Ujian Tanda Allah Sayang

Assalamualaikum. Aku Anis pertengahan 20an, saje nak meluah untuk minta pendapat dan doa yang baik-baik daripada semua. Aku cuba sampaikan yang terbaik supaya semua faham.

Aku anak kedua daripada enam beradik. Dari sekolah menengah sampailah dah habis degree aku bukanlah seorang anak yang menyusahkan ibu ayah dari segi kewangan. Aku faham benar ekonomi keluarga.

Ayah kerja kampung dan ibu aku tak bekerja.

Alhamdulillah Allah rezekikan aku untuk dapat biasiswa semasa sekolah menengah RM800 setahun, dengan duit tulah aku pakai untuk beli keperluan masuk matrik bila tamat pengajian.

Wang saku 250 sebulan yang diperolehi sepanjang dimatrik aku gunakan sebaiknya untuk makan, belajar, tambang bas pulang yang berharga 90 pergi dan balik. Alhamdulillah atas rezeki Allah untuk aku. 

Semasa degree aku dapat ptptn dan aku boleh saving hampir 8k lepas tamat belajar dan dengan duit tu aku gunakan untuk beli emas buat ibu aku untuk pelaburan masa depan.

Duit bukan masalah besar bagi aku dan aku tak pernah diuji dengan kurangnya duit, Allah maha baik. 

Baru-baru nie aku terjebak dengan pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan. Saving semua habis dengan anggaran total 20k lebih.

Aku mengaku aku bodoh tapi niat aku hanya nak bahagiakan keluarga bukan untuk kaya.

Allah betol2 uji aku hampir terduduk. Semua saving aku guna sampaikan gelang yang aku bagi tu pun aku gadai dengan izin ibuku tapi beliau tak tahu aku masuk saham tu. 

Penipuan demi penipuan untuk dapatkan balik duit aku, tanpa sedar aku telah transfer dan terus transfer dengan janji akan dapat pulangan. Air mata sentiasa jatuh, petunjuk sentiasa dipinta sehingga aku berada dititik terendah hidup ini.

Aku tak mampu nak tengok muka ibu yang aku kasih, aku menipu dia sebab takot dia kan kecewa, sampai satu tahap aku ambil rantai dia yang berharga 9k lebih dan gadai senyap2 untuk dapatkan balik duit aku tapi hampa. Allah sebaik-baik perancang. 

Allah telah tarik nikmat tidur aku, makan aku, senyuman aku. Hari hari aku penuh dengan air mata dan Allah lah tempat aku mengadu.

Sampai saat ini ibu ada bertanya perihal rantainya yang aku ambil dan setiap ketika itulah air mata hampir jatuh, jantung bagai terhenti. Allahh beratnya terasa ujian ini. 

Setiap kali solat, setiap ketika itulah air mata laju jatuh. Aku yakin ujian ini untuk aku lebih bersyukur dan dekat dengannya.

Aku reda, tapi aku takut nak bagitahu perkara sebenar kepada ibu. Setiap saat diri ini dalam ketakutan. Aku rasa tak nak balik rumah, nak duduk je kat tempat kerja. 

Aku cuba untuk bangkit balik. Aku percaya Allah ada dengan aku dan aku hanya minta kekuatan untuk jujur.

Doakan aku semua, aku usaha untuk tebus balik rantai dan gelang yang aku gadai. Tak senang, tapi aku harus bayar apa yang telah aku perbuat. 

Semoga ada yang hampir terjebak Allah buka mata hatinya dengan kisah aku.

Mohon tips daripada semua dan doa yang baik2. Terima kasih andai sudi membaca sampai habis. Sambil taip sambil air mata jatuh. 

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. learn from ur mistake ya, nowadays x de istilah investment yg dpt pulangn awal. Even invest ke emas pn mkn taun nk dpt pulangan. Cuba berlapang dada and redha bnyi mcm sng tp cubelah, bsngka baik dgn Allah. One tip sy bg, klo nk hajat kita cpt dimakbulkan, mse kite bbuat baik x ksh la bsedekah ke , mudahkn urusan org ke mse kite bt tue niat dlm atie mohon apa yg kite nak, cnth kita p msjid then kite msukkn wit rm1 ke dlm tabung msjid mse nk msukkn wit tue niat dlm atie smoga Allah permudahkan la rzki ku. Cuba la insha allah ksh syg Allah tue sntiasa dgn kite tau.

    • Ada orang berjaya dalam pelaburan saham. X perlu pergi class² melayu saham. Baca buku zweig, lynch, dan minervini. Buku tu beli yg photocopy pumya. X sampai rm 100 ketiga³

  2. Celaka lah penipu yang makan duit haram hasil penipuan orang ramai – jika jadi makan minum anak isteri dan keluarga maka seluruh keturunannya tidak akan senang di dunia dan tunggulah azan akhirat insya-Allah.

    Untuk Anis, carilah alasan yang logik untuk terangkan kepada ibu tentang rantai yang digadai – insya-Allah katakan Anis sedang berusaha untuk tebuskan kembali dalam waktu terdekat. Usahalah cari part-time job yang jelas bentuk kerja dan upahnya. Tiada yang percuma/mudah dalam hidup ini tapi Allah telah janjikan kejayaan setelah berusaha!

  3. sy xnak kecam tp sy sakit hati sgt2 dgn confessor yg mudah kena tipu. sbb malu nk bercerita dgn famili or kwn rapat habis kena penipuan demi penipuan. tolonglah kalau sekali dh kena tipu jgnlah terus ditipu konon jika bayar sejumlah xRMxx akan dpat kembali RMxxx sebelum ni. confessor sebelum2 ni pun kena scam mcm ni jugak.. membaca itu amalan mulia. solution ceritalah masalah dgn org yg kita percaya pastu pergilah buat laporan polis.

  4. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286)

    Sabar awak. Mungkin Allah nak jadikan awak lagi kuat dan lebih dekat denganNya. Awak baik pada family awak, awak nak terbaik untuk mereka, nak kata awak buat silap pun, xde sape terlepas buat silap. Awak kuat insyaallah.. redha dan bangun balik dan minta pertolonganya dibukakan jalan penyelesaian.

    Semoga awak dipermudah urusan. Amin

  5. girllll please laa jgn mudah tertipu , kita hidup zaman canggih semua hujung jari , tapi still ramai kena tipu dgn pelaburan bodoh ni , korg jgn la gelap mata bila dijanjikan wang pulangan banyak , takde tu semua..takde !!! sedih sy baca kisah anis ni , mesti tgh stress fikirkan gelang n rantai nak kena tebus..semoga yg baik2 utk awk anis..tolong belajar dari kesilapan.

  6. adik takkan la xleh fikir kot tu helah scammer. dia akan ckp awk byr sekian2, nanti akan pulangkan banyak lagi. ish geram tau aku org yg xleh fikir mcm ni…aaaa stresss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *