Allah tidak akan pisahkan dua orang yang saling cinta melainkan kerana DOSA. Aku akan kaitkan dengan kisah aku dan harap pasangan kekasih di luar dapat ambil ikhtibar.
Aku baru saja putus cinta dan ini pengalaman pertama aku. Sangat perit. Tiga hari; aku tak dapat tidur, hilang nafsu makan, berat turun mendadak, asyik menangis jer sebab tak dapat terima kenyataan yang aku ditinggalkan secara tak diduga, secara tiba² tanpa warning.
Yes, aku dapat tahu bf aku curang. Smooth jer permainan dia. Siang tu kitorang berchat macam biasa, bahagia seperti selalu, tiba² petang tu aku dapat dm dari seorang perempuan yang mengaku gf dia. Ya Allah, aku macam nak pitam. Patahnya hati aku masa tu. Aku tak tahu nak menangis or marah. Just speechless.
Dan hari itu juga aku serang dia di ws (sebab kitaorang LDR), minta dia explain everything. Dia minta beri dia masa untuk explain semuanya sebab dia pun tak expect benda ni akan terbongkar. Aku tak tenteram selagi dia tak explain, so aku menangis tak henti-henti.
Aku bagitau dia yang hati aku terseksa kalau tak tahu cerita sebenar. Barulah dia explain dan mengaku semuanya benar, dia mengaku dia salah. Means dia pasangkan aku. Ya Allah, aku betul² tak kuat masa tu. So aku nak kata putus, pilih gf baru dia or aku? Boleh pula dia suruh bermadu. Aku naik berang sebab belum apa² lagi dah suruh bermadu.
Akhirnya, dia terpaksa let go aku dan pilih perempuan tu. Aku menangis tak ingat dunia. Sebab dia tinggalkan aku dengan cara begini. Dan aku terpaksa relakan sebab aku fikir logik ‘kalau betul dia ikhlas nak jadikan aku pasangan hidup dia, tak akan terlintas sedikit pun niat di hatinya nak cari perempuan lain.’
So aku rela undur diri, bukan sebab aku tak sayang dia, tapi sebab maruah aku tercalar. I’m down to love him forever, but dia sia-siakan peluang tu! Banyak kali dia minta maaf and bagi aku kata² semangat, tapi aku cakap aku tak akan maafkan dia and tak akan pernah redha dengan perbuatan dia sampai bila².
Tiga hari pertama tu fasa kritikal bagi aku. Sakitnya bukan setakat didalam hati, tapi terasa secara fizikal. Jantung aku berdegup laju, terasak sesak, macam something yang berat bertapak di dada aku and benda tu effect kesihatan aku. Aku hampir depress tapi syukur aku masih ada iman.
Aku positivekan diri, aku curhat dengan bff aku, minta nasihat, dan seminggu tu aku tidur di rumah dia sebab aku risau kalau bersendirian boleh buat aku tambah depress.
Alhamdulillah, after minggu pertama aku dah boleh terima kenyataan. Tak nangis, dah boleh tidur, dah ada selera makan. Cuma kadang² bila memori dengan ex aku datang, aku akan sedih and menangis tapi itu semua aku still boleh kawal.
If minggu PERTAMA aku kecewa dengan ex aku, minggu KEDUA pula perasaan sedih datang menerpa…like why benda ni happen. Padahal kitorang dah janji nak tunang, kahwin, plan itu ini untuk future, and relay kitorang dah masuk 3 tahun.
Banyak benda dah lalui sesama, ke hulu ke hilir, berkepit sana sini pergi melancong, buang duit, tenaga, masa, dosa jangan cakap. Dan semua tu jadi sia-sia… Tapi aku think positive, aku patut bersyukur sebab Tuhan tunjuk awal sebelum kitorang ke stage seterusnya.
So minggu kedua ni juga aku start rasa rindu, rasa kosong, sebab dah terbiasa contact hari², tiba² dia hilang… memang menangis la juga. Tapi minggu KETIGA entah tiba² perasaan benci pula timbul. Aku berdendam dengan dia and benda ni buat aku tak tenang. Sumpah. Benci tu membuak².
