Ujian Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum. Pertama kali terima kasih admin kalau sudi siarkan confession aku ini. Aku dah lama nak cerita perkara ni. Tapi aku tak tahu nak cerita macam mana. Aku nak cerita tentang kisah yang berlaku dekat orang terdekat aku.

Kisahnya tentang sepupu aku. Sepupu aku ni seorang surirumah sepenuh masa. Dia berhenti kerja lepas kahwin. Dia uruskan rumah dan anak-anak. Sepupu aku ni hidup dalam dunia dia je. Tak bergaul dengan orang-orang satu perumahan dengan dia. Dia duk terperap dalam rumah je. Anak-anak dia pun sama. Cuma kadang-kadang tu ada la dia bagi anak-anak dia main kat padang. Tu pun jangan bagi kotor.

Nak dijadikan cerita, suatu hari dia dapat tahu yang suami dia ada perempuan lain. Dia pun cerita kat mak saudara dia yang dia paling rapat. Then mak saudara dia tu cerita dekat adik beradik dia untuk nak cari jalan penyelesaian. Pak cik aku tanya suami sepupu aku tu samaada dia dah kahwin atau tak dengan perempuan tu.

Tapi suami dia cakap tak. So dia maafkan suami dia dan teruskan hubungan. Then satu hari dia dapat tahu yang suami dia dah ada anak dengan perempuan tu. Tak tahu la diorang dah kahwin tapi si suami tak mengaku atau sebaliknya. Hanya Allah yang tahu.

Nak dipendekkan cerita, sepupu aku tu kena cerai. Bila kena cerai tu, hidup dia tak tentu arah. Ye la. Dia tak bekerja. Anak-anak masih belajar. Alhamdulilah pak cik dan makcik aku tolong dia untuk bina hidup dia semula dengan anak-anak. Masukan duit setiap bulan. Bekas suami dia tak bagi nafkah untuk dia dan anak-anak. Jadi dia buka kes kat mahkamah. Alhamdulillah.

Dia menang kes dan duit nafkah tu cukup untuk dia bayar sewa rumah. Aku tak pelik bekas suami dia ada perempuan lain sebab aku kenal sepupu aku tu macammana. Dia garang. Suka cakap kasar dengan suami dia. Tapi suami dia senyum je tak cakap apa. Waktu dia sakit pun, suami dia still jaga dia dengan baik. Tapi aku tak suka bila dia abaikan tanggungjawab dia. Tinggalkan sepupu aku dan anak-anak dia camtu je.

Cerita dia tak habis disini lagi. Satu hari, sepupu aku terima satu berita tentang anak-anak perempuan dia yang dah berumur masuk 20an. Dia dapat berita yang anak-anak dia kena tangkap khalwat dalam hotel. Masa aku dapat tahu pasal tu, aku sedih bukan kepalang. Aku fikir macammana sepupu aku nam hadapi semua ni. Apa akan jadi dengan dia dan anak-anak dia. Tapi alhamdulillah, pasangan anak-anak perempuan dia tu bertanggungjawab.

Bawak family masing-masing then lepas tu diorang kahwin. Tapi ada satu perkara yang paling besar pernah berlaku dekat salah seorang anak sepupu aku tu. Satu perkara yang aku tak pernah bayangkan akan berlaku pun. Perkara tu ialah anak sepupu aku tu dah banyak kali kena rogol dengan sepupu lelaki aku dan mak dia sendiri. Bukan sekali. Banyak kali benda tu berlaku masa dia sekolah asrama sebab sepupu lelaki aku tu selalu ambik dia ulang alik masa dia kat asrama. Tapi dia diamkan sebab dah diugut oleh lelaki tu.

Betapa hancurnya hati sepupu aku masa tu hanya Allah yang tahu. Hidup anak dia dihancurkan oleh sepupu dia sendiri yang selama ni berlagak baik depan dia. Satu lagi aku sedih tentang perkara tu, perkara tu tak selesai. Sepupu lelaki aku tu masih bebas. Takde apa-apa tindakan yang dibuat kat dia. Pak cik mak cik aku seolah-olah diam tentang perkara macam ni. Mak sepupu aku tu pun dah tahu perkara tu. Tapi apa yang dia tak mampu nak buat apa apa. Dia ibu tunggal. Suami dia dah berpuluh tahun meninggal.

Tapi dia ada seorang anak lelaki yang merangkap macam ketua keluarga sebab sepupu lelaki aku tu memang tak boleh pakai. Hidup menyusahkan mak je sampai mak hidup penuh dengan hutang sebab dia. Tapi sayangnya, anak lelaki dia yang tu tak tahu. Kalau dia tahu, aku yakin mesti akan kena la sebab anak dia yang ni memang alim dan berani. Tapi tu la. Takde yang berani bagitahu dia. Sepupu lelaki aku sekarang ni pun dah berkahwin. Tapi selepas kekasih dia mengandung. Means anak dia sekarang adalah anak luar nikah.

So back to the story yang sepupu perempuan aku ni. Alhamdulillah. Hidup dia dah semakin bahagia sekarang. Dia dah dapat cucu pun. Anak-anak dia pun dah berubah. Sepupu aku pun dah mulai berubah. Dia makin dekatkan diri dia dengan Allah. Selalu pergi surau. Kenal dengan orang-orang luar. Aku happy tengok family diorang sekarang.

Tolong doakan kebahagiaan diorang sekeluarga ye. Dan tolong doakan semoga sepupu lelaki aku tu berubah. Semoga dia sedar salah dia, sempat bertaubat dan minta maaf dengan sepupu aku. Walaupun sepupu aku tu dah redha dengan semua, tapi aku yakin masih ada luka dalam hati dia. Jadi tolong doakan ye semua.

Pengajaran dari cerita aku ni :

1) Jangan berhenti kerja sebab berkahwin sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa depan. Kalau yang dah memang tak bekerja tu, takpelah.

2) Hormat suami betul-betul. Jangan cakap kasar. Jangan melawan selagi apa yang dia suruh tu tak bertentangan dengan syarak.

3) Suami jangan jadi lelaki dayus. Bila isteri buat salah, betulkan. Bukan diamkan dan cari yang lain. Tugas seorang suami kan untuk membentuk seorang isteri. Bila dia buat benda yang tak betul, pimpin dia untuk buat benda yang betul.

4) Berhati-hatilah dengan manusia yang ada disekeliling kita even orang terdekat sekalipun.

5) Redha adalah kunci kebahagiaan. Walau tak adil macammana sekalipun hukum dunia, percayalah yang Allah melihat semuanya.

– Farah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *