Ujian Penyakit Misteri

Assalamualaikum, Nama aku Ms X, berasal dari utara tanah air. Terpanggil aku untuk menulis di Confession ni. Mungkin aku harap, dengan doa-doa sekalian umat Islam, termakbul doa yang aku pinta daripada Allah SWT.

Ujian dalam hidup aku, kadang aku rasa macam tak mampu nak hadapi penyakit misteri ni. Aku rasa macam, serba tak kena. Tapi aku cuba untuk kuat, lawan, istighfar, serta berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Sudah hampir 5 bulan aku menderita sakit buatan orang, iaitu disihir tanpa henti. Bergenang juga airmata aku apabila datang satu perasaan down yang sangat tinggi dalam diri aku. Menceritakan pengalaman berlawan dengan jin dan iblis laknatullah.

Bila aku rasa seolah Ujian dari Allah SWT untuk aku sangat berat, aku teringat kisah para Nabi yang diuji begitu berat sekali, iaitu Kisah Nabi Nuh A.S yang berada di dalam perut ikan , sehingga dimuntah keluar dari perut ikan. Betapa dahsyatnya kuasa Allah SWT.

Berbalik kepada kisah aku, aku tidak mahu menceritakan secara terperinci sakit yang aku hadapi. Tapi , pernah satu hari, dalam perjalanan aku pergi untuk berubat dengan Ustazah , aku rasa itu adalah ujian yang ping berat buat aku, waktu dalam keadaan sakit , aku drive sendiri kereta , dan tiba-tiba kaki kanan aku seolah kebas dan sakit yang teramat sangat. Bayangkan aku tengah tekan minyak, tiba tiba aku rasa macam ada benda yang mengganggu perjalanan aku untuk pergi berubat.

Aku cuba untuk lawan , mulut aku tak henti baca Ayat Kursi serta ayat ayat suci Al-Quran yang lain. Banyak lagi kisah seram yang lain. Diganggu, dikacau, terdapat kesan kesan lebam satu badan. Allahurabbi, hanya Allah yang tahu betapa dahsyatnya ujian untuk aku harungi.

Terdengar bunyi suara bayi menangis, bunyi di atas syiling, bunyi benda jatuh dan macam macam lagi. Pernah satu masa, aku sembahyang sambil menangis, aku rasa macam aku dah tak boleh nak hadapi. Aku minta dengan Allah SWT.

Tapi lagi dahsyat waktu mula-mula aku terkena sakit ni, macam-macam aku mimpi yang pelik dan seram. Mimpi dua ekor ular tedung selar hitam menghampiri aku. Mimpi bayi menangis, mimpi tengkorak dan bermacam macam lagi.

Sekarang, aku batuk teruk, dan rasa miang sangat waktu aku batuk. Sehinggakan aku tak boleh tidur malam dengan nyenyak sebab batuk yang berpanjangan. Kadang aku rasa lemas, sesak nafas dan gelisah. Emosi aku terganggu, kadang aku jadi cepat marah dan pelbagai lagi.

Merungkai penyakit Misteri ini, aku rasa macam Ujian aku sangatlah dahsyat. Aku juga sangat sedih apabila aku dapat tahu orang yang paling rapat dengan aku sanggup buat macam ni disebabkan hanya sedikit krisis. Kerana , dalam hidup aku, Aku tidak pernah berdendam dengan sesiapa.

Aku harap sangat Allah SWT turunkan azab dan kifarah kepada si pelaku yang sanggup buat aku macam ni. Dan aku juga berharap, dia diberikan hidayah serta kembali ke pangkal jalan. Amiinn. Sebab aku kesian sangat bila Orang Islam yang sanggup melakukan syirik terhadap Allah SWT tanpa memikirkan kesan serta bala dan azab dari Allah SWT. Akhir kata, aku harap sangat pembaca confession ni doakan aku supaya cepat sembuh. Kalau boleh buat solat hajat lagi bagus untuk bantu sesama saudara seislam. InsyaAllah, semoga Allah merahmati semuanya. Terima kasih kerana sudi membaca luahan dari saya.

– Ms X

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *