Assalamualaikum semua. Nama aku Hawa (bukan nama sebenar). Aku berusia 24 tahun, dan mempunyai tunang yang berusia sebaya.
Kami merupakan pasangan jarak jauh, aku merantau ke Penang dan dia kekal di Perak. Jarang sekali kami bertemu, call pun jarang cuma berbalas WhatsApp.
Aku bekerja ofis dari isnin-sabtu dengan gaji lebih RM2k, lebih dari cukup untuk menampung keperluan sendiri, juga mempunyai sebuah kereta yang telah bebas hutang. Aku seorang yang cermat jadi tak jadi masalah untuk aku menyimpan.
Tunang aku bekerja sebagai seorang chef dengan basic RM1200. Tak pernah aku minta macam² atau bukan² dari tunang aku sebab aku faham dengan kewangan dia. Selama dia kerja, tiap² bulan aku akan advance RM100-RM300 dekat dia, gaji bayar balik.
Kalau dia ot lebih, dia akan belanja aku tapi dalam kadar semampu dia, tapi aku tak ambil hati sebab aku sendiri pernah tengok cara dia bekerja di kitchen hotel selama aku latihan praktikal di hotel yang sama.
Kerjanya pergi pagi kadang pulang malam jadi pasti letih. Tapi ada masalah, dia agak boros untuk diri sendiri, tak salah untuk self reward lepas kerja keras tapi dia macam ter’over’ kadang² sampai takde saving langsung.
Baru² ni dia berhenti kerja dengan notis 24 jam sebab tak tahan dengan kerjaya di hotel sebab banyak masalah, jadi dikenakan indemniti sebulan gaji. Tiba² juga dia suarakan nak sambung diploma dalam culinary arts, 3 tahun di kolej komuniti.
Dia cakap dia penat kerja di kitchen, dalam fikiran dia cuma mahu belajar sebaik mungkin, dan lepas grad ingin menjadi tenaga pengajar di kolej komuniti atau kolej² yang lain, insyaa Allah.
Kalau sekarang sambung, maksudnya umur 27 tahun baru grad. Peluang pekerjaan juga mempunyai saingan yang sangat tinggi, mampu ke dia mencapai cita-cita dia?
Aku bukan tidak percaya rezeki, tapi aku cuma insan biasa yang tak mampu 100% berserah kepada keadaan.
Bila aku tanya tentang tanggungan masa belajar, dia cakap mak dia akan tanggung semua biaya. Aku macam jem, takkan nak harapkan mak 100%?
Mak dia baru bersara kerajaan, yang pasti mungkin tiada masalah kewangan tapi mampu ke sampai 3 tahun tanpa sebarang isu? Yuran, rumah sewa, minyak motor, makan, baju, lain²?
Lepas tu kalau full time student, bila masa untuk dia dapatkan duit untuk simpanan? Nak diminta buat part time, macam mana kalau dia tak nak?
Aku cuba nak suarakan perkara ni dekat dia tapi aku takut dia menolak dan membuat aku kecewa sendiri. Tapi takkan sepanjang tempoh tu cuma dia belajar dengan semua komitmen dia masih ditanggung emak?
Usia kami juga semakin lanjut, macam mana dia nak buat simpanan untuk masa kami bernikah nanti? Kami bercadang lagi 3 atau 4 tahun untuk mendirikan rumah tangga.
Aku faham dan terima untuk melakukan majlis secara sederhana. Tapi macam mana dengan usaha dia cuba untuk halalkan aku?
Tiap kali aku cuba utarakan perkara ni, dia cuma ulang jangan risau mak tanggung, jangan serabutkan fikiran dia. Aku terasa… Aku masih cekal dan tunggu dia untuk menunjukkan effort dia.
Aku pun masih meneruskan tabungan untuk masa depan kami dan sedang berusaha mengumpul deposit untuk membeli rumah di kampung halaman di Perak.
Baru² ini juga mak sedara aku ada menyampaikan hajat, ada seorang anggota polis di Relau berminat untuk berkenalan. Dia merupakan saudara jauh aku, jadi aku kurang kenal.
Aku menolak hajat tersebut kerana masih setia dengan tunang aku walaupun keadaan tidak sejernih yang aku harapkan.
Tujuan aku meluahkan bukan untuk merendahkan tunang aku, tapi cuma dorongan dan sokongan untuk aku kekal bersama-sama dia. Cuba untuk fahamkan aku untuk terima dia belajar untuk masa depan yang lebih terjamin buat kami. Aku percayakan dia.
Aku faham ini merupakan keadaan sukar untuk dia bangkit semula, dan keadaan sukar untuk aku tidak berasa sangsi dengan pilihan sendiri.
Semoga para pembaca dapat mendoakan kesejahteraan kami, dan dimurahkan rezeki di kemudian hari. Semoga ada sinar mentari dan pelangi setelah ribut berhenti. Aamiin ya rabb.
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit