekayaan itu datang dari ibu sarah rupanya.
Khabarnya duit epf ayahnya diguna untuk membayar hutang ahlong yang dibuat bekas suami tina.
Disebabkan kejadian inilah membawa sarah dan ibunya berhijrah jauh dan keluar dari rumah mereka. Kata sarah rumah yang diami sejak kecil itu walau punya banyak kenangan namun terpaksa dilepaskan(dijual), kejadian mistik juga sering berlaku di dalam rumah akibat perbuatan tina.
Kini kata sarah sudah 2 tahun mereka tinggal di perkampungan islam itu. Di situ sarah berkerja sebagai guru akademik, dia akan mengajar pelajar yang akan mengambil spm setelah tamat menghafal 30 juzuk. Kata sarah, dia lebih tenang di sini.
Keadaan ibunya sudah ada perubahan, sebelum ini tidak mampu bertutur dengan baik alhamdulillah sekarang sudah boleh bertutur dan bergurau senda.
Kata sarah sudah banyak tempat mereka berubat sekarang mereka sudah temui perawat yang sesuai, disebabkan ustaz itu tinggal sekitar maahad tersebut, jadi mereka pun membuat keputusan untuk berhijrah dan menetap di situ.
Kata sarah, hasil ujian itu ternyata dia dan ibunya mampu mendalami ilmu agama sekarang terasa dekat dengan agama. Walaupun masih belum sembuh namun dengan nikmat dapat belajar agama pun sudah cukup membuatkannya bahagia.
Bohonglah jika sarah tidak kesal dengan perbuatan tina namun dia kelihatan ikhlas dan redha dengan ujian dari Allah ini.
Dari situ saya lihat memang benarlah ujian itu untuk mengangkat darjat manusia. Untuk tidak melupakan tanggungjawab kepada ayahnya, setiap bulan dia masih mengirim wang ke dalam akaun ayahnya.
Walaupun ibunya sakit namun ibunya kelihatan lebih bahagia berbanding dahulu, malah ibunya juga tidak berhasrat untuk rujuk jika sekiranya ayahnya sudah sembuh satu hari nanti dan ibunya juga mewasiatkan agar dia meninggal di maahad ini serta dikebumikan di dalam kariyah itu juga.
Begitulah cerita sarah. Berjam2 kami berbual ketika itu, semua ini membuatkan hubungan kami bertambah akrab kembali. Sehingga sekarang kami kerap berhubung, adakalanya video call dan ibunya pun join sekali.
Sekarang saya sudah ada sebab untuk kerap menjejaki negeri pantai timur kerana ada sarah di sana. Baru sahaja minggu lepas saya melawatnya, syukur melihat dia bahagia dan menerima keadaan dirinya.
Dia banyak menasihatkan saya tentang agama, dari zaman belajar sehingga sekarang dia masih setia begitu. Semoga hubungan ini Allah pelihara. Amin.
Maaf jika cerita ini berbelit2 dan susah difahami. Semoga kehidupan kita baik2 sahaja. Semoga cerita ini memberi manfaat kepada yang membaca. Atas izin sarah juga cerita ini disiarkan. Terima kerana sudi membaca cerita saya.
– Zue (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit