Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih sekiranya nukilan ini disiarkan. Sesuai dengan tajuk di atas, saya ingin kongsikan sedikit pengalaman hidup saya yang telah menjejaki umur 40an. Semoga boleh dijadikan iktibar dan panduan.
Biarlah saya kenalkan diri sebagai Miss N sahaja. Saya merupakan anak yatim ketika berusia 15 tahun. Ayah saya meninggal dunia. Kami 6 beradik dibesarkan oleh ibu yang daripada seorang suri rumah dan telah menjadi tulang belakang keluarga selepas kematian ayah.
Syukur alhamdulillah, kerana kesusahan hidup menjadikan saya lebih matang. Sebagai anak sulung saya berusaha untuk menjadi idola pd adik2 saya. Saya dikurniakan kecerdasan minda.
Sebaik tamat SPM saya terus melanjutkan pelajaran di universiti hingga berjaya mengenggam ijazah. Waktu itu saya berasa sangat bangga. Tamat pengajian saya bertemu jodoh dan mendapat pekerjaan yang baik serta berjaya menghabiskan pengajian master saya.
Perjalanan hidup keluarga kecil saya pada mulanya nampak lancar. Dikurniakan cahaya mata seramai 3 orang, rezeki yang semakin melimpah ruah dan kebahagiaan. Nampak sempurna.
Tapi pada masa yang sama saya semakin jauh dari keluarga kandung, adik beradik dan Pencipta. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah menjadikan saya terleka. Yang wajib2 solat, puasa tu saya buatlah. Tapi sekadar memenuhi kewajiban.
Mungkin atas sebab itu, Allah tarik semula suami yang dipinjamkan. Disaat saya dan ex suami berada di puncak, Allah palingkan hati ex suami saya kepada wanita lain. Senyap2 dia berkahwin lain.
Sebaik sahaja saya tahu (itupun selepas 6 bulan perkahwinan mereka) saya benar2 tersentak. Terkejut yang amat sangat. Rasa nak bunuh diri, rasa marah dan macam2 lagi. Mujur iman masih ada. Anak2 penguat diri.
Kepada Allah lah saya mengadu. Dari seorang hamba yang beribadah sambil lewa menjadi hamba yang rajin solat malam, mengaji quran, menjaga solat fardu dan berusaha menutup aurat dengan sempurna (saya memang bertudung).
Saya mengadu sungguh-sungguh pada Allah. Mohon ampun atas kekhilafan diri. Allah ambil terus ex suami saya dan meninggalkan saya terkapai2 bersama 3 orang anak.
Namun begitu, ketika lafaz cerai dijatuhkan saya benar2 dah redha dan bersedia. Sedih sudah semestinya tapi sokongan keluarga kandung, sahabat dan anak2 sangat membantu saya di saat itu.
Saya merenung diri sendiri. Saya bangun dan terus meneruskan kehidupan ini bersama anak2.
5 tahun berlalu….
Di saat ini andai diberi pilihan, sama ada kehidupan dulu bersama ex suami atau kehidupan kini sebagai ibu tunggal bersama 3 anak, saya memilih kehidupan sekarang. Mungkin ada yang bertanya kenapa?? Berbalik kepada tajuk…
‘Ujian: Teguran Atau Musibah’
1. Allah menegur kelalaian saya melalui musibah kehilangan suami. Sebaik ditegur, saya berubah dan semakin mendekatkan diri kepadaNya.
2. Kalau dulu hubungan dengan keluarga kandung semakin jauh sebab terlalu fokus pada ex suami, tapi kini hubungan kami semakin erat.
3. Saya mengabaikan ibu yang bersusah payah membesarkan saya adik beradik sebaik sahaja ayah meninggal dunia.
Tapi kini saya mengirimkan wang belanja setiap bulan dan mampu membelikan kereta untuk kegunaannya. Dan akan membawa ibu travel setiap tahun ke luar negara bersama dengan anak2 saya. Ibu saya happy sangat.
4. Saya dapat bersosial dengan rakan2. Join run, traveling, hiking dll (asalkan tahu batas diri) kalau dulu langsung tak peduli. Pergi kerja dan balik rumah uruskan keluarga sahaja. Kini saya mula mengambil berat keadaan diri sendiri. Sayang pada diri sendiri.
5. Rezeki semakin murah sebab selalu bersedekah, belanja adik beradik, anak buah dll. Pendapatan saya naik 2 kali ganda selepas menjadi ibu tunggal. Syukur alhamdulillah.
6. Anak2 saya happy sebab saya selalu bawa mereka melancong sama ada dalam atau luar negara. Mereka cakap dulu masa ada ayah tak pernah nak merasa makan angin.
7. Saya semakin redha dengan kehidupan ini. Solat sunat, membaca quran telah menjadi rutin dalam hidup. Setiap kali hati saya resah, kepada DIA lah saya mengadu.
Dan banyak lagi sebenarnya pengajaran yang saya dapat dari kisah hidup diri sendiri. Menangis kehilangan, sedih dikhianati, jatuh tersungkur dan sebagainya.
Cuma apa yang saya ingin sampaikan adalah setiap yang berlaku itu ada sebabnya. Sebagai hamba kita seharusnya terima segala ujian itu dengan redha dan jangan sesekali berpaling dariNya apatah lagi menyalahkan takdir. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya.
“Hidup ini sebenarnya mudah, bersyukur dengan apa yang kita nikmati, nescaya kebahagiaan akan dituai atas apa yang kita miliki”
Sekian…
Yang redha dan bersyukur,
– Miss N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit