Saya tak tahu macam mana ingin menyusun ayat jadi maaf awal2 jika berterabur.
Saya dah kahwin selama 2 tahun lebih. Tapi, diuji dengan berbagai ujian perkahwinan yang datang & pergi silih berganti. Ujiannya adalah suami yang “terlalu friendly”.
Dia bekerja sebagai frontliner yang memerlukan banyak komunikasi bersama pelanggan. Tapi kantoinya sebuah perbualan chat antara suami vs pelanggan tersebut yang merupakan bukan perbualan tentang kerja mahupun barang.
Tapi perbualan kosong yang tiada motif, “Awak dah makan? Awak dah balik kerja? Awak dah solat? Takpe saya imamkan awak”.
Sebagai seorang isteri remuknya hati baca chat suami macamtu dengan perempuan lain. Memang dia chat saya juga dalam masa yang sama tapi perlu ke dia buat macam tu dengan orang lain? Dan perempuan tu juga melayan.
Bila saya mengamuk, saya menyoal, katanya tu pelanggan dia yang dah lama kenal iaitu sebelum kami berkahwin lagi. So what? Do i care?
Lepastu dia jawab dia rasa “dilayani”. Why? Isteri tak layan ke?! Yang haram lebih menarik? Perempuan tu ada hantar voice lepastu suami reply “lamanya tak dengar suara yang sedap ni”. Di tiktok perempuan tu selalu buat content karok.
Akhirnya kami bergaduh besar & saya tak nak dengar apa2 lagi dari dia. Lalu suami kata, “ok takpelah saya tahu apa saya perlu buat”. Saya reply tanya “apa? cerai ke?” Dan dia jawab YA.
Hanya kerana perempuan bodoh tu dia nak ceraikan aku? Aku hampir nak chat perempuan tu sendiri untuk maki habis2 tapi tak kesampaian.
Finally kami berbaik semula, suami masih lagi follow dia each other. Kadang2 nampak suami komen kat post, like2 story. Kadang2 kat perempuan2 lain pun ada. Like, comment, react.
Kat bini sendiri takde pun. Ada like je tapi tak semua. Tak kena spam macam perempuan lain. Semua aku stalk sendiri. Memang tak reti jaga hati isteri. Dah tahu isteri tak suka, buat juga. Yelah hati aku ni tak penting kot untuk dia.
Sampai 1 tahap aku dah geram aku remove suami dari friendlist aku. Biarla dia taktahu apa yang aku update. Setakat ni dah berbulan dia tak tanya pun, aku anggap dia tak perasan je. Atau pun dia tak kisah.
Ujian ke 2, suami jenis tak nak layan luahan hati aku. Aku dah berjauhan dengan kawan2 rapat. Dulu setiap hari jumpa kawan2 then meluah sama2, tapi kini tidak lagi sebab masing2 dah berpindah tempat kerja.
Nak harapkan whatsapp group bukan setiap hari berbunyi & tak seronok pun nak luah dalam tu. Tempat kerja pula jenis berpuak2, jadi aku memang tiada kawan.
Bermula lah hidupku yang sunyi, tiada tempat luah. Aku juga tiada anak. Untuk pengetahuan aku ada beberapa masalah kesihatan jadi doc belum benarkan aku untuk mengandung. Lagipun pregnancy sebelum ini gagal.
Kenapa aku tak luah kat suami? Sebab suami aku tak pandai dengar isi hati aku. Dalam tak pandai dengar pun, aku tetap meluah kat dia tapi respond yang aku dapat macam takde pape. Macam aku bercakap dengan dinding.
Hati ni tak puas tak lega bila meluah kat orang jenis gini. Better lagi aku luah kat family aku tapi yela bukan hari2 kita jumpa family kita sebab tinggal asing.
Mestila kita nak luah kat orang yang berada di depan mata kita. Sampai aku rasa macam aku tiada suami. Hanya ada rumah, kereta, diberi makan. Tapi nafkah batin tiada. Hati ni membuak2 rasanya. Selalu aku menangis sorang2 malam2 tanpa pengetahuan suami.
Ujian seterusnya, suami nak cari pendapatan lebih. Jadi setelah selesai kerja hakiki, dia sambung kerja part time. Waktu kerja tersebut flexible bukan fix time. Permulaannya boleh je balik awal dalam 8pm tapi lama kelamaan pukul 9, 10, 11.
Stok di dapur memang tiada jadi aku selalu tunggu dia bawa makanan kadang2 aku dah jadi malas nak makan sebab dah penat kerja then tidur.
Yang paling aku tak suka is after dia balik kerja lewat tu dia makan then terus baring tertidur sampai pagi tak mandi2. Walaupun banyak kali aku suruh tapi katanya kejap, nanti.
Akhirnya esok pagi jela mandi terus pergi kerja. Tidur pun asing, sebab dia akan tertidur di ruang tamu tapi aku akan masuk ke dalam bilik. Solat? Apatah lagi.
Berbulan2 berlalu sebegini keadaan namun aku belum tegur lagi perangainya. Aku rasa macam nak mengamuk terus. Rasa macam lebih baik la tiada duit lebih tapi hidup teratur macam orang normal daripada ada duit lebih tapi hidup tak teratur pakej pengotor.
Kadang2 aku pun sama juga balik kerja tak mandi lalu tertidur tapi tak la sekerap suami aku. Aku boleh lagi bangun tengah2 malam untuk mandi tapi suami aku memang takkan punyalah nak mandi tgh2 malam tu, lebih baik dia membesarkan tidur.
Nafkah batin? Dah berbulan kami tidak bersama. Aku tak tahu apa masalah dia, samada terlampau penat dengan kerja atau memang hilang nafsu kat isteri sendiri.
Nafkah zahir juga 3 bulan tiada namun aku tidak pernah soal tentang ini. Sebab aku bukan jenis meminta2 duit, aku tahu nafkah ni wajib tapi tu lah perangai meminta ni aku tak reti.
Sampai banyak kali la aku search macam mana proses cerai, apa hukumya pasal nafkah2 tersebut, tengok content2 orang nasihat2 orang, sampai dah siap fikir nak hidup macam mana lepas ni.
Adakah ini dinamakan tawar hati? Dengan mertua pun bermasalah juga tapi aku malas nak ulas. Bukan tiada perangai baik pada suamiku tapi tu lah. Tak tahu nak cakap macam mana nak rasa apa.
Mohon pendapat kalian semua tapi tanpa kecaman…
– Lily (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak salah pun marah sebab tuu laki ko kak. Mmng patut kalau akak marah dia chat pompuan lain. Kadang kenapa laki nie bodo ehh. kalau kita chat lelaki lain tak boleh plak. Haihhhh
Kak dia an dah buat dua keje mintak jer laa nafkah zahir tuu. Kang duit tuu gie kat pompuan lain. Mintak jer boleh order food panda dri tunggu dia balik lambat. Kalau dia tanya nak buat apa ckp laa masa sebelum kawen dlu tak belajar ke kat kursus kawen? Nafkah zahir tuu wajib.
asl laki bodo cam ni kawen ehh?! Dah kawen sia2kan bini. Kalau ko tak kawen ngan dia mungkin tak kawen dia kak. Sorry kak aku geram. Cam ni laa kak mintak duit dia dlu. Kasih syg tuu ko sabar jap. Ko busykan dengan lengkapkan hidup ko dlu kak. setiap minngu pergi jer healing. or order panda food sedap2 helaing kat rumah tengok movie.