Assalammualaikum, namaku Iris (bukan nama sebenar) dan inilah adalah ceritaku.
Tahun ni genaplah usiaku yang ke 19 tahun, Allah telah hadirkan aku 1 ujian yang kurasa sungguh berat untuk diterima iaitu Ibuku, permaisuri di hatiku..
Ibuku telah ditakdirkan Allah SWT menghidap penyakit kanser pangkal rahim stage kedua, hati anak mana yang tidak hancur saat mendengarkan khabar berita ini.
Walaupunku cuba untuk menguatkan hati dan berfikiran positif, tapi hatiku merasakan beban yang sangat berat,
Mungkin diwaktu ku terima khabar tersebut ku cuba untuk kekal tenang dan tidak mempamerkan riak wajah yang sedih kepada ibuku,
Kerana takut sekali jikalau ia susahkan hati ibuku itu tetapi aku tidak pandai menipu hati yang sedia maklum akan perkara itu.
Sedih sangat sangat sedih melihat ibuku yang rambutnya dipotong menjadi pendek akibat rawatan yang dilakukannya iaitu kimo dan radioterapi.
Melihat tubuhnya yang kurus. Melihatnya yang kena berpantang dan tidak dapat memakan makanan yang dia idamkan.
Melihatnya yang kesakitan akibat proses rawatan tersebut. Melihatnya, yang terbatas pengerakannya dan mudah rasa penat.
Terkadang terlintas dikepalaku adakah aku sanggup untuk menghadapi hari hari yang akan datang disaat penyakitnya tidak dapat lagi dirawat,
Diwaktu dirinya tiada semasa menyambut hari raya, hari yang paling gembira, sungguh aku takut akan pemikiran yang sedemikian. AKU TAKUT KEHILANGAN IBUKU YA ALLAH.
Sesiapa yang membaca luahanku ini TOLONG, aku mohon tolong doakan ibuku sihat dari semua penyakit yang dialaminya dan semoga ALLAH SWT memanjang usianya dan dilimpahkan rezeki yang berlimpah.
Tidakku lupakan juga orang yang yang mendoakan ini, semoga Allah Swt membalasnya kembali.
Itu sahaja luahan dariku,
– Iris (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi Iris, nasib awak sama macam saya tapi Alhamdulillah, kanser tu dapat dikesan pada peringkat awal, bezanya my mom kanser payudara, dah buang sebelah dan sekarang dah nak masuk rawatan radioterapi dan suntikan hormon saja sebab rawatan kemo dah selesai. Saya doakan semoga semua pesakit kanser di dunia ni mendapat kesihatan yang baik seperti sedia kala.Amiin..