So aku ikhtiar nak kembali semua ke jalan Allah sebab nak tenangkan hati aku. Betul lah orang kata, time susah baru nak ingat Tuhan. Aku start solat balik, minta keampunan dari Allah, dan berzikir setiap kali aku tak tenang. Then aku banyak baca artikel² islamic tentang kifarah. Sedikit sebanyak aku terkesan dengan apa yang aku baca. Antara point penting yang aku dapat;
(1) Allah tak akan uji diluar kemampuan. Semakin kuat agama, semakin besar ujian. Jika senipis kulit bawang pula, Allah akan uji sesuai dengan kemampuan kita. Dan semua ujian ini adalah pengajaran untuk kita.
(2) Jika kita beterusan melakukan dosa, maka ujian diturunkan sebagai penghapus dosa kerana dengan cara itu saja kita akan kembali kepada Allah. Dan setiap kesulitan itu, kita akan mendapat pahala sekali gus menaikkan darjat kita di sisi Allah.
(3) Allah maha membolak-balikkan hati. Kalau kau rasa pasangan kau sekarang yang terbaik, tak semestinya ia terbaik pada Allah. Kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. That’s why Allah palingkan seseorang itu dari hidup kau. Percayalah,ada sesuatu yang lebih baik sedang menunggu dan jemputlah ia dengan cara baik seperti berdoa kepada Allah.
Banyak lagi yang aku dapat tapi yang betul² buat aku sentap ialah ‘Allah tak akan pisahkan dua orang saling cinta kecuali kerana DOSA’. Aku munasabah diri, kenang balik dosa-dosa yang aku telah buat sepanjang in relationship dengan ex aku.
Yes, kitaorang sangat open dengan skinship, berpegangan tangan, dan sebagainya. Even aku bertudung, tapi kami tak jaga ikhtilat. If video call, aku freehair sebab aku dah selesa dengan dia. Lagi pun dulu aku yakin sangat dia jodoh aku, that’s why aku berani buat itu ini dengan dia. Astagfirullah.
Dan memandangkan dia lelaki pertama yang berjaya buka hati aku, aku fokuskan diri aku 100% untuk dia dan aku mengaku aku sangat lalai sepanjang berkawan dengan dia. Sekarang baru aku sedar yang kami bercinta hanya nafsu semata².
Pernah juga aku terfikir pasal benda ni dulu, dan banyak kali luahkan dekat dia dan ajak bertaubat. Tapi kitaorang buat lagi, dan aku pula suka tangguh² nak taubat sebab iman aku turun naik. Hinggalah perkara ni betul² menimpa aku dengan sangat sakit dan tak terduga.
Yeah, i know ini kifarah buat aku. Dan kifarah buat dia pula will be another story sebab dah patahkan hati seorang perempuan (aku) dengan cara kotor hingga aku terseksa. Tapi semua tu aku serahkan pada Allah untuk membalasnya.
So sekarang ni aku masih dalam fasa healing. Aku dah dapat terima kenyataan yang kami dah tak bersama, cuma aku still tak redha dengan apa yang dibuat dekat aku. Aku berdoa supaya Allah lembutkan hati aku untuk maafkan dia sebab aku tak nak berdendam dengan sesiapa.
Walau apa pun, aku bersyukur semua ni berlaku dekat aku sebab aku tahu Allah nak bagi aku pengajaran. Lagi pun aku tak pernah menyesal kenal dengan ex aku sebab Allah hadirkan dia ada hikmah. Contohnya sekarang after kejadian ni aku lebih dekat dengan Allah…
Last aku nak cakap, jangan pernah tangguh² taubat. Dan jagalah ikhtilat selagi belum ada ikatan yang sah. Serahkan pada Allah, jangan kita dahulukan manusia dari Allah kalau tak nak rasa patah hati. Yes, i learnt from my mistake.
– Zahra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit