Saja lah nak kongsi kisah sikit. Orang kata umur 35 hingga 40 ni macam-macam ujian datang.
Aku masa baca tu tertanya-tanya jugak lah apa ujian Allah nak bagi kat aku ek… sebab aku rasa hidup aku smooth, rileks je, tak ada masalah pecah kepala sangat walaupun kawan-kawan lain anak dah pakat masuk sekolah menengah, aku okay je hidup single.
Sampailah aku terlibat dengan kemalangan. Lama jugak lah MC… aku okay je, kecil je rasa ujian tu nak dibanding derita orang lain… hidup kembali smooth…
Sehinggalah suatu hari rasa nak pecah jantung aku bila tiba-tiba seseorang ni datang tempat kerja aku… terkejut gila. Dia ajak aku keluar teman makan, belum makan lagi katanya.
Setelah puas berdolak-dalik, aku mengalah sebab tak sampai hati pulak rasanya… kesian… lagipun nak datang tempat aku kerja ni jauh ya… tak semua sanggup datang kerja sini.
Aku pulak agak lurus masa tu, ingatkan memang dia kebetulan singgah, dah alang-alang ada kerja area sini… hmm lepas tu baru bersambung sel otak, rupanya memang niat dia nak jumpa aku…
So kitorang pun keluar. Makan, borak biasa-biasa je… balik tu aku terus tak boleh tidur. Sebab? Aku keluar dengan suami kawan baik aku. Ya, aku salah.
Murung lah hidup aku berhari-hari selepas itu… apa aku buat ni?? Tu suami kawan aku tu… kenapa dia berani ajak aku keluar?? Aku rasa tak dihormati. Dalam ramai-ramai, kenapa kawan isteri kau??
Beberapa hari selepas tu dia datang mengejut lagi. Aku kata kita perlu bincang. Lelaki kan… pandai ayat… betul ke tidak dari hati atau sekadar manis di bibir… aku cakap, please lepas ni jangan datang sini lagi.
Banyak lagi yang aku nak cakap sebenarnya tapi aku memang letih gila, balik kerja pun lewat haritu jadi banyak point aku lost…
Dia tahu dia salah, dia minta maaf dan janji tak cari aku dah. Lega lah dah boleh luah apa yang aku rasa walaupun macam tak habis lagi peluru-peluru.
Esoknya, kawan sekerja aku pun perasan aku dah boleh senyum semula… kalau tak sebelum tu dia kata nampak muka aku ketat je, muka serabut tu tak boleh nak sorok.
Dia memang pegang janjinya tak cari aku dah. Aku terfikir kata-kata dia kat aku dulu tu, kalau dia jujur ikhlas dia usaha lah kan, tak give up dengan aku…
So terang lagi bersuluh dia hanyalah nak test market kan? Atau nak test aku ni jenis mudah ke tak kan? Atau just nak jadikan aku hiburan kesunyian dia kot… kalau dia hormat aku, dia tak akan mulakan dari awal melainkan dia betul-betul ikhlas… hmmm lelaki.
Tapi netizen sekalian jangan risau, kalau dia bersungguh sekalipun aku tak sanggup nak lukakan kawan baik aku sendiri… persahabatan lebih 20 tahun ni lagi mahal harganya.
Lagipun ada je yang lain nak pilih aku, tapi aku je tak nak, asyik yang muda-muda je suka kite wakk… duda ada, bujang pun ada… entah lah, tak terbuka hati. Aku pun tak bersungguh doa bab-bab jodoh ni… aku okay je… hal kecil je ni…
Dah tua-tua ni spec kita pun makin matang, bukan dongengan K-drama lagi dah… tapi nak lah jugak look macam Hyun Bin, dan kita pun macam Ye Jin hahaa jangan marah yee…
Yang penting bagi aku lelaki tu sentiasa berusaha nak perbaiki diri dalam menjadi hamba beriman dan bertaqwa… kukuhkan ilmu fardu ain… kan nak jumpa lagi kat syurga nanti… tak berjodoh kat dunia pun okay je, tak payah fikir-fikir sangat… benda Allah tetapkan dah.
Aku rasa ujian paling besar aku sekarang ni nak buang rasa malas nak ganti solat-solat fardu yang tertinggal masa hujung-hujung period tu kan… dah tua-tua baru tahu, so banyak lah nak kena ganti… hutang dunia memang tak ada, hutang dengan Allah ni bertimbun adoiii… semoga aku kuat!
Okay bye netizen, cakap yang baik-baik je tau, tak payah lah kecam lelaki tu, payah pulak nak minta maaf nanti… setiap orang kan diuji…
Kecam aku tak apa, aku dah maafkan siap-siap… aku tak boleh cerita details sangat agar tidak mudah dikesan demi keamanan sejagat, haha.
– Resusitasi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kak… alah, muda-muda takpe, yang penting matang and sekufu hehehe
RR, kalau lebih muda tak sekufu dari segi usia lah.. haha
muda tapi matang oklah tu. Tengok cik ta. Happy ja. Tengok artis lain jugak. happy ja kawin beza umur. nama pun jodoh dik.
Semoga bertemu jodoh orang muda MCM Luna maya dan Maxim hehhe
Pakej handsome