Assalamualaikum. Harap admin approve sebab aku sangat perlukan motivasi dan semangat. Hi readers yang budiman. Aku kat sini untuk satu dua semangat, atau mungkin bantuan.
Aku D, umur awal 20an, berkahwin dan ada seorang anak berusia setahun lebih. Luahan aku mungkin agak panjang, siapa yang sudi baca sampai habis dan titip semangat buat aku, syukur alhamdulillah. Terima kasih banyak aku ucapkan.
Aku taktau dari mana nak mula. Aku berkahwin muda, dan aku direzekikan anak saat aku belum bersedia. Aku bunting pelamin. Tapi aku takde masalah sebab aku mmg suka baby. Aku terima walaupun terkejut sikit. Sebab sebelum kahwin aku ada cyst dan yang aku tahu penyakit ni sukarkan wanita untuk hamil.
Tapi alhamdulillah, rezeki aku. Alahan aku teruk. Masuk 3 bulan hingga 6 bulan, memang aku lembik sebab alahan. Masa tu pjj, aku duduk dengan mak aku yang old school, yang pantang tengok perempuan hamil terbaring je.
Dua bulan lepas, suami aku dibuang kerja. Biasalah, kerja projek. Aku terima dengan lapang dada dan cuba cari alternatif sementara suami aku dapat kerja lain. Aku tinggal di ceruk kampung, nak ke bandar tu dalam 45 minit. Jadi agak susah untuk aku cari kerja, atau meniaga. Tapi aku tetap usaha. Mungkin ada rezeki aku.
Dan betul sangkaan aku, Lebih sebulan, aku tak dapat hasil. Macam-macam aku cuba. Nasi bajet, kek, dessert, kuih, kraftangan. Meniaga di tepi jalan, post di media sosial, lebih 10 group aku post, cod aku buat walaupun jauh, tapi takde sambutan jugak.
Semuanya aku baru belajar demi bantu suami dan makan minum anak aku. Tapi tak menjadi. Aku tak putus asa. Aku belajar buat biskut. Dan inilah kemuncak ujian aku, rasanya.
Aku dapat order 5 balang, aku saja lebihkan untuk aku buat ready stock. Dan semalam bila aku nak cod, SEMUA CUSTOMER SENYAP MACAM TU JE. Whatsapp tak balas, call tak angkat. Ada sorang tu member aku, mudahnya dia suruh aku jual kat orang lain sebab dia takde duit. Aku rasa macam jatuh ditimpa tangga, dihempap batu pulak.
Manakan tidak, duit modal pun aku pinjam dengan adik aku, aku buat biskut sorang je dengan berkejar dengan anak aku, dengan terseliuh melecet tangan jari aku nak bentukkan biskut tu. Mudahnya manusia buat aku macam ni. Sampai hari ni ada yang dah selamat block aku.
Aku menangis. Aku taktau kat mana silap aku. Dalam macam-macam bisnes aku buat, sorang member nak support pun susah. Taknak support takpe, tapi kenapa buat aku macam ni? Bila aku cakap nak sedekah, ramai pulak muncul. Apa yang aku meniaga, aku mesti minta feedback. Dan semuanya cakap okay, sedap, boleh pergi jauh.
Tapi apa lagi usaha aku tak buat? Flyers, cod, free itu ini. Aku buat. Tapi tetap macam ni. Aku iklankan di group bmf segala, tetap sunyi bisnes aku. Aku menangis yang betul-betul menangis sampai suami aku taktau nak pujuk macam mana.
Aku check segala amalan aku. Aku betul-betul buntu mana silap aku. Aku solat awal waktu, aku ngaji Quran, aku selalu sedekah makanan yang aku masak sebab tu je aku mampu, aku sampai check bacaan dan rukun solat dan wudhuk aku sebab aku betul nak tau mana silap aku. Tapi aku rasa semuanya okay. Aku jaga hubungan aku dengan orang sekeliling.
Aku tahu ni ujian aku, tapi aku rasa takde daya dah. Lagi aku serabut bila aku disahkan hamil lagi. Aku rasa kosong sangat. Rasa lemah kaki aku. Kenapa aku hamil sedangkan aku merancang? Aku betul-betul makan ubat sebab aku sangat nak merancang. Lebih kurang 5 bulan lagi aku akan sambut orang baru.
Suami masih tak kerja. Bisnes tak nampak arah. Barang anak sulung aku dulu aku dah sedekahkan sebab takde tempat nak simpan, aku sayang barang dan baju tu berhabuk, jadi aku sedekah. Lagipun memang aku nekad merancang sampai suami aku stabil.
Sebab masa dapat anak sulung pun suami belum stabil, jadi aku rancang. Tapi Allah tetap bagi. Aku betul-betul tak faham. Aku cari vendor sana sini untuk tumpang letak barang aku, tapi ada yang tak bagi, ada yang kata susah jual, macam-macam lagi. Jual nasi lemak dan kuih pagi-pagi pun aku dah buat. Apa lagi usaha aku kena buat?
Aku rasa aku macam seksa anak dalam kandungan. Aku ada gastrik, injap jantung berlubang, asma, dan sakit kepala yang taktahu punca. Bila aku stress, atau kdg takde sebab, aku akan sakit kepala dan badan aku akan stiffed mcm kena hyperventilation (sorry kalau salah). Temujanji klinik hospital dua minggu sekali, duit minyak segala.
Sehari sekali je makan, buatkan aku takde tenaga. Aku harap anak aku kuat dengan aku. Oh ya, aku ada gangguan jin jugak. Mungkin ke ni salah satu puncanya semua aku buat tak jadi? Entahlah. Tapi skrg dah kurang sikit, sebab aku selalu ruqyah diri sendiri. Kalau tanya pasal family aku, family aku dan mertua bukan dari org senang. Jadi aku taknak bebankan family jugak.
Kawan? Takde istilah kawan dalam hidup aku. Dulu aku ada dua orang kawan yang aku ingat sahabat dunia akhirat aku. Bila aku buat kek atau apa sahaja, aku mesti bagi free kat diorang. Tapi baru-baru ni sorang dah buang aku sebab aku pinjam duit.
Aku lewat bayar seminggu dari tarikh aku janji. Tapi dua hari sebelum tarikh aku janji, aku dah minta maaf sangat sebab terpaksa bayar lambat. Dia perli aku sinis sangat. Dan bila aku sent resit yang aku dah bayar duit dia, dia bluetick je aku sampai sekarang. Sorang lagi, yang tadi la. Suruh aku jual kat orang lain.
Bisnes tanpa modal pun banyak dah aku cuba. Dropship. Baju, tudung, produk itu ini. Tapi takde yang menjadi. Ada masa aku letih. Letih sangat. Suami aku tak letakkan semuanya atas aku. Tapi aku sendiri minat bisnes. Jadi aku rasa sedih sangat bila jadi macam ni.
Kalau korang tahu mana-mana tempat yang aku boleh letakkan barang makanan yang kering dan boleh pos, tolonglah aku. Aku harap aku masih ada peluang dengan bisnes aku. Aku takut anak-anak aku tak cukup makan pakai macam aku dulu. Maaf kalau luahan aku terlalu panjang dan berterabur. Sungguh aku serabut.
Terima kasih sudi baca.
– D (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit