Ujian Rezeki Dalam PKP

Assalamualakum semua. Macam ni, aku dah kawin dengan isteri aku dekat 7 tahun. Dan aku bekerja sebagai executive.

Isteri aku masa anak nak masuk 2 dia behenti kerja. Company dia kerja bos selalu cakap isteri aku suka-suka amik cuti sebab mengandung, cuti anak sakit lagi.

Sebab nya kerja aku susah nak dapat cuti hujung bulan & awal bulan jika kebetulan anak sakit memang isteri aku terpaksa cuti.

Masa PKP baru ni aku dapat VSS. Terkejut la jugak. Bila aku tanya kenapa aku? Bos cakap gaji aku dah maksimum.

Diorang ada juga terminate pekerja wanita yang bujang & less komitmen. Tapi nak balance nama aku pekerja lelaki termasuk sekali. Sedih la jugak sebab anak nak masuk 3.

Nasib loan rumah dan kereta dalam tempoh 6 bulan tak payah bayar. Kawan sekolah ada juga kena vss anak 6 orang tapi takpela isteri dia kerja kerajaan.

Bila aku ajak buat modal niaga dia cakap isteri suh jaga anak je. Isteri aku lebih rela aku kerja menyawit or dia sendiri cari kerja. Jangan main2 isteri aku nampak muda tapi garang dia kalah mak tiri atuk jiran kau, hihi.

Aku dan wife berbincang berapa simpanan yang ada tak termasuk KWSP. Terkejut juga aku bini aku ada lebih kurang RM100K dalam simpanan dia sedangkan dia tak kerja.

Selama ni aku tak pernah tau. Bila aku tanya duit dia niaga ke. Dia cakap duit nafkah yang aku bagi tiap bulan. Aku bukan apa selama ni aku tengok bini aku ni macam boros pantang ada sales mesti nak pegi sambil bawa budak jalan katanya.

Bila simpanan asb dia (bukan loan) banyak dari aku kagum jugak la. Duit nafkah memang aku bagi berganda lebih dari bagi mak aku sebab wife cakap nak beli alat solek la and nak kurus la, takut tak cantik kang aku tak sayang dia.

Tapi tak pernah nampak la dia ada alat solek mahal2 & makan pil kurus. Yang aku tengok sekali sekala pakai bengkung, puasa & pegi jogging. Aku suspect tu semua alasan dia sedangkan dia suka menyimpan.

Aku dapat duit VSS banyak juga dekat 8tahun kat company tu tapi aku takut lambat dapat kerja yang sesuai. Hutang rumah, kereta & insurance lagi. Serba salah pulak bila isteri offer guna duit dia.

Then dia ajak balik kampung duk dengan family, rumah sekarang sewakan sementara dapat kerja. Di suruh ye aku wat kerja kampung berkebun & ternak ayam la.

Ye mak mertua tak kisah. Cuma aku takut mak aku kecik hati sebab mak aku pun duk sorang, dah lama mak aku ajak duk rumah dia sebab mak aku ni penakut sikit tak macam mertua aku berani dok sorang.

Masalah nya mak aku ada cerewet dan kedekut, risau bila tinggal bersama nanti isteri tak selesa.

Nak minta la pandangan pembaca simpanan banyak tu cukup ke sementara dapat kerja lain dalam setahun ni?

Ke aku perlu usahakan bertani atau usahakan perniagaan tapi aku takde pengalaman.

Korang atau pasangan yang kena terminate dalam PKP tu ada yang dapat job sesuai ke or keja je apa pun?

Last sekali mohon doa pembaca doakan untuk aku, isteri dan keluargaku. Aku tak minta rezeki yang banyak takut aku gagal dalam bab harta ni.

Cukup la rezeki yang mencukupi dan berkat untuk aku sedekah tiap hari jumaat mcm sebelum2 ni. Kerna aku percaya Allah Maha Adil ujian kesenangan & susah itu sama saja.

Daddy awan nano yang tengah sendu,

– Iskandar suka nasi kandaq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *