Untuk part I, (https://iiumc.com/ujian-penuntut-ilmu/).
Assalamualaikum. Sebelum itu terima kasih kerana sudi membaca confession saya. Dan terima kasih sekali lagi buat admin jika menyiarkan confession saya sekali lagi.
Confession kedua ini hanyalah untuk membalas komen2 di confession yang pertama.
Kepada komen2 positif, doa2 yang baik, dan nasihat yang membina, moga Allah memberikan sebaik2 ganjaran kepada kalian. Amin
Sebelum itu saya ingin meminta maaf jika apa yang saya luahkan sebelum ini salah dan tidak dapat diterima.
Sebenarnya ketika saya menype tentang kisah sebelum ini, saya dalam keadaan penuh dengan emosi.
Dan memandangkan saya juga baru sahaja berumur awal 20-an, lebih tepat lagi baru2 sahaja memasuki umur 20, mungkin saya tidak matang jika ingin dibandingkan dengan kalian yang jauh lebih berusia dari saya. Tidak mengapa, saya menghormati kalian.
Saya hanya ingin meluahkan rasa kerana ketika saya menceritakan kisah sebelum ini saya berada dalam satu keadaan yang sedih. Rasa seperti tidak berguna.
Dan tulisan saya lebih kepada untuk menasihati diri saya. Saya lebih selesa untuk tulis di sini kerana tiada yang mengenali diri saya.
Dan apa yang saya tulis hanyalah sekelumit, kerana kehidupan yang sebenar sangatlah sukar untuk dijelaskan semuanya melalui tulisan.
Dan bukanlah maksud saya untuk membandingkan tanah arab dengan Malaysia.
Jika ingin dibandingkan Malaysia dan tanah arab, pastinya Malaysia berkali2 ganda lebih baik, dari segi kebersihannya, pengurusannya, akhlaknya dll. Ditambah tanah air tempat kita dilahirkan dan dibesarkan.
Dan bukan niat saya untuk membanding2kan, lebih jauh lagi bukan lah ingin saya membangga diri. Tidak sama sekali. Tetapi saya hanyalah mahu menceritakan apa yang saya rasa dan yang terbuku di dalam diri saya.
Mungkin saya seorang sahaja yang begini. Pelajar yang lainnya semuanya mungkin baik2 saja dan tiada masalah seperti saya.
Benar, tiadalah beza di mana pun kita berada. Kita tetap hamba kepada Allah. Saya masih di dalam proses memperbaiki diri saya.
Dan bukanlah niat saya untuk membuka aib sendiri, tetapi lebih kepada nasihat untuk diri sendiri. Dan ya mungkin salah saya, saya tidak sepatutnya menulis di sini.
Sejujurnya saya menyesal kerana telah menghantar confession sebelum ini. Jika boleh dipadam, ingin sahaja saya padam confession saya. Ini lah kali pertama saya meluahkan rasa saya di sini. Selama ini saya hanya menjadi silent reader sahaja.
Dan kepada yang seperti ingin menfitnah saya. Saya bukan lah seperti yang diperkatakan, saya bukan dalam kalangan islamik yang extreme, syadid dan itu haram ini haram. Bukan. Jauh sekali.
Saya sedih membaca komen2 yang negatif, jika tidak dapat memberi kata2 yang baik, lebih baik berdiam diri. Tidak mengapalah, saya maafkan.
Cubalah untuk mengambil yang positif dan membuang yang negatif, buang yang keruh ambil yang jernih.
Semua orang pernah melalui usia muda dan kalian pun pernah menjadi seorang pelajar, tidak ingatkah kalian bagaimana diri kalian ketika muda.
Pastinya berbeza dengan diri kalian yang sekarang. Kerana usia itu mematangkan.
Jika ingin menasihati cuba lah dahulu untuk meletakkan diri di tempat orang yang dinasihati, jika tidak mampu lebih baik berdiam diri, dan mendoakan yang baik2, itu yang lebih baik.
Akhir sekali, saya minta maaf kepada semua jika ada salah dan silap di dalam perkataan yang saya tuliskan. Dan tidak perlu risau, saya tidak akan menulis confession lagi selepas ini.
Saya akan sentiasa mendoakan kalian, muslimin dan muslimat, seluruh ummat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Moga sentiasa di dalam kebaikan.
جزاكم الله خيرا
Assalamualaikum…
– Mariam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit