Assalamu’alaikum dan salam Ramadhan semua, beberapa hari lepas ada terbaca berita lebih 1juta yang akan kehilangan kerja disebabkan Covid-19 ini, Walaupun bukan aku yang tersenarai dalam lebih 1juta itu tapi ia memberi kesan yang mendalam.
Ayah aku tersenarai sebagai pekerja yang akan kehilangan kerja kerana Covid-19 ni.
Company dia nak cut cost and pekerja yang over 50 tahun berkemungkinan besar untuk dibuang dan dibayar pampasan selama setahun gaji sekiranya pekerja yang tersenarai ni setuju untuk berhenti awal dari umur pencen 60 tahun.
Dah 2hari nampak muka ayah sedih sebab berita nie, ayah jadi serba tak kena. Waktu berbuka nampak raut wajah ayah yang sedih. Buka puasa malam tadi, hati terdetik nak teman ayah buka puasa sebab ayah baru balik kerja dalam pukul 7:50 petang.
Ayah bercerita hati dia dah sedap dengan kerja sekarang dan jawatan yang disandang nie tapi bila tahu tersenarai sebagai pekerja yang dibuang terus tak ada hati dah. Aku terdiam. Tak tahu nak cakap bila aku sendiri kena hadap raut wajah ayah yang sedih.
Lepas ayah bercerita semua, ayah pesan ‘kalau betul ayah kena buang, lepas nie barang dapur korang kena beli dan bayar apa sepatutnya, ayah dah tak kerja’.
Aku diam dengar ayat ayah, bukan diam sebab tambah beban, tapi diam serta tersedar selama nie ayah banyak korban untuk aku adik-beradik, walaupun kami anak-anak dah bekerja. Aku tak beli barang dapur tapi aku ada hulur untuk mak ayah sebagai duit jajan mereka.
Adik-beradik aku semua duduk rumah mak ayah, kami bukan lah sejenis yang taknak keluar dari ‘kepompong’ tapi kami nie sejenis anak-anak yang susah untuk ayah lepaskan. Abang aku pernah berhasrat nak kerja luar negara tapi ayah tak bagi.
Kakak dan aku pun ada hasrat nak kerja di bandar besar tetap ayah tak izinkan malah ayah cakap ‘ayah akan izinkan kerja di bandar besar sekiranya Kak Jia dah kahwin nanti’ aku dengar terus speechless. So aku duduk lah bandar yang kecil dengan berbekalkan gaji bawah 1.5K.
Buat lah bermacam cara untuk keluar dari bandar kecil ini, kami adik-beradik memang tak dapat lepas. Ayah nie sejenis pendiam tak pernah dengar ayat keluar dari mulut ayah yang dia sayang anak tapi dia tunjuk sayang tu dari tindakan dia.
Ayah tak kasi keluar bandar sebab dia nak tengok anak dia membesar depan mata. Jatuh bangun anak dia, dia akan pastikan dia ada sebagai supporter. Nasihat kami bangun, serta berjimat tu wajib.
Berjimat bukan kedekut, itulah yang diajar ayah, berjimat supaya apabila sesak kita ada duit, bukan datang ke rumah orang untuk meminjam duit. PKP nie lah membuka mata hati bahawa menabung tu penting.
Tahun 2019 bulan ogos pulak punca pendapatan mak terhenti sebab owner taknak amik barang jualan dekat mak. Raut wajah mak sama seperti ayah, sedih. Aku sebagai anak tak mampu nak buat apa, hanya mampu berkata ‘takpe lah mak mungkin ada rezeki lain untuk mak’.
Kemungkinan besar tahun 2020 nie menjadi tahun yang mencabar bagi aku, Berbekalkan gaji yang ada untuk bayar duit rumah, utiliti seperti coway, astro, internet, belanja barang dapur.
Aku bukan anak pertama dalam keluarga tapi aku rasa ni tanggungjawab aku sebab kakak dah kahwin, abang hmmmm entahlah, adik sekolah lagi, Aku rasa serba salah sebab sebelum nie banyak ayah tanggung dan disebabkan ini juga menjadikan ayah risau.
Kekuatan ayah inspirasi untuk Kak Jia, Kak Jia percaya semuanya ada hikmah, setiap jalan yang diatur oleh Allah adalah yang terbaik untuk kita sekeluarga.
Jangan risau kalau Kak Jia tak cukup duit untuk bershopping sebab ayah tak pernah ajar untuk bershopping sakan sejak kecil lagi, ayah selalu pesan ikut kemampuan kita. And now hasilnya Kak Jia tak peduli pada sale padini, al-ikhsan, Vincci dan sebagainya.
In Sha’Allah ada rezeki untuk keluarga kita, dah 2 tahun Allah bagi rezeki hidup senang sikit, iaitu bebas dengan segala hutang, tiba masa Allah bagi ujian sedikit untuk tingkatkan keimanan kita pada yang maha esa.
Wahai mak dan ayah jangan bersedih Kak Jia tiada tanggungan seperti suami dan anak, so tiba masa Kak Jia tanggung mak ayah dan balas segala pengorbanan mak ayah selama membesarkan Kak Jia.
Doakan hati aku tak berbolak-balik, kadang hati kita punca kita lupa tanggungjawab kepada mak ayah.
Buat ayah, ayah banyak kali pesan dekat Kak Jia, positif dan redha dalam apa jua berlaku, ia akan membuatkan hidup kita bahagia bila kita positif dan redha.
Kak Jia harap ayah pun redha dengan takdir ini sekiranya ayah dibuang kerja. Jangan risau Kak Jia lelah, Kak Jia masih muda untuk mengerah tulang empat kerat untuk mencari rezeki keluarga kita berbanding ayah yang semakin berusia.
Terima kasih selama nie tunjuk sayang pada kami dengan tindakan, bukan dengan duit, ayah tunjuk, nak sesuatu usaha , dah dapat dengan usaha kita, baru kita hargai hasilnya sekaligus kehidupan kita. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam segala hal.
Semoga mak ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga mak ayah dapat merasa pengorbanan yang tak seberapa nie, untuk mak ayah merasai sebuah kehidupan dunia yang penuh dengan sandiwara manusia.
Semoga keluarga kita tak alpa dengan dunia sehingga terlupa pada yang esa. Semoga menjadi keluarga sakinah. Aamiin.
Ujian yang datang menandakan Allah sayang hambanya. Allah bagi ujian pada hambaNYA kerana DIA tahu hambaNYA itu mampu menanggung walaupun perit. Semoga aku kuat. Kuat untuk kelurga tercinta. Aamiin.
– Kak Jia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit