Ujian Sakit Dan Hilang Punca Pendapatan

Assalamualaikum. Terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada admin sekiranya confession ini disiarkan.

Sebetulnya memang tak tahu nak mula dari mana. Namaku Syamimi, 28 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak, seorang masih bayi.

Sekarang aku berada dalam titik terendah dalam hidup.

Hujung tahun lepas aku disahkan hipertiroid dan anxiety. Simptom yang aku alami memang teruk. Hari2 dalam fikiran aku akan mati.

Bukan aku nak fikir macam tu tapi benda tu datang sendiri tanpa dipinta. Yang pernah alami pasti akan faham. Dengan kata lain jadi overthinking.

Hari2 benda tu datang, bila aku mati aku akan diseksa itu ini. Perasaan gelisah dan takut tak tentu pasal.

Dalam masa yang sama, perniagaan yang aku usahakan bersama suami merosot. Dengan kata lain merudum, terduduk. Sehingga tiada satu pun tersisa. Dan sekarang sale memang tiada langsung.

Kadang2 aku rasa nak pergi je bawa anak aku yang bayi ni pergi jual kerepek tepi jalan. Sebab kami dah tiada duit nak beli makanan.

Penyakit yang aku alami ni dengan mata kasar orang nampak sihat dan baik2 sahaja. Tapi mental hanya Allah je yang tahu.

Penyakit hipertiroid ni kalau ada antara pembaca kat sini alami, memang cepat rasa lapar. Dengan bayi menyusu badan, air susu tiada tapi mengempeng je sebab tak puas menyusu.

Bila kau lapar tapi duit tiada nak beli lauk, makanan takda langsung. Rasa tu sangatlah sakit. Aku kelaparan.

Aku bercerita di sini sekadar meluah. Minta maaf kalau tak cerita secara terperinci.

Sekarang aku mengaji al Quran untuk tenangkan hati. Sebab aku selalu baca, kembalilah kepadaNya bila kita diuji.

Sejujurnya sangat sakit bila diuji dengan penyakit dan kelaparan, anak kau kecik lagi. Aku akan ada duit kalau orang beli produk Affiliate. Tu pun seringgit dua, aku kumpul la dulu. Bila cukup, aku beli lauk.

Rumah aku kalau ada seekor ayam, aku goreng la dua ketul kat anak sulungku. Aku suap nasi dengan ayam sikit2. Kalau bagi dia makan sendiri, dia makan ayam banyak. Hahaha.

Ada ke di kalangan pembaca yang alami Hipertiroid dan anxiety? Boleh share tak macam mana nak bagi badan tak penat dan cergas.

Aku sejak kena penyakit ni nak jaga baby pun terlalu penat. Bila datang sakit dada tu lagilah.

Satu lagi tolong doakanku murah rezeki dapat makan hari2.

– Meow (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *