Ujian Seorang Arini dan Meiros

Assalamualaikum Aku Mawar, berusia 27 tahun dan telah bertunang. Ada sebab aku letak tajuk Meiros dan Arini.

Watak Meiros dimainkan oleh Raline Shah pelakon dari tanah seberang dalam filem yang diadaptasi dari sebuah novel iaitu Surga Yang Tak Dirindukan.

Di mana Meiros menjadi isteri kedua mas Pras (Fedi Nuril ) kerana untuk menyelamatkan Meiros dari bunuh diri akibat “depression”.

Watak Meiros sangat tertekan dalam kehidupannya disebabkan Meiros dari kalangan “broken family”.

Perkahwinan Pras dan Meiros adalah secara sembunyi tanpa pengetahuan isteri pertamanya iaitu Arini (Laudya Cynthia Bella). Arini ini merupakan wanita yang soleha dari keluarga yang bahagia dan harmoni.

Apa persamaan aku dengan Meiros adalah aku mengalami “depression” dan tekanan dalam kehidupan.

Persamaan aku dengan Arini pula, aku dari keluarga yang mengamalkan poligami dan aku merupakan anak hasil dari isteri pertama bahkan bapa Arini juga mengamalkan poligami secara sembunyi.

Keduanya watak Arini dan Meiros ada pada diriku.

Bukan semua yang mengamalkan poligami itu akan bermasalah ada juga mengamalkan poligami harmoni.

Pada permulaanya ayah aku juga berkahwin dengan isteri keduanya secara sembunyi tanpa pengetahuan keluarga.

Tekanan hidup yang aku alami sejak 6 tahun kebelakangan ini sudah sampai ke tahap kemuncaknya aku telah diagnosed MDD dan kebarangkalian Bipolar Disorder type II oleh Dr.psikiatri.

Sebelum aku bertunang dengan mr. tunang atas pilihan keluarga, aku telah berkenalan dengan F sejak dari tahun 2015.

Hubungan kami ini adalah secara on off, kami telah “couple” fasa pertama dari pertengahan 2015 hingga akhir 2016 ketika itu masing- masing di alam IPT.

Apabila di alam pekerjaan kami telah berjumpa kembali dan get back sekitar pertengahan tahun 2018 bahkan kami berjumpa kembali pada tempat pertama pertemuan kami, disitu lah titik permulaan kami untuk menjalin hubungan semula.

Untuk pengetahuan sewaktu aku di alam IPT hubungan aku dengan F tidak la begitu serius dan aku mempunyai ramai kawan laki selainnya. Sebelum aku berjumpa F, aku pernah berlaku curang dan meninggalkan ex demi orang lain.

Akibat dari tekanan hidup ketika itu aku telah keluar dengan beberapa kawan laki lain sekadar untuk mengisi kekosongan hati waktu yang sama aku telah declare “couple” dengan F.

Walau bagaimanapun hanya F sahaja yang betul- betul yang berada di dalam hati ketika itu. Sebulan aku berkawan dengan F, aku telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerana firasat aku merasakan aku dan F tidak akan mendapat restu dari pihak ibunya.

Selepas aku membuat keputusan berkenaan aku telah warded kerana demam denggi selama seminggu.

Ketika di dalam wad aku telah bermimpi F menghantarkan text “saya sayang awk” walhal direalitinya F memblock aku setelah aku berkeras untuk memutuskan hubungan.

Kemudian aku bangkit dari mimpi berkenaan aku terus menangis dan berasa menyesal atas tindakan aku itu, apabila aku melihat handphone aku, F sudah unblock dan aku berjaya menghantar text kepada F.

Lalu waktu yang sama F memberitahu aku dia telah kemalangan tapi tiada sebarang kecederaan. Selepas aku discharge aku telah memujuk F untuk kembali berkawan dan kami telah berjumpa.

Pada ketika itu, F sangat kecewa dan memarahi aku, katanya kalau sayang kenapa tinggalkan dirinya sambil keluar air matanya.

Aku betul rasa menyesal dan tak berniat sama sekali sebenarnya aku terlalu over thinking. Background F terlalu tinggi pada aku dan aku tidak setaraf dengannya. Kemudian F menjadi seorang dingin dan seego egonya lalu berlakulah hubungan on off.

Oleh kerana kerap on off,aku juga berkenalan beberapa kawan laki yang lain tapi hakikatnya dia juga yang aku paling sayang. Aku telah mengakui yang aku pernah curang sebelum berkenalan dengan F.

Hubungan pada pertengahan 2015 – akhir 2016 tidak dapat diteruskan kerana masing-masang berperang dengan keadaan semasa, aku dan dia pernah sama-sama extend dan perlu cover sem berkenaan.

Ketika di alam pekerjaan pertengahan tahun 2018 kami telah berhubung kembali dan kami kembali pada tempat yang mula-mula kami stay serta berkenalan.

Aku mengetahui F sudah mempunyai GF ketika itu, F mengajak aku lepak sekadar kawan biasa, aku turutkan sahaja dan kami lepak di tempat pertama pertemuan kami.

Sepanjang kami lepak, kami menceritakan apa yang berlaku sewaktu hubungan kami dulu dan selepas itu tanpa menyembunyikan apa-apa dan lebih selesa untuk bercerita dalam keadaan kawan biasa.

Pada waktu kami tengah lepak, aku telah memberitahu F yang aku telah bermimpi melihat dia memakai jubah, dan solat lalu F memberitahu aku pada malam yang aku bermimpi itu dia sedang beramal.

Selama perkenalan kami dahulu kami tidak pernah menceritakan detail berkenaan agama hanya asas syariat sahaja. Sebelum kami pulang ke rumah, kami mengucapkan good luck pada kehidupan masing masing dan berakhir seperti kawan biasa.

Selepas pulang ke rumah masing- masing bermula titik permulaan untuk kami get back. Aku telah menghantar text padanya bertanyakan “kau belajar tasauf ye” jawapan dia “ye”

Selepas itu bermulanya perbualan yang agak serious di mana F telah memberitahu kenapa kami tidak boleh berpisah, jawapan F adalah sebab pembawakan dia , aku berasa sesuatu sangat..

Dan pertemuaan seterusnya kami telah get back dalam waktu dia masih mempunyai GF yang lain.

Lalu F memberitahu aku ustaznya mengatakan yang aku sahaja kawan perempuan yang faham dia. Sebenarnya sebelum ini aku pernah berguru dengan menuntu ilmu tasauf secara beginner dan secara perlahan.

Untuk pengetahuan kami kerap bermimpi antara satu sama lain bahkan F pernah bemimpi aku membawanya di satu kawasan lapang yang ada rumah dan aku berkata ini rumah kita.

Aku juga tidak sangka dia sebenar mengaji juga. F memberitahu aku Gfnya dan kawan- kawan perempuan dia kenal tidak ada apa yang aku ada.

Hubungan kami kali ini lebih serious dan F betul- betul kenal diriku dan aku kali ini menjadi diri sendiri. Hubungan dulu aku tak dapat jadi diri sendiri atas tekanan hidup dan lebih memendam diri.

Pada hubungan kali ini juga aku memberitahu F yang aku telah diagnosed MDD dan bipolar disorder, respon F positif tanpa memperkecilkan aku dan kata F ujian aku lalui ini adalah ujian jalan mengenal Allah.

Untuk pengetahuan kami sejenis bukan sahaja bermimpi antara satu sama lain bahkan masa depan keluarga juga kami turut bermimpi.

Misal kata jodoh abang aku, aku bermimpi dia dan bekas kawan perempuannya bernikah di masjid lalu pihak perempuan rasa tak bersedia ketika akad nikah di realitinya tahu2 abang aku inform sudah tiada apa-apa hubungan lagi,

Selepas itu aku bermimpi lagi abang aku cakap nak berkahwin dengan orang dekat, selepas itu betul abang aku berkahwin dengan orang dekat iaitu sekampung.

Kadang kala aku takut untuk bermimpi. Mimpi tidak laa dia tunjuk betul sekadar kiasan atau sebaliknya. Kata ustaz hijab batin ku terbuka sikit demi sedikit.

Berbalik kisah aku dengan F, aku akan sambung lagi jika diberi kesempatan untuk menulis lagi. Terlalu panjang pula confession aku ni, haha.

Di confession seterusnya F putus tunang tapi aku pula yang bertunang dengan pilihan keluarga.

– Mawar (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *