Assalamualaikum. Berjumpa kita lagi di IIUM Confession.
Sebelum ini saya pernah confess di sini dengan tajuk yang sama : https://iiumc.com/ujian-perasaan-si-isteri/
Dan alhamdulillah ada wanita atau kakak yang baik hati sudi berkongsi pengalaman dan tips untuk saya yang sedang hadapi ujian perasaan. Terima kasih kakak Siti. Saya amat hargai usaha kak Siti untuk menasihati saya.
Boleh lihat dan baca confession ini, https://iiumc.com/reply-ujian-perasaan-si-isteri/
Kali ini confession saya adalah ingin beritahu bahawasanya saya telah pun cut komunikasi antara saya dan lelaki tersebut.
Ramai cakap lelaki itu mungkin love scam atau scammer tapi sebenarnya tidak. Dia bukan scammer sebab segala bukti mengenai latar belakang dia, orangnya saya dah pastikan dia memang bukan scammer.
Tetapi bukan ini yang saya nak beritahu. Saya cuma nak kongsikan yang saya dah putuskan hubungan dan komunikasi antara kami. Bagaimana caranya?
Allah yang jauhkan lelaki tersebut daripada saya dan yakinlah saya bahawasanya dia bukan lelaki tepat untuk saya, dan saya harus kembali kepada suami saya.
Saya percaya doa saya setiap hari untuk Allah bimbing saya dan jauhkan saya daripada lelaki tersebut akhirnya termakbul dengan cara itu di mana lelaki itu sendiri yang jauhkan diri daripada saya dan saya harap saya tetap kekal berjaya hadapi apa jua ujian yang akan datang.
Ada orang bertanya hal rumahtangga apa yang berlaku antara saya dan suami. Boleh saya katakan yang saya tahu manusia tidak sempurna apatah lagi saya yang banyak kekurangan.
Suami saya introvert, tapi kalau dia marah, kata-katanya umpama pedang yang terlalu tajam hingga boleh menyakitkan dan menawarkan hati setiap wanita yang lembut hatinya.
Suami saya ada baiknya tetapi ada kurangnya begitu juga saya. Kami tidak selalu bergaduh tapi bohonglah kalau tidak pernah bergaduh. Bukan sahaja kata-katanya bak pedang yang tajam tetapi bila dia marah, memang buat saya takut.
Sejujurnya setiap kali gaduh saya cuba jaga kata-kata saya agar tidak menaikkan kemarahan suami tapi perangai suami memang begitu setiap kali marah pasti akan ada kata-kata yang mengguris hati saya.
Apa yang menyedihkan saya bila bergaduh, suami macam tak puas hati tentang saya. Dia persoalkan apa yang saya dah buat untuk dia ibarat omputeh cakap, “What do you bring to the table for me?”
Seolah-olah ayat itu menunjukkan saya tak pernah beri kebahagiaan pada dia dan tak buat apa-apa untuk dia dan kata-kata yang hingga hari ini saya ingat dalam hati dan fikiran saya adalah ” Aku tak bahagia dengan kau.”
Kadang-kadang saya perli dia “Abang kan tak bahagia dgn saya.” Dia cakap jangan ckp tentang tu , sebab waktu tu tengah marah.
Ya faham tengah marah tapi kata-kata amat menyakitkan dan menyedihkan saya. Saya menangis dan boleh katakan saya sentiasa fikir Am I not good enough for him?
Bila dia keluarkan kata-kata macam tu, dia buat saya INSECURE. Saya rasa macam bila-bila masa saja dia boleh buang saya dan rasa macam suami saya sayang saya tak sampai dia boleh keluarkan ayat macam itu.
Saya yang tak nampak kebaikan dia atau dia yang tak hargai saya selama ini? Itulah yang buatkan saya sedih.
Mungkin ada antara kalian yang ada tips macam mana untuk tidak ambil hati terhadap kata-kata pasangan termasuklah tips-tips sabar dlm perkahwinan. Sukacitanya saya ingin tahu tips tersebut untuk penambahbaikkan. TQIA.
Tidak terfikir untuk curang, I keep choosing my husband until he doesn’t want me. That’s mean, selagi dia ingin bersama saya, saya tetap mahukan dia..
Rumahtangga kami baik-baik saja cuma saya akan sedih bila dia keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Dan thank you Allah sebab selamatkan saya daripada ujian perasaan itu.
Last but not least, doakan rumahtangga saya kekal hingga Jannah. Doakan yang baik-baik untuk kami, mudahan doa yang baik itu kembali kepada kalian semua.
Thank you for reading! Much appreciated.
Lots of love,
– Safiyya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bagus! Akhirnya awak tinggalkn ‘tabiat’ yg xelok tu. Tak lg bermesej2 dgn lelaki oversea tu? Teruskn tambat hati suami. Terus terang dgn suami apa yg awak paling takut walau ada di dlm rumah sendiri. Awak suruh dia teka. Klau tekaan dia salah, awak terus je bgtau yg awak paling takut tengok muka dia waktu korang bergaduh & dia sedang marah. Awak takut dengar dia tengking awak, takut dgn maki2an dia kt awak. Awak ckp xboleh ke dia luahkn marah dia cara yg lain bkn dgn makian & tengkingan. That’s it! Tengok apa dia kata. Luahan tu biarlah pd waktu dia tgh sweet2 dgn awak, masa borak2 sambil tgok tv ke cmtu. Try! Angah doakn awak dpt berterus terang dgn suami perasaan takut awak tu & rasa syg awak pd dia. Awak xkp kt dia yg awak xnk kehilangan dia. So, jgn marah2 lg mcm sblm ni. Awak takut sgt2 sampai menggigil. Ckp mcm tu. Good luck!
setuju dengan angah. masa tengah bergurau tu cuba bawa dia bercakap. “abang, saya nak tanya. kalau abang marah selalu abang kata saya tak cukup. boleh abang bagitahu saya mana yang takcukup supaya saya boleh baiki?” gituw. all the best, sis!
Alhamdulillah, awk dah kembali ke ‘pangkal jln’, walau pon masih bnyak ‘cabaran’ r/tangga yg akn ditempuhi.. sya dlu pon bnyak cabaran dgn suami yg agak ‘ego’ dan suka ‘berleter’.., kdg2 rase pedih telinga ni, asyik kna leter slalu n dia asyik nk ‘menang’ je bla bercakap.. pertamanya, kita isteri ni perlu ‘merendah diri’ bila bercakap dgn suami.. mmg la ‘setan’ tu sentiasa nk ‘mempengaruhi’ kita utk melawan balik.. mcm2 ‘idea’ yg dibisikkan syaitan, dan ‘nafsu’ supaya kita menjawab balik dgn emosi mcm nk meroyan.., tp bla pikir2 blk, x bwak apa2 faedah pon, makin memburukkn lg keadaan adalah.., makin panjang pulak ‘ceramah’nya mengenai tindakan kita tu, dan lg sakit hati mendengarnya, klaw dpt husband yg mmg cepat ‘panas baran’ tu plak, silap2 tgn n kaki akn naik ke bdn, dah jd keganasan r/tangga plak.. mmg lelaki begitu sbenarnya ‘pengecut’, sbb brani dgn pompuan yg lemah fizikal ni, yg mngkin akn menjadi kes polis dsb.. itu cerita lain lah, tapi yg penting, ada hati2 yg ‘terguris’ dan x mustahil juga akn membawa kpd perpisahan, jika keadaan sedemikian berlarutan.. langkah yg selamat ialah, ‘berdiam diri’ je dlu.. w/pon kita di pihak yg benar, x bermakna kita ‘kalah’, kita berdiam supaya keadaan x menjadi bertambah teruk atau ‘tragis’ akhirnya, bila keadaan x terkawal nt.. keduanya, kdg2 kita juga ada silapnya, dan ada masa ckp2 suami tu ada kebenarannya juga.., kita manusia ni x sempurna, jadi perlu ada org yg ‘menegur’ kesilapan kita yg tidak kita sedari.. mmg ‘perit’ nk mnerima hakikat sbenarnya, tp cuma ingat bhw mngkin juga ini ‘teguran’ dari Allah dan disalurkan melalui suami, dan yg ketiga, ingat lah pesan Allah SWT dan Rasul dlm qur’an & hadis, yg meminta kita ‘taat’ kpd suami, selagimana ianya tidak mensyirikkan Allah atau menyalahi agama.. cuma niatkn kita bhw kita berbuat demikian kerana mentaati dan sayang kpd Allah & Rasulullah.. insha Allah, doa semoga Allah redha dan akan mngurniakan ganjaran ‘baik’ atas usaha dan ketaatan kita itu.. kita ni insan yg lemah, tapi ‘kuat’kan hati bila menerima ujian hidup.. mmg sukar, tp insha Allah ada ‘sinar’ di hujung jln, walau pon ditangguh hingga ke Akhirat.. klaw masih rasa sedih m x puashati dgn apa yg berlaku, slalu2lah dengar ceramah dan ilmu dr mrk yg lebih arif, semoga dpt sesuatu yg bermanfaat, insha Allah.. walkahu a’lam..
I’m so happy for you.. try start balik from zero.. kenal semula hati masing2 selepas sekian tahun berkahwin.. apa2pun, komunikasi tu penting & jangan lupa self love!