Ujian Selesai Dengan 40 Rakaat

Saya salah seorang hamba Allah yang diuji pada 5 tahun pertama perkahwinan. Susah senang bab duit itu perkara biasa tapi saya diuji dengan suami saat hari ke 7 menikah.

Mentalku parah? Ye ketika tu deraian air mata dan perasaan dendam, marah ketidak puasan hati menyelubungi diri.

Tahun ke 4, saya mula mendiamkan diri apa jua yang dia buat. Perkara yang membuatkan saya marah, saya memilih untuk sabar tanpa dendam dan membalasnya dengan senyuman dan kata-kata yang rendah tone suara.

Ketika itu saya mula nekad untuk betul2 kembali kepada Allah selepas beberapa minggu Allah menggerakkan hati saya untuk menonton ceramah2 agama.

Dengan Izin Allah, Hari ke hari saya diberikan semangat untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah walau apa pun Ujian dan perbuatan suami. Perubahan macam mana tu? Teruskan membaca.

Melalui tiktok saya belajar sesuatu yang mengubah segala-galanya. Apa yang saya nekad untuk buat

1. Bangun qiamullail setiap hari tanpa missed walau sehari. Saya xbangun awal sangat, 5.30am. Bila dah biasa tak kunci jam pun terjaga sendiri.

Saya Mulakan dengan Solat Sunat Taubat, Solat Tahajjud dan Solat Hajat. Total 6 rakaat.

Selepas solat,

Alhamdulillah – Segala Puji bagi Allah 100x

LailahaillAllah- Tiada Tuhan selain Allah 100x

Lahaulawalaquatailabillah – Tiada daya dan kekuatan melainkan pertolongan Mu Ya Allah 100x

HasbunAllah wanikmalwakil- Cukuplah Allah sebaik-baik pertolongan 100x

SubhanAllahiwabihamdihi – Maha Suci Allah dan Segala Puji Baginya 100x

Astahfirullah – Ampunkan Dosaku Ya Allah

Saya zikir bersungguh-sungguh dan rasai dengan hati sebab semua yang terjadi adalah kehendakNya dan hanya Allah yang mampu mengubah diri Suami bukan saya. (YAKIN 100%)

Ngam Habis zikir terus Azan Subuh. (selitkan Hajat dan doa lagi sekali)

2. Solat Sunat Subuh dan terus Solat Subuh – Total 4 Rakaat

Selepas solat saya akan wirid

SubhanAllah 33x

Alhamdulillah 33x

Allahuakbar 33x

Ayatulkursi

Doa sepenuh hati

Sedekah Subuh, Setiap RM1 untuk 1 hajat.

3. Saya masuk kerja 8.30am, 7.20am selepas settle uruskan breakfast dan baju kerja suami, saya ambil wuduk dan baca Surat Al waqiah diakhiri dengan asma ulhusna sementara menunggu masuk waktu dhuha.

Solat Dhuha 2 rakaat + 2 rakaat, zikir Allah Ya Bari’ (Allah maha mengurus, mengatur, selitkan doa aku serahkan segala urusan suamiku, urusan kerjaku, urusan rezekiku dan semua urusanku untuk diatur olehMU)

Nampak macam banyak nak buat tapi Allah permudahkan masuk kerja pon ontime.

Otw pergi tempat kerja, selawat sebanyaknya.

Di sini, saya beli tasbih digital yg kecil tu 10 biji, 90sen sebiji dekat shoppee. Saya letak dalam kereta, dalam handbag, sofa, bawah bantal, sejadah, dapur, meja solek, meja kerja.

Demi Allah dengan Izin Allah saya mampu berselawat semaksimum mungkin. Alhamdulillah tenang hati balik kerja.

4. Solat sunat rawatib sebelum dan selepas zohor dan solat zohor beserta wirid

Selitkan Zikir Ya Azim 111x. Allah akan menstabilkan pekerjaan kita

Total 8 Rakaat

5. Solat sunat Asar dan solat Asar. Yang ini saya kerjakan di rumah sebab waktu ini adalah waktu paling penting kerana waktu inilah semua doa2 kita akan diangkat ke langit( penghujung hari).

Saya akan menutup hari saya dengan zikir2 yang sama saya buat semasa solat subuh. Niat dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Sesungguhnya apa yang berlaku semua atas kehendakNya.

Total 6 rakaat

Selesai semua, saya akan siapkan malam malam. Settle 6.45pm

6. 10 minit sebelum solat magrib, saya akan istigfar sebanyak yang boleh sehingga azan, dan terus berdoa sebelum solat sunat magrib.

Kemudian solat magrib dan solat sunat selepas magrib.

Total 7 rakaat.

Wirid + baca alquran dan surah Al Mulk.

selepas itu, Selesai hidangkan suami dinner dan makan bersama. Azan isyak berkumandang

7. Solat sunat sebelum 2 rakaat, solat isyak dan solat sunat selepas isyak 2 rakaat. Saya tutup hari aaya dengan bacaan Asma ulhusna.
Total 10 rakaat

Masa nak tidur, saya akan sarungkan tasbih dekat jari supaya setiap kali terjaga dari tidur, terus zikir kepada Allah. Setiap kali terjaga jangan lupa selitkan bacaan

LailahaillAllah huwahdahulasyarikalah lahulmulku walahulhamdu yuhyiwayumitu wahuaala qullisyain qadir.

SubhanAllah

Walhamdulillah

Allahuakbar

Walahaulawala quwataillahbillah

Faghfirli (ampunkan aku Ya Allah)

5.30am bersambunglah rutin harian saya

Allahhuakbar, Allah maha besar, Segala Puji bagi Allah. Demi Allah segalanya berubah tidak sampai sebulan.

Suami dah mengeluarkan kata2 manis dan lemah lembut, penyabar, pemurah, isikan minyak kereta, tinggalkan duit belanja bila keluar, bawak balik makanan setiap kali balik dari mana2, sambut saya balik kerja dengan senyuman,

Buatkan air, buatkan breakfast, lunch, dinner time weekend, jalan peluk bahu dan pegang tangan saya bila kat shopping mall, hidangkan makanan setiap kali makan,

Bagi mak ayah saya duit poket, ajak makan luar bila saya bagitahu saya letih, kain baju semua settle, gosok baju jela saya buat. Beli pape, tanya pendapat saya dulu. Makan nak saya suapkan dan banyak lagi perubahan dengan IzinNya.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah, hilang terus rasa marah, dendam, sakit hati, sakit ‘mental’ saya selama 4 tahun dengan 40+- rakaat ini.

Setiap hari bagai cinta berputik kembali. Rezeki datang mencurah2, segala belanja dan hutang saya dapat selesaikan dengan mudah, pergi kerja tenang, balik kerja tenang.

Alhamdulillah Terima Kasih Ya Allah. Sesungguhnya semua yang terjadi atas kehendakMu. Aku sebagai hambaMu menyerahkan sebulat-bulatnya urusan aku kepada Engkau, sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaan hambaMu.

Buat pembaca yang saya sayangi, mohon selitkan doa kebahagiaan buat saya dan seluruh wanita-wanita yang diuji. Sesungguhnya Syurga itu Mahal. Sabar dan Harungilah dengan tenang.

– Puan Az (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *